Thursday, May 30, 2013

Menutup aurat dengan betul


SIAPA kata seseorang wanita itu tidak boleh berjaya dengan menutup aurat dengan betul. - Gambar hiasan.



BAGAIMANAKAH cara bertudung yang dituntut oleh Islam. Pada hari ini, terdapat pelbagai pilihan tudung di pasaran, namun kebanyakannya singkat. Segelintir wanita juga memakai baju dan seluar ketat serta baju lengan pendek ketika bertudung. Apakah hukumnya mereka berpakaian sedemikian tetapi bertudung?

JAWAPAN:

MENUTUP aurat itu bukanlah hanya memakai tudung atau menutup kepala tetapi menutup segala anggota badan yang diwajibkan. Aurat seorang lelaki adalah dari pusat hingga ke lutut manakala wanita pula seluruh tubuh kecuali muka dan tapak tangan.

Ekoran, kekurangan kefahaman tentang aurat maka berlakulah maksiat ketika berfesyen dalam kalangan masyarakat Islam hari ini.

Lambakan fesyen tudung di pasaran adalah amat baik dalam perkembangan umat Islam menuju jalan untuk mencapai kesempurnaan Islam.

Bagaimanapun, dikhuatiri terdapat pihak yang hanya mencari keuntungan dalam perniagaan sehingga membelakangkan hukum dengan menjual tudung berfesyen yang tidak mengikut batasan hukum seperti:

* Material yang nipis hingga menampakkan aurat.
* Baju dan seluar yang ketat serta jarang.
* Tudung singkat sehingga nampak leher.
* Tudung kecil hingga nampak bentuk dada, sedangkan Allah memerintahkan supaya melabuhkan kain tudung hingga menutupi bawah dada. Surah Annur ayat 31 menyatakan : Dan hendaklah mereka menutup kain tudung (khumur) ke dada mereka, dan janganlah menampakkan perhiasan mereka..."

Terdapat juga, pemilik perniagaan tudung dan busana Muslimah yang tidak menutup aurat. Mudah-mudahan Allah memberi petunjuk dan hidayah.

Artikel Penuh: http://www.kosmo.com


No comments:

Post a Comment