Friday, April 13, 2012

Sekolah Faqihah


Pada akhir tahun 2006, Faqihah cuba didaftarkan di SK Convent untuk bersekolah bersama-sama dengan kakaknya, Noor Fakhira. Hasil perbincangan dengan guru besar, Faqihah tidak dapat diterima di sekolah tersebut kerana AUTISMA.

Pada 2007, Faqihah telah didaftarkan ke sekolah ini untuk sesi persekolahan 2008. Pemilihan dibuat setelah membuat tinjauan sekolah-sekolah yang ada disekitar Ipoh yang menawarkan program pendidikan khas. Dikalangan sekolah yang ada, SK Seri Mutiara adalah sekolah yang terbaik dalam memberi perkhidmatan dalam bidang pendidikan khas. Pemilihan juga dibuat atas faktor, sekolah berkenaan berhampiran dengan tempat kerja abah.

Malangnya, pada tahun 2008, abah telah ditawarkan (setelah memohon) berkursus dalam bidang pendidikan khas selama setahun di Melaka. Permohonan persekolahan Faqihah terpaksa ditukar ke sekolah lain yang berhampiran dengan ummi iaitu SK Seri Kepayang.

Hampir setahun setengah Faqihah berada di SK Seri Kepayang. Banyak peristiwa yang mendukacita berlaku sepanjang tempoh tersebut yang membantutkan perkembangan potensi Faqihah. Tindakan telah diambil, menukarkan Faqihah semula ke SK Seri Mutiara.

Kalau diikutkan SK Seri Kepayang bersebelahan dengan tempat kerja abah kini. Tiada masalah untuk urusan pergi dan balik Faqihah. Demi masa depan Faqihah, dia terpaksa ditukarkan kembali ke SK Seri Mutiara walaupun perjalanan ke sekolah tersebut memakan masa 20 minit akibat kesesakan jalanraya. Banyak perubahan berlaku sepanjang Faqihah berada di SK Seri Mutiara dalam tempoh yang singkat.

Kehadiran semula Faqihah di SK Seri Mutiara mengejutkan pihak sekolah. Faqihah telah diketahui kehadirannya pada tahun 2008 tapi tidak mendaftarkan diri tanpa diketahui sebab oleh pihak sekolah. Ini kerana surat pembatalan tidak dimaklumkan oleh JPN ke sekolah berkenaan. Faqihah dikenali kerana namanya yang panjang...Noor Faqihah Izzah Iwani.

Faqihah terus berada di SK Seri Mutiara sehingga kini. Faqihah sedang mengikuti pembelajaran mengikut silibus Aliran Perdana (kelas normal) tahun 3. Prestasi akademik boleh dikategorikan cemerlang. Faqihah menjawab soalan-soalan peperiksaan Aliran Perdana.

Insya-Allah, Faqihah akan cuba mencipta kejayaan cemerlang dalam UPSR bagi membalas jasa guru2nya yang telah mendidik Faqihah sehingga ke tahap sekarang. Mungkin SEJARAH bakal dicipta oleh Faqihah.

No comments:

Post a Comment