ANAK IBARAT
KAIN PUTIH, IBUBAPA LAH YANG MENCORAKKANNYA Anak -anak merupakan harta yang tak
ternilai yang Allah anugerahkan, didiklah anak kita dengan sebaik mungkin.
Adakah dengan didikan yang baik boleh menjamin anak-anak?
Setujuh kah
anda jika dikatakan bahawa anak-anak banyak belajar daripada keadaan,
pengalaman, dan pesekitaran mereka.
Hayatilah
tulisan daripada Arwah Dato' Dr. Noor Laily Dato' Abu Bakar, Institut
Pembangunan Keluarga dan Kanak-kanak Nury untuk kebaikan bersama:
Contoh yang
baik
1) Jika anak
hidup dalam kesabaran, dia belajar jadi penyabar.
2) jika anak
hidup dalam penerimaan, dia belajar menyayangi.
3) Jika anak
hidup dalam pujian, dia belajar menghargai.
4) Jika anak
hidup dalam galakan, dia belajar menjadi yakin.
5) Jika anak
hidup dalam persetujuan, dia belajar menyayangi diri.
6) Jika anak
hidup dalam pengiktirafan, dia belajar membina matlamat hidup.
7) Jika anak
hidup dengan ilmu, dia belajar memahami pesekitarannya. Jika anak hidup dengan kemahiran, dia belajar
berdikari.
9) Jika anak
hidup dengan kata-kata yang baik, dia belajar berfikir dengan baik.
10) Jika
anak hidup dengan adab, dia belajar bersopan santun.
11) Jika
anak hidup dengan kebersihan, dia belajar membina maruah diri.
12) Jika
anak hidup dengan kebersihan, dia belajar peka terhadap penyakit.
13) Jika
anak hidup dengan kesihatan, dia belajar membina jati diri.
14) Jika
anak hidup dengan Al-quran, dia beajar mengenali Tuhan.
15) Jika
anak hidup dengan doa, dia belajar apa erti hidup sebenarnya.
16) Jika
anak hidup dengan kejayaan, dia belajar apa erti kebenaran.
17) Jika
anak hidup dalam keselamatan, dia yakin pada diri dan orang lain.
18) Jika
anak hidup dalam kemesraan, dia belajar dunia ini tempat yang memberangsangkan.
19) Jika
anak faham Al-Quran dan Doa, dia faham apa itu akhirat.
Contoh yang
kurang elok
1) Jika anak
hidup dalam kritikan, dia belajar menyalahkan orang lain.
2) Jika anak
hidup dalam kekerasan, dia belajar melawan.
3) Jika anak
hidup dalam kata-kata sumpahan, dia jadi pengecut.
4) Jika anak
hidup dalam iri hati, dia akan belajar salahkan orang lain.
5) Jika anak
hidup dalam menderita, dia akan belajar putus asa.
6) Jika anak
hidup dengan hukuman, dia rasa benci dan dendam.
7) Jika anak
hidup dengan penghinaan, dia akan membina maruah diri yang rendah. Jika anak hidup dengan sumpahan, dia akan
mengikut sumpahan itu.
9) Jika anak
hidup dengan air mata, dia belajar menyeksa orang.
Kepada ibu
bapa, sayangi lah anak-anak kita, permata jantung payung, bersyukur kita kepada
Ilahi kerana dikurniakan dengan pemberian yang tak terniai harganya.
Mulakan lah
dengan perubahan, pembaharuan dalam hidup kita sebagai ibu bapa, mulakanlah
dengan senyuman dan akhhiri dengan senyuman,
Mulakan hari
dengan solat dan akhiri dengan doa.
Artikel
daripada Arwah Dato' Dr. Noor Laily Dato' Abu Bakar, Institut Pembangunan
Keluarga dan Kanak-kanak Nury
No comments:
Post a Comment