Thursday, April 12, 2012

Temujanji Faqihah di Hospital Ipoh


Hari ini Faqihah pergi TEMUJANJI di Hospital Ipoh. Rutin..kini, jumpa doktor setahun sekali sehaja. Bila pergi hospital dpt tengok tingkah-laku kanak2 seperti Faqihah semasa kecil...Alhamdulilah, segala2nya dah berubah...


Laporan drp doktor:

"Kalau diikutkan Faqihah dah tidak perlu temujanji di hospital lagi tapi buat masa ini, doktor mencadangkan temujanji diteruskan. Doktor mensyorkan agar ibubapa mengajar Faqihah menghafal no tel dan alamat serta mengajar Faqihah menjaga keselamatan diri. memandangkan beliau telah remaja. Doktor mengatakan Faqihah sangat 'intelegent'. Faqihah dikategorikan autisma yang tiada masalah untuk berjaya di masa depan."

Tarikh Temujanji akan datang: 11 April 2013 jam 1.45 ptg



TERIMA KASIH kepada semua yang terlibat dlm mendidik Faqihah sehingga ke tahap sekarang. Kepada semua ibubapa di KAA..teruskan usaha mendidik anak autisma masing2. Jangan putus asa. USAHA disusuli dengan DOA. Kerjasama IBU dan BAPA amat diperlukan.

No comments:

Post a Comment