Saturday, December 31, 2011

Selamat datang 2012


Tahun 2012 tetap sama seperti 2011 selagi cara kita berfikir seperti 2011. Tak perlu tunggu tahun baru untuk buat perubahan. Kita boleh ubah diri kita Bila bila masa dalam masa satu saat dengan membuat pilihan yang betul setiap saat. Orang yang inginkan kehidupan berbeza tetapi tabiat tetap sama seperti menunggu kucing bertanduk. Banyak orang tertipu yang mengharapkan dunia luar berubah untuk mengubah kehidupan hidup mereka tanpa menyedari diri mereka harus berubah untuk hidup mereka berubah. Jom ubah diri sendiri untuk mengubah kehidupan mulai esuk 1 jan 2012

Home Tuition Mathematics 2012

Jadual HOMETION 2012

JUMAAT:
2030 Shima (2)

SABTU:
1500 Ani (2)
1630 Hanim (2)
2030 Hanim (1)


AHAD:
0900 Virdah (3)
1130 Milah (3)
1500 Suhaila (1)
1730 Simpanan (2)
2030 Nora (3)


Atas permintaan, aku terpaksa buat pengorbanan cuti hujung mingguku untuk kemajuan anak bangsaku dalam subjek ini. Hari2 biasa tumpuan untuk pendidikan anak2ku terutama Kaklong yang akan menduduki UPSR 2012. MOHON KEMAAFAN permohonan yg lain terpaksa diTOLAK..diluar kemampuanku.

Ucapan Tahun Baru 2012

Prof Dr Muhaya
Tahun 2012 tetap sama seperti 2011 selagi cara kitabberfikir seperti 2011. Tak perlu tunggu tahun baru untuk buat perubahan. Kita boleh ubah diri kita Bila bila masa dalam masa satu saat dengan membuat pilihan yang betul setiap saat. Orang yang inginkan kehidupan berbeza tetapi tabiat tetap sama seperti menunggu kucing bertanduk. Banyak orang tertipu yang mengharapkan dunia luar berubah untuk mengubah kehidupan hidup mereka tanpa menyedari diri mereka harus berubah untuk hidup mereka berubah. Jom ubah diri sendiri untuk mengubah kehidupan mulai esuk 1 jan 2012

Dr. Tengku Asmadi bin T. Mohamad
Selamat Menyambut Tahun Baru 2012 kepada semua fan di FB saya. Semoga dipanjangkan usia, dimurahkan rezeki, disampaikan segala hajat, dipermudahkan urusan, ditambahkan iman dan ilmu, diberikan kekuatan dan kesabaran, dan dirahmati Allah semuanya. Assalamualaikum

Daftar anak autisma ke sekolah

Luahan sedikit. Kembar saya akan masuk darjah 1 thn 2012. Proses Alif berjalan seperti biasa.Tp masalah last minute pd anak autisme saya Adam. First sekali saya pegi PPD tanya bagaimana saya nk register Adam masuk pendidikan khas? Katanya Selangor semua online so pendidikan khas pun online. Saya register kedua2nya dan Adam saya letakkan status OKU. Proses berjalan dgn lancar sehingga hari pengesahan bln 8. Saya ke Sekolah Kebangsaan Sek 20, Shah Alam buat pengesahan kedua2 anak saya dan saya beritahu pd kerani sekolah yg Adam di sekolah pendidikan khas saya minta penjelasan apa yg perlu saya lakukan. Jawabnya x pe saya note kt nama dia pendidikan khas. Saya tanya lg, mcm tu je? Dia panggik PK sekolah pun beritahu hal yg sama, nanti masa orientasi kita akan suruh dia ke bagunan pendidikan khas. Hati saya ada sedikit gusar. Yelah kalau ada apa2 proses blh saya lakkan awal2 krn saya x suka proses last2 minit nanti saya panik. Bln 12 saya pegi lagi ke sekolah saya tanya lg hal pendidikan khas nanti dtg sekali ke hari orientasi 31/12. Org pejabat jwb, Ya. Dtg sekali hari orientasi nanti kami serahkan pd pendidikan khas. Saya x pas hati saya ke bangunan pendidikan khas sekolah berkenaan. Kebetula pembantu guru ada dan saya tanya. Dorang jwb x payah kak, akak dtg masa hari sekolah 4hb. Orientasi x perlu. Saya agak lega. Smlm 30/12 saya ke sekolah nk beli buku sekolah Alif, saya ke bangunan pendidikan khas dan pembatu guru tu kenalkan saya pada PK pendidikan khas. Blh PK tu tanya ngan saya, puan dh dpt pengesahan PPD. Mcm petir sekejap saya rasa, kerana sepanjang saya bertanya dgn pelbagai org di sekolah x ada seorang pun sebut pasa PPD. Smlm PK bgthau saya kena dpt pengesahan PPD baru blh terima. Aduh kelam kabut saya ke PPD masa tu jam 12.00tghari, org punyalah ramai dan dh x dibenarkan masuk kena dtg lepas pukul 2. Dtg semula pukul 2, nasib baik saya x perlu beratur mcm org lain, terus ke kaunter tp tk dpt jumpa ngan En. Azwa krn katanya ada emergency. Tinggalkan not ngan dokumen aje. 4hb dh nk masuk sekolah hal Adam x setel lg. 3hb kena follow up semula, Semoga ALLAH permudahkan. Yg menjadi saya nk marah kenapa satu sekolah x tahu prosedur antara masing2. Nmpk sgt aliran perdana x suka amik tahu pasal pendidikan khas, Dan org pejabat, awak tu front line mesti tahu semua prosedur. Hari ni 31/12 alif pergi untuk orientasi dan mmg tidak mengejutkan nama Adam tersenarai dalam aliran perdana. Inilah sistem online konon! Sekian terima kasih.

Rujukan: Intan Maizura

Opah Imun ke Hospital Ipoh

31/12/2011 (Sabtu) Genap 25 hari opah Imim berada dibawah jagaan mak mertuaku. Memandangkan luka2 yang ada ditubuh opah masih tidak mahu sembuh, kami membawa dia ke hospital Ipoh (Wad Kecemasan) untuk mendapatkan rawatan. Luka2 lama sembuh tp timbil pulak luka2 baru. Isteriku, adiknya, Hasmah dan suaminya yoep membawa opah ke hospital. Aku jaga anak2 kat rumah. mak mertuaku jaga cucu2nya kat rumah. lama mereka di hospital. 3 ptg hingga 7.30 mlm baru sampai ke rumah semula. 2 botol air dimasukkan ke dalam badan opah oleh pihak hospital. Nampaknya opah semakin segar. Sampai di rumah, dia terus tertidur. Tahukah anda, berapa umur opah Imun... 86 tahun. Lahir pada 28 Jan 1925. Dulu dia masih sihat tetapi sejak terjatuh, dia dah tak mampu untuk uruskan diri. Tidak mampu buat apa-apa. Terlantar tanpa mampu melakukan apa2. Dugaan kepada semua anak2nya untuk terus menjaganya sehingga akhir hayatnya nanti. Hasil pemeriksaan, opah tiada masalah penyakit 3 serangkai..Tiada Darah Tinggi, Tiada kencing Manis, Tiada masalah Jantung. Darahnya juga okey. hasil x-ray juga tiada menunjukkan masalah. Moga opah terus sihat

1/1/2012...Opah dah boeh bersembang2 jk dibandingkan sebelum ini, tak sedar apa2 yang berlaku disekelilingnya.

Jururawat datang ke rumah mak mertuaku untuk merawat oph.

Friday, December 30, 2011

Kewajipan SOLAT

AUTISME, SINDROM ASPERGER DAN SINDROM KANNER


Autisme diklasifikasikan sebagai ketidaknormalan perkembangan neuro atau kecacatan neurologi yang menyebabkan interaksi sosial yang tidak normal dan masalah kemampuan berkomunikasi.

Istilah autisme berasal dari perkataan ‘Autos’ bermaksud diri sendiri dan ‘Isme’ bermaksud suatu aliran. Oleh itu, autisme bermaksud keadaan yang menyebabkan seseorang kanak-kanak menumpukan perhatian dalam dunianya sendiri.

Autisme dikenali sebagai sindrom Kanner, kerana sempena nama seorang ahli psikiatri kanak-kanak berasal dari Amerika yang bernama Leo Kanner yang menemui penyakit tersebut pada tahun 1943. Autisme juga dikenali sebagai sindrom Asperger yang berbentuk austisme tahap sederhana.

Autisme diklasifikasikan sebagai kegagalan integrasi deria (Sensory Integration Dysfunction). Ia juga dikaitkan dengan beberapa penyakit seperti:

1. Fragile X-Syndrome
2. Phenylketonuria
3. Tuberous Sclerosis
4. Neurofibromatosis
5. Sindrom Asperger
6. Sindrom Rett

PENYEBAB AUTISME

Antara penyebab autisme ialah:

1. VAKSIN YANG MENGANDUNGI THIMEROSAL
Thimerosal adalah zat pengawet yang digunakan sebagai vaksin. Ada pendapat yang mengatakan bahwa jika terlalu banyak vaksin Hepatitis B yang termasuk dalam MMR (Mumps, Measles dan Rubella ) boleh mengakibatkan anak mengidap penyakit autisme.

Ini kerana vaksin ini mengandung zat pengawet Thimerosal, yang terdiri dari Etilmerkuri yang menjadi penyebab utama sindrom Autisme Spectrum Disorder.

Biasanya, vaksin mengandungi plumbum, merkuri dan aluminium. Bahkan sesetengah vaksin ditambah dengan ekstrak punggung babi, anjing dan monyet yang kebanyakannya diimport dari luar Negara.

2. TV DAN KOMPUTER

TV dan komputer mempunyai pengaruh yang sangat kuat terhadap minda seseorang kanak-kanak. Sesetengah pakar berpendapat pengaruhnya boleh menyebabkan seseorang kanak-kanak boleh menghidap pelbagai penyakit otak termasuk autisme.

3. GENETIK

Ini adalah dugaan awal dari penyebab autisme, kerana autisme juga boleh diturunkan dari orang tua kepada anak, cucu dan cicitnya.

4. MAKANAN

Makanan menjadi penyumbang utama terhadap pelbagai penyakit termasuk autisme. Ini kerana pelbagai bahan kimia dan bahan pengawet terdapat disetiap makanan yang kita beli di pasaraya. Lebih-lebih lagi kadar melamin yang agak tinggi di setiap makanan bersusu dan berperisa cokelat.

Sesetengah makanan ringan pula mengandungi plumbum, merkuri dan aluminium yang jika diambil berpanjangan akan menjejaskan sistem saraf kanak-kanak sehingga otak kanak-kanak tersebut menjadi lemah atau hyperaktif.

Pada tahun 1970an, seorang pengkaji makanan bernama Dr. Feingold telah menyaksikan peningkatan kes ADHD (Attention Dificit Hyperactivity Disorder) dalam skala yang sangat besar. Sebagai seseorang yang pernah hidup di era tahun 1920an hingga 1930an, beliau masih ingat bahawa kes ADHD nyaris tidak ada sama sekali di zaman tersebut.

Dr. Feingold berpendapat punca kes ADHD meningkat ialah kerana makanan moden yang dihasilkan oleh syarikat-syarikat besar yang kebanyakannya mengandungi bahan pengawet dan bahan kimia yang berlebihan.

Sejak Dr. Feingold membongkar bahan kandungan yang digunakan oleh industri pemakanan, semenjak itu beliau di khianati oleh The Nutrition Faundation, di mana Coca-Cola, Kraft Food dan beberapa syarikat besar idustri makanan adalah ahlinya. Namun, beliau tetap tidak putus-putus menulis buku tentang bahaya makanan moden.

5. IMBASAN ULTRASOUND

Para saintis telah cuba meyedarkan orang ramai mengenai bahaya imbasan Ultrasound kepada otak bayi. Disebabkan kepala berbentuk mangkuk, radiasi bertambah besar dan boleh mengakibatkan beberapa bahagian otak terdedah kepada kepanasan tambahan yang tinggi.

Satu kajian menunjukkan bahawa bayi yang terkena gelombang Ultrasonic berlebihan akan cenderung menjadi kidal.

Dengan semakin banyaknya radiasi di sekitar kita, ada kemungkinan radiasi juga berperanan menyebabkan penyakit autisme.

6. FOLIC ASID

Zat ini biasanya diberikan kepada wanita hamil untuk mencegah kecacatan pada janin. Hasilnya memang cukup memberangsangkan, kadar kecacatan pada janin menurun sehingga 30%. Namun, jika diambil berlebihan ia boleh menyebabkan penyakit autisme.

Untuk menggantikan Folic Asid, para ibu yang mengandung disarankan memakan buah-buahan segar sebanyak mungkin.

CIRI UTAMA PENYAKIT AUTISME


Kanak-kanak autisme merupakan kanak-kanak yang kelihatan normal dari fizikalnya, tetapi mereka mempunyai masalah tingkah-laku.

Mereka tidak suka dengan sentuhan, hubungan mata dengan orang lain, tidak suka bercampur dengan orang lain, sering melakukan sesuatu yang pelik dan berbahaya, ketawa dan menangis tanpa sebab, sukar menggunakan kemahiran pergerakan menggunakan jari serta berkelakuan seolah-olah tidak mendengar apabila dipanggil.

Sindrom ini merupakan sindrom yang dialami oleh seseorang semenjak lahir sehingga akhir hayat dan sekiranya kita tidak memahami penyakit autisme ini sudah tentu kita menganggap mereka sebagai tidak waras.

Antara ciri utama kanak-kanak autisme ialah:

a. TIDAK MAMPU BERSOSIAL

1. Tidak menghiraukan orang lain.
2. Kelihatan tidak sensitif pada keperluaan, perasaan dan pemikiran orang lain.
3. Tidak mahu bertentang mata atau menunjukkan ekspresi muka apabila bercakap.
4. Tidak suka sentuhan (tidak mahu dipeluk atau dipegang).
5. Susah bekerjasama, berkongsi atau menunggu giliran.
6. Lebih suka bermain sendiri.
7. Tidak berminat dalam permainan yang perlu menggunakan imaginasi.

b. TIDAK BOLEH BERTUTUR DAN BERKOMUNIKASI

1. Lambat bercakap.
2. Mempunyai masalah bercakap dan memahami percakapan orang.
3. Tidak boleh berkomunikasi dengan baik.
4. Bercakap dalam nada pelik seperti menyanyi atau bercakap macam robot.
5. Sukar memulakan percakapan. Jika berbual hanya satu pihak yang bercakap.
6. Mungkin mengulangi perkataan sama, tetapi tidak faham maksudnya.

c. MEMPUNYAI MASALAH DALAM PEMIKIRAN DAN PERLAKUAN

1. Suka melakukan perkara sama (berulang) dan tidak mahu menerima perubahan. Mereka mudah tersinggung jika disuruh melakukan perubahan.
2. Menunjukkan minat pelik, contohnya terhadap peta, peralatan elektronik atau roda kereta mainan berpusing dan memutar objek.
3. Sangat sensitif terhadap rasa, bau dan bunyi yang menyebabkan mereka menunjukkan perlakuan di luar kawalan.
4. Mempunyai pergerakan badan yang pelik dan melakukannya berulang-ulang.
5. Tidak boleh duduk diam.
6. Menunjukkan keinginannya dengan menarik tangan orang dewasa sehingga hajatnya tercapai.


d. MASALAH TINGKAH LAKU

1. Suka mengasingkan diri.
2. Bersikap pasif.
3. Tidak tahu bersosial.
4. Aktif tetapi berperangai pelik.

Memiliki ciri yang disenaraikan di atas mengakibatkan kanak-kanak autisme sukar didekati. Ada ibu bapa yang kecewa selepas gagal mengubah anak mereka sehingga membiarkan kanak-kanak itu membesar tanpa pendidikan sewajarnya.

Lebih mengecewakan, ada guru sekolah menganggap kanak-kanak autisme sebagai bodoh. Sebenarnya, kanak-kanak autisme bukan golongan berisiko atau bodoh, cuma guru dan ibu bapa tidak tahu cara mendekati mereka.

Oleh kerana mereka ada masalah perlakuan, pemikiran dan tidak pandai bersosial, perkembangan kanak-kanak autisme secara umumnya lebih perlahan daripada kanak-kanak normal.

PENGHIDAP AUTISME BERJAYA LAIN


Antara penghidap Autisme yang Berjaya ialah:

1. Daryl Hannah, 50, ialah seorang aktres Hollywood terkenal tetapi didiagnos menghidap autistic sejak kecil lagi. Hannah tidak pernah berkahwin. Dia juga pernah menerima anugerah pelakon terbaik dalam Saturn Award Splash pada tahun 1984. Dia juga turut aktif dalam program mencintai alam.
2. Matyhew Laborteaux, 44, merupakan pelakon lelaki dalam siri Little House on the Prairie. Menghidap autism tidak menghalang Matthew aktif dalam dunia perfileman. Dilahirkan pada tahun 1966, berasal dari Los Angeles, Amerika syarikat. Dia pernah berlakon dalam rancangan televisyen yang pernah disertai ialah Whiz Kids. Dia juga aktif dalam dunia lakonan sejak 1972 sehingga 1992.

Rujukan: Pusat Perubatan Homeopathy Zuhairni

Tuition Haziq

Tamat 30/12/2012...bersambung

Thursday, December 29, 2011

SELAMAT TAHUN BARU 2012.

Menjelang 2012, dukacita dimaklumkan bahawa aku tidak akan ke udara berada dalam talian seligat bulan Disember 2012 sehingga postku hampir mencecah 250 post untuk bulan Disember sahaja. KERANA. Aku ingin memberi tumpuan terhadap tugas2 hakikiku di kelas Pendidikan Khas. Terima kasih atas kunjungan dan sokongan anda sehingga kini. Insya-Alah, masih ada post2ku setiap minggu tetapi tidaklah sebanyak seperti sekarang. Sekurang2nya kita dapat berkongsi pengalaman terutama dalam mendidik anak2 autisma. Semoga anak2 autisma kita akan dapat menerima didikan sewajarnya drp kita agar mereka boleh meneruskan kehidupan di masa depan tanpa kehadiran kita di sisi mereka.

Kanak2 autisma dan Keluaga

Cara mengendalikan anak yang autistik berbeza antara satu sama keluarga dengan keluarga yang lain. Kanak -kanak autistik yang berusia 1 1/2 tahun boleh dipaksa dan diasingkan tempat lain jika didapati tingkah lakunya mengganggu keadaan. Tetapi , jika dia sudah berusia lebih daripada tiga tahun dan mempunyai tabiat yang degil , ibu bapanya akan lebih sukar menjaganya. Ahli keluarga perlu tabah dan bersabar menghadapi kanak -kanak autistik ini dan mempelajari cara -cara untuk mengatasi masalah yang timbul serta menggunakan kaedah -kaedah seperti ini memerlukan banyak perhatian dan ini mendorong ramai ibu yang bekerja mengambil keputusan meletak jawatan untuk mendidik dan menjaga anak sepenuh masa di rumah.

Peluang untuk melawat sahabat - handai atau berekreasi sukar diperoleh kerana tumpuan perlu diberikan kepada anak autistik mereka. Aktiviti -aktiviti seperti membeli belah ,bersiar -siar pada hari cuti dan sebagainya mungkin sentiasa diselubungi oleh perasaan khuatir kalau -kalau anak mereka bertindak di luar kawalan.

Kanak -kanak autistik perlu diberikan banyak perhatian untuk memastikan agar keperluan mereka dipenuhi dan supaya mereka tidak menjadi bahan ejekan orang lain serta terdedah pada keadaan yang boleh membahayakan keselamatan. Ini sering menyebabkan ibu bapa yang terlibat mengalami ketegangan jiwa. Selalunya , mereka sukar mendapat bantuan orang lain untuk menjaga anak mereka terutamanya di saat -saat yang memerlukan. Lebih menyukarkan lagi jika anak sering berkelakuan ganas terhadap adik -beradiknya dan menyulitkan keluarga . Kelatihan mental boleh menggugat kesihatan mereka.

Adik -beradik kepada kanak -kanak autistik mungkin juga tidak terlepas daripada masalah emosi. Ada yang berasa malu untuk mempelawa kawan -kawan datang kerumah. Mereka juga mungkin berasa diketepikan oleh ibu bapa kerana perhatian lebih sering tertumpu kepada adik autistik mereka. Jiran -jiran yang tidak faham akan keadaan ini mungkin akan menjauhkan diri daripada keluarga berkenaan. Ada pula yang mungkin memberi komen -komen yang tidak membina dan menyinggung perasaan keluarga ini.

Ketegangan mungkin berlaku antara pasangan suami -isteri dalam usaha mereka mencari jaln untuk mengatasi masalah -masalah yang timbul sehingga boleh mengugat kestabilan rumah tangga mereka. Tetapi , apa yang menarik sekali pada saya ialah kebanyakan pasangan yamg mempunyai anak -anak yang autistik , terencat akal , spastik, pekak dan sebagainya tetap mempunyai ikatan perkhawinan yang kukuh. Pada pandangan saya , rasa tangungjawab serta perasaan kasih terhadap anak mereka mengatasi segala -galanya dan masalah -masalah yang dihadapi tidak dibarkan menggugat kestabilan rumah tangga mereka.

Cara mendidik dan mengatasi masalah -masalah yang timbul akibat daripada penjagaan kanak -kanak autistik tentu sekali berbeza antara satu keluarga dengan keluarga yang lain. Kanak -kanak itu sendiri mungkin mempunyai kemahiran atau bakat yang tertentu. Saya pernah bertemu kanak -kanak autistik yang berbakat dalam bidang muzik atau matematik , bijak menyusun jigsaw -puzzles serta menggunakan komputer atau mesin taip. Oleh itu , penilaian terhadap kanak -kanak autistik perlu merangkumi aspek -aspek riwayatnya yang terperinci , pemeriksaan fizikalnya yang teliti serta penilaian keupayaan intelek dan sosialnya. Kelemahan - kelemahan dan kekuatan -kekuatan yang ada pada dirinya perlulah dikenal pasti.

Ibu bapa perlu mengetahui kekuatan dan kebolehan yang dimiliki oleh anak -anak autistik mereka kerana ini akan memberi mereka harapan untuk meneruskan usaha mendidik dan mengasuh anak itu.

Rujukan: Dr Hamid Arshat

AROMATHERAPY AND SOAPS... produk kegunaan Faqihah sekeluarga

AROMATHERAPY AND SOAPS
Aroma Seri Wangi




10 ML HARGA RM69

(Untuk 1 tahun keatas)

Pati bunga dengan tenaga aura dan gelombang

Dipancar tenaga asy-syifa.

Rawatan melaui empat aspek spiritual, emosi ,mental dan fizaikal. Boleh digunakan untuk rawatan kecemasan dimana sahaja.

Ø Kesan yang Menyegarkan dan Menyeimbangkan hormone

Ø Membantu menguatkan system urinari

Ø Membantu orang yang Sukar tidur

Ø Membantu fungsi hati dan nyahtoksin

Ø Untuk kulit yang sihat

Ø Memberi kesan meredakan sakit kepala

Ø Memberi kesan melegakan Ketegangan otot


Cara kegunaan:

Setitik aroma dicampurkan air dan Sapu ke wajah dan bahagian yang sakit.

Mandi:

Boleh di campur setitik kedalam sebekas air dan mandi atau rendaman.



Sabun Seri Wangi


140g HARGA RM63

(Untuk 1 tahun keatas)

Minyak sayuran, pati bunga, tenaga aura dan gelombang. Dipancarkan tenaga asy- syifa.

Membantu mengatasi keletihan dan tekanan

Membantu meningkatkan fungsi system tubuh

Melegakan ketegangan dan kelesuan otot

Digalakan digunakan bersama Aroma Seri Wangi


Cara Kegunaan:

Guna sebagi sabun mandian.

Baik untuk muka dan badan.

Menyegarkan dan Menyeimbangkan…

Tugasanku 2012

Hasil daripada Mesyuarat Guru kali pertama pada 29/12/2011, Tugasanku pada tahun 2012 tidak membebankan jika dibandingkan tahun-tahun sebelum ini. Tumpuan boleh diberikan kepada akademik sepenuhnya terutama murid-murid pendidikan khasku yang akan menduduki PMR yang dijangkakan seramai 2 orang iatu Huzeir dan Mukunandas dan persiapan murid-murid yang akan menduduki PMR 2013. Disamping itu, tumpuan juga akan diberikan kepada projek lanskap dan Buletin Anugerah. Di antara tugasan utamaku 2012 ialah:

1. Guru mata pelajaran.
2. Guru Kokurikulum.
3. Ketua Guru 1M1S.
4. Guru penasihat KRS.

Di antara jawatan digugurkan ialah:

1. Guru penasihat Kelab Petanque.
2. Guru Penasihat Kelab Koperasi.
3. Guru Kelas.
4. Guru Mata Pelajaran PJK

Gambar makhluk halus di seluruh dunia

Gambar makhluk halus di seluruh dunia, makhluk halus hantu, makhluk halus seram, makhluk halus misteri, makhluk halus berhantu, makhluk halus menakutkan, makhluk halus kisah seram, makhluk halus filem seram, makhluk halus cerita seram, makhluk halus cerita, Ymakhluk halus gambar, makhluk halus foto, makhluk halus lagu, makhluk halus latar

12368166047478176810

Ini adalah gathering terakhir di musim panas dalam foto yang diambil.

Menurut laporan media Inggris pada 10 Maret, para ilmuwan mengumpulkan foto-foto fenomena gaib, dan Kerajaan Inggris di Edinburgh Sains Festival akan dipublikasikan secara online dalam rangka berusaha untuk memecahkan misteri ini fenomena gaib.

12368166057478176811

12368166057478176812

Hal ini pada bulan April tahun terakhir di Ankara, Turki, diambil oleh fenomena gaib

12368166057478176813

12368166057478176814

Double eksposur? Foto ini diambil dalam 22 tahun yang lalu di sebuah puri.

12368166057478176815

Ini adalah Amerika Serikat pada tahun 1988 di Edinburgh oleh pengunjung untuk foto menembak.

12368166067478176816

Ini adalah di Edinburgh pada tahun 2003 di ruang pameran foto yang diambil.

12368166067478176817

Olahraga di wanita rambut terlihat persis seperti wajah manusia.

Gangguan makhluk halus... mungkin dihadapi oleh anak2 autisma

FAKTOR-FAKTOR GANGGUAN

A) Berpunca Daripada Jin

Jin yang jatuh cinta kepada manusia dan ingin bersahabat.
Jin yang sengaja ingin menzalimi manusia.
Dengki dan hasad kepada manusia yang diberi kelebihan oleh Allah.
Balas dendam kerana kematian keturunannya sama ada sengaja atau tidak sengaja seperti membunuh ular dan binatang jelmaan jin.
Benci kepada manusia yang taat dan yang mempelajari agama.
Jin juga mengamalkan sihir dan pakar tentang sihir.

B) Berpunca Daripada Manusia

Kecuaian manusia seperti menyiram air panas ke dalam lubang kecil, mangkuk tandas dan menganggu tempat kediaman mereka walaupun tidak sengaja.
Mencampakkan benda berat tanpa membaca bismillah.
Bersama isteri tanpa menyebut nama Allah.
Perempuan yang mendedahkan aurat dan suka berhias menyebabkan jin terpikat dan jatuh cinta.
Tidak beradab semasa berada di dalam hutan dan tempat-tempat sunyi.
Tukang sihir berkerjasama dengan jin dalam melaksanakan permintaan seseorang yang hasad dengki.
Sikap manusia yang takkabur dan mencabar.
Keadaan manusia yang tidak terkawal memudahkan jin merasuk:

Terlalu marah.
Terlalu takut.
Nafsu syahawat yang tinggi.
Manusia yang lalai.
Jahil

Mengamalkan sihir dan amalan-amalan yang salah seperti silat yang berkait dengan jin sehingga memakan diri.
Kesanggupan menerima jin (saka) menyebabkan anak-anak dan cucu menjadi mangsa.

TANDA-TANDA GANGGUAN

a) Tanda-Tanda Ketika Tidur:

Susah tidur malam kecuali setelah bersusah payah.
Mudah terjaga pada waktu malam dalam keadaan takut.
Mimpi melihat sesuatu yang menghimpitnya lalu ia meminta pertolongan tetapi tidak berdaya.
Mimpi buruk yang menakutkan.
Mimpi melihat binatang seperti kucing, anjing, unta, ular, serigala, singa, tikus dan sebagainya.
Ketawa, menangis dan menjerit-jerit ketika tidur.
Bunyi gigi begetar/berlaga ketika tidur.
Mimpi jatuh dari tempat tinggi.
Berdiri dan berjalan ketika tidur.
Bermimpi berada di tempat yang sunyi.
Bermimpi berada di kawasan kotor, tempat sampah dan kawasan perkuburan.
Mimpi melihat makhluk halus.
Mimpi melihat salib atau gereja.
Mimpi bertemu paderi atau berada di tempat ibadah mereka.
Mimpi melihat budak kecil. Berjaga-jaga kalau bermimpi menyusui budak kecil dan kita merasakan terlalu sayang kepadanya.
Mimpi benda tajam dan miang seperti pisau, paku, miang buluh dan sebagainya (tanda santau).

b) Tanda-tanda Ketiga Jaga:

Sering lalai daripada mengingati Allah s.w.t.
Hilang ingatan (Gila).
Hilang semangat apabila sampai ketempat kerja.
Lesu dan malas.
Sesak nafas apabila masuk waktu asar hingga ke malam.
Rasa sakit pada sebahagian anggota badan.
Sakit di bahagian belakang badan terutamanya tulang belakang.
Lenguh sendi-sendi.
Melihat sesuatu yang pelik.
Ketumbuhan yang sukar diubati (kanser).
Terasa seolah-olah memijak telur atau batu dibahagian tapak kaki.
Mudah panik bila berhadapan dengan masalah.
Jiwa lemah dan mudah mengalah.
Selalu mengantuk.
Sering pening dan perubatan moden tidak dapat mengesan penyakit tersebut
Mudah marah dan panas baran.
Hilang darah.
Agresif dan bertindak liar.

Rujukan:zamdurrani.dumei.com

Mandi Ais... rawatan Faqihah bersama produk Attitude Therapy sejak 2004

Terapi ini dikatakan amat bekesan untuk merawat beberapa penyakit kronik daripada kanser sehinggalah sakit yang paling ringan seperti demam. Selain itu, terapi ini juga boleh memberi kesan kepada kecantikan dan awet muda.

Terapi ini bertindak untuk

  • Membunuh kulat, bakteria, virus yang tidak diperlukan dalam darah dengan cara tekanan daripada air.
  • Menguatkan sistem imun untuk menguatkan badan daripada jangkitan penyakit berjangkit.
  • Membunuh kuman pada luka, memecahkan darah beku.
  • Membaiki fungsi serta peredaran darah ke otak.
  • Boleh mengecilkan dan menghapuskan pertumbuhan sel barah, lymphoma dan leukimia.
  • Memberikan ketenangan, rehat yang sebenar, tidur yang lena dan secegaran yang cepat.
  • Mengawal dan membaiki denyut nadi, meningkatkan kadar metabolisma.

Mereka yang sihat juga boleh mengamalkan mandi ais untuk ketenangan, menghilangkan keletihan, kecantikan dan awet muda. Paling berkesan, mandi ais ini boleh melegakan keletihan dengan cepat dan memulihkan tenaga dengan pantas

Langkah-langkah Mandi Ais

Ada beberapa bahan yang akan dicampurkan di dalam tab mandi untuk terapi mandi ais. Bahan pertama yang mesti ada ialah air, iaitu perkara penting sebagai medium perantaran getaran tenaga dalam rawatan. Bahan-bahan... lain ialah garam, kapur, belerang, minyak aromatherapy dan buih mandian beraroma. Bahan terpenting yang berperanan menguatkan getaran tenaga bahan-bahan yang dinyatakan di atas ialah ais. Ais berperanan menyejukkan air supaya molekul bahan menjadi bertenaga apabila ia bergetar denagan frequensi yang tinggi.


Setiap bahan-bahan ini memainkan peranan seperti berikut;

Air: Unsur atom air paling cepat mengesan gema atau gelombang yang berlainan dan paling cepat bergetar

Ais: Memberikan tekanan yang boleh menolak benda-benda asing mendap ke dasar kolam

Kapur: Menguatkan semula sktruktur tulang, meningkatkan suhu darah dan merendahkan suhu tulang. Merangsang impuls saraf ke otak dengan cekap dan tepat. Memberihkan kulit supaya deria sentuhan lebih peka pada tekanan persekitaran

Sulfur: Membantu proses penghadaman, meneutralkan racun dan toksik dalam sistem penhadaman. Melancarkan penyerapan neutrient

Garam: Mencairkan darah, melancarkan aliran darah, mengeluarkan karbon dioksida yang terperangkap di dalm aliran darah dan memelihara sel darah

Aromatherapy: Merangsang kelenjar pineal untuk menguatkan sistem imun

Wednesday, December 28, 2011

Erti sebuah KEKAYAAN

Dari Abu Hurairah r.a : Nabi saw bersabda, "Kekayaan bukanlah banyaknya harta, melainkan kekayaan itu adalah kayanya jiwa." [0276] Sahih Bukhari dalam Adabul Mufrad.

Sedikit Pengajaran :

a). Kekayaan hakiki adalah kayanya jiwa seseorang; iaitu berasa puas dan bersyukur pada apa yang ada serta tidak dengki khianat terhadap rezeki orang lain yang telah Allah berikan pada mereka.

b). Meletakkan rasa keperluan pada dunia itu untuk menambahkan amal kebaikan untuk mendapat keredhaan Allah semata.

c). Kekayaan jiwa juga adalah redha terhadap baik dan buruknya takdir dan dalam masa yang sama memerlukan Allah dalam setiap kesulitan yang dihadapi.

Hasil Seni Faqihah

Rawatan Speech Delay

Salam.. sharing doa utk anak2 yg speech delay kaedah rawatan As-Syifa.

1) Baca Surah AzZumar (surah no 39) ayat 24-37, baca 3 kali + doa apa yg dihajati setiap kali lepas Solat Maghrib & Isya'.

2) Baca Surah Al-Hajj (surah no 22) ayat 40-55, baca 3 kali + doa apa yg dihajati setiap kali lepas solat Subuh, Zohor dan Asar.

Semoga dgn usaha kita yg sedikit ni, dapat dimakbulkan doa kita spy anak2 dpt bercakap.

InsyaAllah yakinlah bahawa doa ibu2 ni mustajab :)

Rujukan: Rosnita Sadali

Suatu cadangan..... Assessment / Diagnosis / General Enquiries on Autism

Marina Ariff
mmg standard kalau pi hospital kerajaan lama nak dapat diagnosis utk anak kita sbb ramai.....saya pun setahun juga tunggu nak confirmkan anak tu autisme dulu. Kalau nak cepat boleh juga buat diagnosis kat NASOM One stop center. Call diorang utk buat appointment, tapi mmg kena bayar la, cuma saya tak sure berapa, mungkin Zra FÆruz tahu berapa bayarannya.

Alamat nya:

Assessment/Diagnosis/

General Enquiries on Autism

NASOM-Kiwanis PJ Autism One-Stop Centre

340 Jalan Pahang

53000 Kuala Lumpur

Tel: 603-4023 6698

Fax: 603-4024 6934

Ery Kumagai

kalau x silap bayaran kat NASOM One Stop Centre utk assesment = RM200-250

Tuesday, December 27, 2011

Al-Quran bongkar rahsia pembinaan piramid


Pembongkaran misteri piramid adalah hasil daripada mukjizat al-Quran yang telah berbicara sejak ribuan tahun dahulu.


FIRMAN Allah SWT yang bermaksud: Dan berkatalah Firaun: Wahai kaumku, aku tidak mengetahui Tuhan bagimu selain aku. Maka bakarlah wahai Haman untukku tanah liat kemudian buatkanlah untukku bangunan yang tinggi agar aku dapat naik melihat Tuhan Musa, dan sesungguhnya aku benar-benar yakin bahawa dia (Musa) orang-orang pendusta. (al-Qasas: 38).

Daripada penjelasan ayat al-Quran di atas jelaslah bahawa selama ini manusia menjadi hairan dan kagum bagaimanakah bangunan-bangunan yang dibinakan oleh Firaun iaitu piramid dapat berdiri megah dan perkasa di bumi Mesir pada zaman pemerintahannya hingga kini.

Apakah rahsia di sebalik pembinaan piramid itu?

Akhbar Amerika Times edisi 1 Disember 2006, telah menyiarkan berita saintifik yang mengesahkan bahawa Firaun telah menggunakan tanah liat untuk membina piramid. Menurut kajian tersebut, disebutkan bahawa batu-batu yang digunakan untuk membuat piramid adalah daripada tanah liat yang dipanaskan sehingga membentuk batuan keras yang sukar dibezakan dengan batu asalnya.

Para saintis mengatakan bahawa Firaun mahir dalam bidang ilmu kimia dalam menguruskan tanah liat sehingga menjadi batu. Teknik yang mereka gunakan sangat misteri jika dilihat dari kodifikasi nombor di batu yang mereka tinggalkan.

Profesor Gilles Hug dan Dr. Michael Barsoum, menegaskan bahawa piramid yang paling besar di Giza, dibuat daripada dua jenis batuan yang terdiri daripada batu semula jadi dan batu-batu yang dibuat secara manual hasil daripada olahan tanah liat.

Baru-baru ini majalah Journal of American Ceramic Society memaparkan artikel kajian mengenai bagaimanakah Firaun membina piramid di Mesir yang mengkagumkan itu sebagai peninggalan sejarah tamadun dunia.

Kajian itu menegaskan, bahawa Firaun menggunakan tanah jenis slurry untuk membina monumen yang tinggi, termasuk piramid. Justeru itu tidak mungkin bagi seseorang untuk mengangkat batu besar dan berat ribuan kilogram. Seterusnya pada dasar piramid, Firaun menggunakan batu semula jadi atau batu alam.

Lumpur tersebut merupakan campuran lumpur kapur yang dipanaskan dengan wap air garam dan akan menghasilkan wap air sehingga terbentuknya campuran tanah liat. Kemudian olahan itu dituangkan ke dalam tempat yang disediakan di dinding piramid. Lumpur yang sudah diadun mengikut saiz yang dikehendaki itu dibakar, lalu diletakkan di tempat yang sudah disediakan di dinding piramid.

Sehubungan itu, Profesor Davidovits telah mengambil sampel batu piramid yang terbesar untuk dilakukan analisis dengan menggunakan mikroskop elektron terhadap batu tersebut. Hasilnya, beliau menegaskan bahawa batu itu diperbuat daripada lumpur. Selama ini tanpa penggunaan mikroskop elektron, ahli geologi belum mampu untuk membezakan antara batu alam semula jadi dengan batu buatan manusia.

Penemuan oleh Davidovits adalah hasil kajian yang memakan masa kira-kira 20 tahun. Sebelum kajian yang begitu lama terhadap piramid Bosnia, Piramid Matahari dan menjelaskan bahawa batu-batunya diperbuat daripada tanah liat. Ini memperkuatkan lagi keyakinan bahawa kaedah ini tersebar luas di masa yang lalu.

Tanah liat

Sebelum ini, seorang saintis Belgium, Guy Demortier, telah bertahun-tahun mencari jawapan daripada pembuatan batu besar yang tersergam di puncak-puncak piramid. Beliau berkata:, "Setelah bertahun-tahun melakukan kajian dan penyelidikan, sekarang barulah saya yakin bahawa piramid yang terletak di Mesir diperbuat dengan menggunakan tanah liat."

Bukti-bukti dari kajian menunjukkan kepada kita bahawa bangunan-bangunan raksasa, patung-patung raksasa dan tiang-tiang yang ditemui dalam tamadun canggih zaman silam, juga dibina daripada 'tanah liat'.

Pembongkaran misteri piramid tersebut adalah hasil daripada mukjizat al-Quran yang telah berbicara sejak ribuan tahun dahulu sebelum para saintis dan ilmuan dunia menemukan rahsia tersebut.

Hairan dan ajaib, sejak 1,400 tahun yang lampau, Nabi Muhammad SAW dan beratus tahun selepas berakhirnya Dinasti Firaun di Mesir, memberitahu bahawa Firaun membina monumen yang megah dan tersohor itu yang dikenali sebagai piramid dengan menggunakan tanah liat.

Jika ditinjau daripada kejadian Nabi Adam sebagai bapa manusia dan menjadi khalifah di bumi, adalah juga berasal daripada penciptaan tanah liat yang ditiupkan roh oleh Allah SWT dan wujudlah sebagai manusia yang pertama di permukaan bumi.

Daripada pemaparan hakikat ayat al-Quran di atas, jelaslah membuktikan bahawa Nabi Muhammad SAW tidaklah berbicara mengikut hawa nafsunya melainkan hidayah dan petunjuk daripada Allah SWT yang menciptakan Firaun dan menenggelamkan dia di Laut Merah bersama tenteranya.

Malah Allah juga menyelamatkan Nabi Musa as daripada kekejaman Firaun menuju tanah dan bumi Palestin yang didambakan sampai sekarang dan seterusnya hari kemudian.

Kecemerlangan bukan sekadar akademik


sebahagian daripada pelajar cemerlang gembira sambil menunjukkan keputusan cemerlang 8A pada peperiksaan PMR di Sekolah Menengah Sains Tuanku Syed Putra di Kangar, Perlis, baru-baru ini.


TAHNIAH kepada 34,271 pelajar yang mendapat keputusan cemerlang iaitu A dalam semua mata pelajaran. Demikian juga kepada pelajar lain yang mendapat sekurang- kurangnya beberapa A dalam peperiksaan Penilaian Menengah Rendah (PMR) yang diumumkan baru-baru ini.

Kepada mereka yang tidak cemerlang atau tidak mendapat satu A pun janganlah kecewa dan berputus asa kerana dunia masih belum lagi berakhir.

Ada banyak lagi perkara yang perlu anda fikirkan dalam hidup ini dan kejayaan masa depan bukan semata-mata bergantung kepada kecemerlangan akademik tetapi melibatkan beberapa kriteria lain.

Kepada ibu bapa janganlah menunjukkan sikap marah atau mengeluarkan perkataan yang menyakitkan hati anak sekiranya mereka tidak mendapat keputusan cemerlang. Elakkan suka berleter atau menyindir kerana ia boleh mengecilkan hati anak.

Ada juga ibu bapa yang sengaja membandingkan dengan anak jiran atau sanak saudara lain yang mendapat keputusan lebih baik.

Pada ketika ini apa yang perlu dilakukan ialah memberi mereka kekuatan semangat atau kata-kata galakkan supaya membuat penilaian atau muhasabah diri dan berusaha lebih keras agar mendapat keputusan lebih baik dalam peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) yang akan ditempuhi dua tahun lagi.

Tidak dapat dinafikan fenomena dalam setiap kali peperiksaan sama ada di peringkat rendah atau menengah ibu bapalah yang paling sibuk jika dibandingkan dengan anak yang mengambil peperiksaan. Sebelum tarikh peperiksaan bermula pergerakan anak sentiasa dikawal.

Ada di antara ibu bapa yang tidak membenarkan anak mengikuti aktiviti kokurikulum dan permainan di sekolah kerana dikatakan akan mengganggu rentak mereka membuat persediaan bagi menghadapi peperiksaan.

Kelas-kelas tuisyen sudah menjadi kemestian, tidak cukup di sebelah petang maka waktu malampun terpaksa menghadiri kelas tersebut.

Bagi yang lebih prihatin akan mengambil cuti khas untuk membolehkan mereka menghantar dan mengambil anak ke sekolah sepanjang masa peperiksaan.

Debaran ibu bapa kian memuncak apabila keputusan peperiksaan diumumkan. Di sesetengah sekolah bilangan ibu bapa yang hadir melebihi bilangan calon yang mengambil peperiksaan.

Bila keputusan diumumkan ibu bapa akan tersenyum lebar sekiranya anak mendapat keputusan cemerlang tetapi akan masam mencuka jika keputusan sebaliknya.

Ada juga yang tidak berpuas hati dengan keputusan lantas berjumpa pengetua untuk mengisi borang bagi menyemak semula keputusan peperiksaan yang baru diumumkan itu.

Turut terdapat kes yang keterlaluan iaitu dengan marah-marah dan menyalahkan guru atau pihak sekolah yang menyebabkan anaknya tidak mendapat keputusan baik.

Suasana meriah apabila keputusan peperiksaan UPSR, PMR, SPM atau STPM diumumkan turut dimainkan oleh media massa. Wartawan akhbar atau televisyen bukan sahaja membuat liputan semasa pengumuman keputusan peperiksaan di Kementerian Pelajaran tetapi turut menghantar wartawan ke sekolah-sekolah tertentu.

Suasana hiruk-piruk semasa penyerahan slip peperiksaan atau ketika pelajar bersorak riang diberikan fokus utama. Gambar pelajar dijulang atau sedang menangis kegembiraan turut diberi liputan. Menjadi kebiasaan temu bual dibuat dengan pelajar cemerlang dan ibu bapa. Ironinya jarang yang memberi pujian kepada jasa dan sumbangan guru atau pengetua.

Akibat terlalu banyak liputan dan publisiti oleh media massa terhadap pencapaian pelajar dalam peperiksaan maka ada yang bertanya adakah matlamat pendidikan seolah- olah terletak kepada keputusan peperiksaan?

Sekolah-sekolah yang cemerlang hanya dinilai terhadap berapa peratus keputusan cemerlang dalam setiap mata pelajaran atau berapa ramai pelajar yang mendapat A dalam peperiksaan tersebut.

Terlalu menekankan pencapaian dalam peperiksaan atau komponen intelek sahaja maka bidang jasmani, rohani dan emosi seolah-olah telah diabaikan. Sedangkan matlamat Falsafah Pendidikan Kebangsaan menghendaki perkembangan seimbang dalam keempat komponen tersebut supaya dapat dilahirkan modal insan atau individu yang bersifat holistik dan berketerampilan sesuai dengan keperluan cabaran global dan tuntutan masa.

Jika ditanya kepada pengetua atau guru- guru mengapa mereka turut memberi penekanan kepada bidang akademik. Jawapannya telah dijangka bahawa inilah yang dikehendaki oleh ibu bapa iaitu ingin melihat anak- anak mereka mencapai kejayaan cemerlang dalam peperiksaan.

Tidak dapat dinafikan pencapaian itu pula ada kaitan dengan peluang untuk melanjutkan pelajaran di institusi pengajian tinggi dan bagi mendapat biasiswa atau bantuan pelajaran.

Ternyata bahawa peluang memasuki institusi pengajian tinggi awam yang ternama dan memilih bidang kajian yang diminati adalah banyak dipengaruhi kecemerlangan keputusan peperiksaan.

Sesungguhnya keadaan ini adalah di luar kawalan pihak sekolah dan norma itu telah lama wujud dalam masyarakat kita.

Apakah ukuran sebenar untuk menjadi seorang pelajar yang berjaya di masa hadapan? Tidak dapat dinafikan bahawa pencapaian cemerlang dalam peperiksaan adalah salah satu kriterianya.

Walau bagaimanapun ciri-ciri lain perlu ada iaitu mempunyai pemikiran yang kreatif, inovatif, kemahiran berkomunikasi, kebolehan membuat keputusan, sikap berani mencuba, tidak takut gagal, rajin, ada kesungguhan, proaktif dan mempunyai tubuh badan yang sihat.

Individu yang mempunyai ciri-ciri tersebut dikatakan mempunyai kelebihan, peluang dan kekuatan selepas meninggalkan bangku sekolah.

Mereka mampu berhadapan dengan pelbagai cabaran dan berkeupayaan bersaing dalam dunia yang kian mencabar.

Oleh itu kepada pelajar yang tidak mendapat keputusan cemerlang dalam peperiksaan yang lepas jangan merasa kecewa atau berputus asa. Cuba bermuhasabah diri dan renungkan kembali apakah sebab atau punca yang yang menyebabkan keputusan tidak menyerlah.

Ambil langkah susulan dan tindakan segera bagi memperbetulkan keadaan tersebut. Walaupun peperiksaan SPM akan menjelang dua tahun lagi tetapi buatlah persediaan awal supaya pencapaian yang akan datang lebih cemerlang.

Kepada ibu bapa pula berikan dorongan dan bimbingan agar anak sentiasa merasa lebih dihargai dan yakin dengan kebolehan diri mereka sendiri.

Selamat berusaha.

PENULIS ialah Pengerusi Yayasan Guru

Malaysia Berhad.

Hasil seni anak2 autisma



Faqihah..Ciderella





Haris Ihsan


Syahmi