Wednesday, May 1, 2013

LHDN: Permohonan Nombor PIN e-Filing


Ramai yang buka post ini yang dipostkan pada tahun 2012. MAAF ... post tsbt  adalah maklumat pada 2012. Pak Yoep tidak pasti samada maklumat seperti dibawah masih digunapakai atau tidak.

Untuk makluman, Pak Yoep telah membuat membuat kali pertama e-Filing pada 29 April 2013 di LHDN Ipoh. Segala urusan dilakukan dengan mudah di sana. Hampir 20 komputer disediakan di sana untuk tujuan e-Filling. Difahamkan tempoh penghantaran borang LHDN melalui e-Filing dilanjutkan sehingga 15 Mei 2013. Dicadangkan tuan/puan berurusan di LHDN untuk tujuan di atas sekiranya gagal mengaksesnya sendiri diinternet.

Maaf sekali lagi atas kekeliruan.

Maklumat dlm post ini pada 2012tersebut ialah:

Sila nyatakan nama penuh, nombor cukai pendapatan dan nombor telefon anda semasa menghubungi kami melalui e-mel.

Makluman: Permohonan Nombor PIN e-Filing bagi borang BE (Individu tiada punca pendapatan perniagaan) melalui e-mel.

Bagi membolehkan permohonan tuan/puan diproses dan dihantar sebelum 30 April 2012, semua permohonan nombor PIN e-Filing melalui e-mel di atas perlu dikemukakan selewat-lewatnya pada 20.04.2012. Sebarang permohonan selepas tarikh ini tidak dapat dipenuhi.

Sebarang permohonan yang dibuat selepas tarikh di atas perlu dikemukakan di Cawangan LHDNM yang berhampiran.

Permohonan nombor PIN melalui e mel pin@hasil.gov.my, perlu disertakan dengan:
1. No.Cukai Pendapatan
2. Alamat terkini
3. Salinan MyKad (muka depan dan belakang)
4. No telefon.

No comments:

Post a Comment