Monday, May 6, 2013

Cabaran Key-In

Berkuatkuasa 1 Mei 2013, tempat kerja pak yoep melaksanakan sistem Key-In nombor perkhidmatan semasa nak masuk kerja (Rekod Kehadiran). Sebelum ini semua pekerja hanya mencatat pada buku kedatangan sahaja.

Penguatkuasaan ini menyebabkan kesukaran untuk pak yoep menguruskan Faqihah (autisma) terutama semasa mengambilnya selepas sesi persekolahan. Waktu pagi tiada masalah. Waktu balik, Faqihah tamat sesi persekolahan pada jam 12.30 manakala key-out bermula jam 1.45 ptg. Jika pak yoep key-out awal maka akan direkodkan 'merah'.

Jalan penyelesaiannya, pak yoep akan datang semula ke tempat kerja pada sebelah petang semata-mata nak key-out. Balik awal dah ada kenbenaran daripada pihak pentadbir. Walaupun jauh (25 minit perjalanan) terpaksa juga melaksanakannya. Nak minta kawan key-out takut jadi isu pulak.Nak minta kebenaran pihak pentadbir untuk tujuan tersebut...bukan cara pak yoep. Biarlah tidak menyusahkan orang lain.

Berkemungkinan pertengahan tahun ini, pak yoep akan memohon bertukar ke tempat kerja baru yang dekat dgn rumah untuk memudahkan menguruskan Faqihah. Manakala Faqihah akan kekal di sekolah sekarang sehingga tamat UPSR pada 2015.

No comments:

Post a Comment