Sunday, December 8, 2013

Makluman Ujian Kemasukan ke Tingkatan Satu MRSM 2014


MAKLUMAN PUSAT UJIAN KEMASUKAN KE TINGKATAN SATU MRSM 2014

1. Untuk makluman tuan/puan, ujian dan temu duga kemasukan ke tingkatan 1 MRSM 2014 akan diadakan dari 9 hingga 12 Disember 2013

2. Pusat ujian yang dibuka bergantung kepada bilangan calon yang memilih pusat tersebut semasa mengisi borang permohonan atas talian.

3. Memandangkan kejadian banjir yang berlaku di beberapa negeri dan memberi kesan kepada calon yang akan hadir ke pusat ujian nanti, pihak MARA telah mengambil langkah-langkah berikut bagi membantu calon yang terlibat dengan masalah tersebut dapat menduduki ujian yang akan dijalankan nanti.

4. Langkah-langkahnya adalah seperti berikut:

4.1 Calon yang tidak dapat hadir atas sebab masalah banjir boleh menghubungi pusat ujian yang lain mengikut pilihan program yang sama, sama ada program IGCSE, Ulul Albab atau Biasa.
4.2 Sila rujuk Jadual 1 untuk ketetapan tarikh ujian dan temu duga mengikut program dan pusat ujian.
4.3 Sila hubungi pusat ujian baru yang dipilih untuk ketetapan dan pengesahan tarikh serta sesi ujian dan temu duga.
4.4 Sila rujuk no telefon maktab seperti yang tertera pada Jadual 1.


Sila layari URL dibawah untuk Alamat MRSM :

http://www.mara.gov.my/alamat-mrsm

No comments:

Post a Comment