Thursday, December 19, 2013

Pencapaian pelajar PMR Klinik Math

Putre Shahirah

Dua orang pelajar yang mengikuti Sesi Home Tuition dengan Klinik Matematik Pak Yoep berjaya memperoleh gred A dalam subjek Matematik PMR 2013. Mereka sahaja calon PMR mengikuti tuisyen Klinik Math Pak Yoep pada 2013.


1. Putre Shahirah - Pengkalan

2. Irfan - Ampang

Putre Shahirah telah mengikuti sesi tuisyen sejak Tahun 5 (Bulan Dis) sehingga PMR. Dalam tempoh 10 bulan dilatih sebelum menduduki UPSR, dalam UPSR berjaya mendapat gred A. Kecemerlangan diteruskan semasa menduduki PMR. Tahniah.

Irfan telah mengikuti sesi tuition dengan pak yoep semasa Tingkatan 2, tidak meneruskan tuisyen semasa tingkatan 3. Masalah tidak diketahui. Dua bulan sebelum PMR, hubungi pak yoep nak sambung tuition sebab peperiksaan percubaan PMR teruk. Dengan berat hati, terima beliau, Alhamdulillah, dalam PMR 2013 berjaya dapat gred A. Tahniah.


Turut terima SMS drp ibu pelajar berkenaan.

Amat terharu terima SMS berkenaan. Mereka memberi Ucapan Penghargaan kepada Pak Yoep atas anak2 mereka berjaya mendapat gred A dlm PMR 2013. Pak Yoep hanya melakukan yang terbaik untuk anak2  mereka, kejayaan adalah usaha kerja keras pelajar itu sendiri berdasarkan tunjuk-ajar yang berikan. Kerjasama guru, pelajar dan ibubapa perlu dalam menghasilkan kejayaan tersebut.

2014... masih ada calon PBSMR 2014 yang sedang dilatih.

No comments:

Post a Comment