Wednesday, April 4, 2012

Anakku disahkan autisma



As-salam,

Saya mempunyai seorang anak yang berumur 4 tahun dan baru sahaja mengetahui yang beliau sebenarnya mengalami masalah Autisme.

Walaupun sudah lama terdedah dengan autisme (kerana mempunyai seorang rakan pena yang mana anak beliau juga autisme; namun telah terputus hubungan), saya seolah2 tidak dapat menerima hakikat bahawa permata sulung saya telah terpilih oleh-Nya dalam menghadapi masalah ini.

Semakin saya cuba belajar mengenai sindrom ini, saya menjadi semakin sedih dan tertekan. Bermacam gambaran yang bermain di minda saya - adakah saya yang menjadi punca penyebabnya dan apakah yang bakal berlaku pada beliau di masa hadapan. Anak saya merupakan anak yang sulung dan InsyaAllah, saya bakal menerima putera ketiga pada pertengahan Julai ini.

Saya dinasihati untuk bergaul dengan ibu bapa yang mempunyai anak2 autisme untuk menjadi lebih kuat dan tabah di dalam mendidik anak saya...

Saya harap tuan/puan dapat membantu saya. Saya ibu yang bekerja dan buat masa ini tidak mampu untuk berhenti dan menjaga anak saya sepenuh masa.

Wassalam


Sumber: Eliza Yazid

No comments:

Post a Comment