Thursday, May 23, 2013

Malas Belajar ???


Petua Untuk Pelajar Mengatasi Sifat Malas Belajar
(Sumber: ENSAIKLOPEDIA PETUA MELAYU LAMA)

1. Tanya pada diri anda dan jawablah sejujurnya. Fikirkan sejenak mengenainya. Apakah faedah daripada sikap malas aku ini?

2. Senaraikan kesan dan akibat sikap malas yang ada pada diri anda. Ini bertujuan untuk menyedarkan minda anda bahawa sikap ini tidak berfaedah langsung. Selain itu, ia membuat minda anda 'sakit' dengan sikap ini.

3. Kekalkan momentum kerajinan anda. Jika anda sedang melakukan sesuatu dan ingin berhenti berehat, pastikan anda berhenti tidak lama. Kekalkan momentum tersebut. Semakin lama anda berhenti atau berehat, semakin kurangnya semangat anda menerusnya.

4. Membayangkan kesan positif yang anda perolehi kesan daripada sikap rajin anda. Contohnya anda membayangkan anda mendapat keputusan yang cemerlang atas kerajinan anda, lalu ibu bapa anda menghadiahkan anda handphone canggih atau lain-lain barang berjenama. Disayangi keluaraga dan teman anda serta ramai lagi yang ingin berkawan dengan anda nanti. Anda juga akan dapat ganjaran di sekolah dan guru-guru.

5. Senaraikan mengapa anda ingin membuang sikap malas. Tampalkannya. Untuk berubah, manusia perlu mempunyai sebab. Jadi tuliskan sebab itu.

No comments:

Post a Comment