Showing posts with label HomeTuition. Show all posts
Showing posts with label HomeTuition. Show all posts

Monday, February 24, 2020

Bengkel MT Pak Yoep

Terima jemputan untuk mengendalikan Bengkel Matematik.

BENGKEL MATEMATIK bersama anak2 tuisyen kampung manjoi.
Hari : Ahad (23.2.2020)
Masa : 5-7 ptg 
Lokasi: Sek.Agama Rakyat Ittihadiah, Kampung Tengku Hussein 

Buat pertama kali menerima jemputan seumpama ini. Sebelum ini hanya terima jemputan untuk mengadakan perkhidmatan Home Tuition sahaja. Walaubagaimanapun diberhentikan perkhidmatan sejak Kak Long persiapan menduduki SPM (Tg 4) sebab memberi fokus kepada Kak Long. Kak Long habis SPM fokus pulak kepada Haziq PT3.

Diantara pengisian yang dirancang seperti berikut:

Pengisian BENGKEL MATEMATIK Fasa 1 bersama anak2 tuisyen Kampung Manjoi pada 23 Feb 2020.
Pengukuhan asas matematik
1. Asas nombor
2. Operasi +, - , × dan ÷.
3. Hubungan antara pecahan, perpuluhan dan peratus.
4. Pertukaran unit

Moga dapat beri perkhidmatan terbaik kepada anak-anak manjoi esok.

Monday, August 20, 2018

Klinik Matematik pak Yoep


Klinik Math Pak Yoep masih berfungsi 2018

Secara kecil-kecilan sejak tahun 2015

Kerana...

Fokus kepada kak long 

Menduduki PT3 dan SPM

Tahun 2018 masih beri perkhidmatan

Math Ting 1, 4 dan 5

3 tahun mendatang ini

Aktiviti home tuition terpaksa dihadkan

Untuk beri fokus kepada Haziq

PT3 tahun 2019

SPM tahun 2020

Haziq dah tidak tinggal di asrama

Dikeluarkan akibat kemerosotan

Prestasi akademiknya di SYS

Setakat ini ada perkembangan positif

Tunggu result ujian terkini

Bermula 27 Ogos 2018

Didoakan ada perubahan

Walaupun sedikit...

Saturday, November 1, 2014

Program Cuti Sekolah 2014 - Matematik


Saturday, September 29, 2012

Anak didik Pak Yoep

Sarah Nur Saad
Ijazah Sarjana Muda Kejuruteraan (Kepujian)
Kejuruteraan Elektronik
29 September 2012

  
Bekas pelajar yang Pak Yoep ajar di SMK Jelapang Jaya Ipoh. Di antara pelajar yang cemerlang dalam kelas Pak Yoep untuk Math dan Add Math. Berjaya memperoleh A1 dalam kedua-dua mata pelajaran diperingkat SPM. Diperingkat PMR, Pak Yoep turut mengajarnya dan turut berjaya memperoleh gred A. Kejayaan anda kebanggaan Pak Yoep.