Thursday, May 30, 2013

Ulangtahun Perkahwinan


Sedar tak sedar pada tanggal 30 Mei 2013 telah genap ulangtahun perkahwinan pak yoep kali yang ke-14. Kebiasaannya tiada sambutan meraikan ulangtahun tersebut. Sekadar ucapan CINTA dengan iringan doa kebahagiaan kekal selamanya.

Dalam tempoh tersebut kami dikurniakan 4 orang cahayamata iaitu Fakhira ( 13 tahun ), Faqihah ( 12 tahun - autisma ), Haziq ( 9 tahun ) dan Hadif ( 4 tahun ).

Kami kini tinggal di 'mahligai' yang dibeli pada 2004 Pengkalan Megah Ipoh. Sekadar rumah teres sahaja sebagai tempat berteduh setelah berkelana di Taman Meru, Tronoh dan Pengkalan Bidari dengan menyewa di sana dalam 5 tahun tempoh perkahwinan kami.

Kenderaan! Proton Saga MVXXXX kekal digunakan sejak 1990. Produa Kelisa kegunaan isteri ditukar kepada Viva pada 2012. Motorsikal AEEXXXX masih digunakan sejak 2001.

Itu sahaja harta yang ada. Harta yang paling bernilai EMPAT cahayamata.

Terima kasih isteriku HANITA. Menyayangiku, Mencintaiku... Sabar melayari kehidupan bersama2ku. Susah dan senang dihadapi bersama.

Cinta dan sayang KEKAL selamanya.


No comments:

Post a Comment