Proses intervensi bagi kanak-kanak autistik
bermula sebaik saja masalah ini dikesan. Tumpuan intervensi pada peringkat
pemulaan tertumpu kepada rawatan perubatan dan pengurusan tingkah laku.
Rawatan perubatan yang luas digunakan untuk
kanak-kanak autistik adalah penggunaan ubatan Ritalin untuk merawat masalah
kurang tumpuan dan hiperaktif. Selain itu, pengambilan vitamin B6 bersama
magnesium juga dapat membantu meningkatkan kesedaran dan tumpuan perhatian
kanak-kanak autistik.
Pengurusan tingkah laku merangkumi pelbagai
strategi dan teknik yang digunakan untuk menambah atau mengekalkan tingkah laku
sasaran (positif) dan mengurang atau menghapus tingkah laku sesuai.
Diantara teknik yang digunakan adalah seperti
pengasingan, kejelakan, time-out, shaping, memberi ganjaran dan sebagainya.
Perkhidmatan interventif awal sangat penting bagi kanak-kanak autistik untuk
membantu mengurangkan masalah autistik yang mereka alami. Selain rawatan
perubatan dan pengurusan tingkah laku, perkhidmatan intervensi awal termasuklah
pendidikan terancang.
Kanak–kanak autisme boleh dididik melalui
program pendidikan yang bersepadu dan terancang. Keunikan corak pembelajaran
mereka adalah disebabkan kepelbagaian atau kerencaman masalah lain yang berkait
dengan masalah autisme itu sendiri seperti masalah tingkah laku, emosi,
komunikasi, sosial, dan kognitif. Kanak-kanak ini diajar oleh guru-guru yang
terlatih dalam bidang Pendidikan Khas.
Bagi mencapai objektif pembelajaran kanak-kanak
autisme ini, semua pihak yang terlibat terutamanya guru-guru hendaklah
mempunyai kerjasama yang erat dengan ibubapa murid.
Matlamat utama adalah supaya kemahiran dan
pendekatan yang diajar di sekolah diteruskan dan diaplikasikan oleh ibubapa di
rumah terutamanya dalam aspek pengurusan tingkah laku.
Dalam kebanyakkan kes,
kanak-kanak yang sudah biasa dengan tingkah laku tertentu yang kurang sesuai
mendapati sukar untuk mengubah atau menghentikan tingkah laku tersebut apabila
berada di sekolah. Usaha guru untuk mengubah tingkah laku itu tidak akan
berjaya sekiranya tidak ada kesinambungan usaha tersebut di rumah oleh ibubapa.
Kanak-kanak autisme yang menunjukkan prestasi
yang baik di dalam kelasnya diberi peluang untuk meningkatkan lagi keupayaannya
melalui program Pendidikan Inklusif. Pelajar ini akan ditempatkan di Kelas
Aliran Perdana untuk belajar bersama-sama dengan rakan sebaya lain yang normal.
Pada peringkat awal, kanak-kanak ini akan
ditemani oleh guru pembimbing. Guru pembimbing akan membantu dan memantau
kanak-kanak ini belajar. Kurikulum untuk kanak-kanak autisme adalah sama
seperti kanak-kanak berkepeluan khas yang lain juga.
Apabila kanak-kanak ini ditempatkan di dalam
kelas Program Pendidikan Khas Integrasi (Bermasalah Pembelajaran), mereka akan
belajar mengikut Kurikulum Pendidikan Khas yang disediakan oleh Jabatan
Pendidikan Khas. Guru akan menyampaikan pelajarannya mengikut tahap keupayaan
murid dan tidak begitu terikat dengan sukatan pelajaran.
No comments:
Post a Comment