Wednesday, December 11, 2013

Blog Pak Yoep Terkini


Blog teman tidaklah secanggih mana. Sekadar tempat untuk curahkan pengetahuan dan pengalaman. Fokus teman adalah OKU.. Orang Kurang Upaya. Sebabnya, anak teman merupakan salah seorang daripada mereka iaitu Autisma walaupun autisma sebenarnya BUKAN dalam kategori OKU. Dah ada Kad OKU maka OKUlah anak teman.

Selain OKU, teman juga bercerita juga beberapa topik seperti Keagamaan, Peniagaan, Motivasi, Kesihatan... Bab artis teman cuba elakkan walaupun boleh menghasilkan trafik yang tinggi.

Terima kasih teman ucapkan kepada blogger lain yang teman cedok info-info yang ada sebab teman bukanlah pandai sangat nak bab mengarang ni. Lagipun teman baru nak serius sikit dalam bidang ini. Dah bermula 1997 tapi bergerak aktif sejak 2 tahun kebelakangan ini. Sebagai permulaan, teman cedoklah mana-mana yang patut. Maafkan teman ya.

Setakat ni dah ada peningkatan trafik dalam blog teman. Mungkin dah ada yang menyedari kehadiran blog teman di alam maya ini. Terima kasih atas semua pengunjung blog teman. Sama-sama kongsi maklumat.

Terima kasih SEMUA.

Sepanjang Minggu ini
Dalam Tempoh Sebulan Terakhir

Dalam Tempoh penglibatan sebagai Blogger

No comments:

Post a Comment