Monday, December 30, 2013

Kak Long tamat Kem Tahfiz

Kak Long gembira semasa Majlis Penutupan Kem Tahfiz
Pengalaman berharga untuk menjadi Muslimah Sejati
Teman sebilik Kak Long

Berdasar pengamatan, kak long amat gembira mengikuti kem ini walaupun pada peringkat awal ada kesukaran sehingga menangis nak minta balik pada hari ke-3 ummi berjumpanya.

Semasa penutup selesai, kak long nyatakan kegembiraannya menyertai kem tahfiz ini. Minta sertai lagi untuk tahun2 mendatang.

Banyak perubahan berlaku dalam diri kak long selepas ikuti kem ini.

Alhamdulillah. Bersyukur kepada Allah kerana beri kesempatan untuk kami hantar kak long. Secara kebetulan maklumat kem diperolehi drp post rakan FB, Kak Sabtiah..Jiran sebelah rumah. Keesokan harinya terus daftarkan kak long. Kak long  pun tiada kerenah untuk hadir...setuju aje. Beli keperluan alatan kem... daftar pada 14  Dis 2013 tamat 28 Dis 2013. Tinggal bermalam di INTIM selama dua minggu.

Jika ada kem lagi, akan hantar Haziq pula. Aktiviti tahfiz kak long akan diteruskan. 

Majlis Khatam Al-Quran sebelum Majlis Penutup Kem Tahfiz



No comments:

Post a Comment