Thursday, April 19, 2012

Ulangtahun Kelab Anak Autisma kali ke-2


Pada 19 April 2012 (Hari ini) adalah ulangtahun ke-2 kewujudan laman Kelab Anak Autisma. Jumlah 'keahlian' telah menjangkau seramai 1640 org.

Matlamat penubuhan ialah memberi maklumat2 berkaitan dgn autisma sebagai panduan kepada ibubapa/penjaga kepada anak2 autisma.

Amat diharapkan semua yang terlibat turut memberi maklumat berkaitan dgn autisma termasuk aktiviti anak autisma masing2.

Moga kewujudan laman ini dapat dimanfaat dan seterusnya dapat memberi didikan terbaik untuk anak autisma masing2. Anak2 autisma adalah anugerah yang perlu dididik sebaik mungkin.

Kesabaran dan sokongan semua pihak amat diperlukan dlm mendidik anak autisma.

Atas kesedaran itu, saya wujudkan laman Kelab Anak Autisma supaya pengalaman yang kami sekeluarga lalui tidak dialami oleh ibubapa/penjaga anak2 autisma kerana kekurangan maklumat dan pengalaman drp ibubapa anak2 autisma yang lain untuk dijadikan panduan.

Jutaan terima kasih di atas sokongan anda semua.

No comments:

Post a Comment