Tuesday, April 24, 2012

Kenangan Silam

2 RAMD juara keseluruhan Karnival Sukan 6 Briged Infantri



KONTINJEN 2 RAMD bersorak gembira selepas muncul juara keseluruhan pada Karnival Sukan 6 Briged Infantri di Kangar baru-baru ini.



JAGUH. Batalion ke-2 Rejimen Askar Melayu Diraja (2 RAMD), Pulau Pinang membuktikan kejaguhannya apabila muncul juara keseluruhan pada Karnival Sukan 6 Briged Infantri yang diadakan di Kangar, Perlis baru-baru ini.
Kontinjen itu memenangi dua acara sukan iaitu bola sepak dan hoki setelah menewaskan l6 Rejimen Askar Melayu DiRaja (6 RAMD).
Karnival sukan yang berlangsung selama lima hari itu disertai 18 kontinjen yang mewakili unit di bawah naungan 6 Briged seperti 2 RAMD, 6 RAMD, 4 Rejimen Renjer Diraja dan Rejimen 509 Askar Wataniah.
Majlis penutup karnival disempurnakan oleh Panglima 6 Briged Infantri, Brig. Jen. Datuk Zulkapri Rahmat.

No comments:

Post a Comment