Monday, December 2, 2013

Positive Parenting Workshop - Time Out


‘TIME OUT’

-Gunakan time out untuk tingkahlaku yang buruk dan pada masa dimana tingkahlaku anak yang tidak boleh dipedulikan.Bermula dengan satu tingkah-laku. Bila tingkah laku tersebut tidak lagi menjadi masalah lagi, pilih masalah tingkah laku yang lain untuk diselesaikan.
-Guna akibat secara logik atau tarik balik keistimewaan/ keutamaan pada masa yang bersesuaian
- Abaikan tingkah laku yang tidak bersesuaian seperti menjerit, meregek, mempersenda, membantah atau marah-kemarahan
-Memuji tingkah laku yang positif dengan yang boleh

SEMASA ‘TIME OUT’
-Mesti bersopan
-Bersedia diuji oleh anak
-Kawal kemarahan dan beri arahan ( jangan mengugut anak)
- Beri masa 5 minit untuk Time Out dan 2 minit untuk ibu bapa diam sahaja dan di penghujungnya kata ‘’tolong senyap’’

* setiap anak perlu mempunyai satu ''behavior book account ( buat sendiri)
- rekod tingkahlaku yang buruk dengan berikan hukuman...tingkahlaku yang baik bagi reward..kalau tingkahlaku anak lebih banyak yang baik daripada yang buruk...bagilah reward yang exclusive..
*tentukan masa tidur anak-anak..kalau 3-6 tahun sekurang-kurangnya 11 jam dan tidur pada waktu yang sama setiap hari..ini baik untuk perkembangan otak anak dan mereka lebih fokus menurut pakar neuro

~ ini nota hasil pembelajaran saya dalam kursus keibubapaan yang berlangsung selama 7 jam..diharap dapat membantu ibu bapa Di AM ye..
kalau saya ada terkurang maklumat silalah tolong tambah..kalau saya ada tersalah tolong betulkan..sekadar ingin berkongsi maklumat dari mereka yang lebih pakar...saya pun masih belajar lagi...

Sumber: Osnake Lim

No comments:

Post a Comment