Sunday, May 19, 2013

Petua Menangani Anak Kencing Malam

Masalah yang kerap dihadapi oleh anak2 autisma.

Enuresis ialah terma dalam perubatan untuk kencing malam. Ini adalah satu keadaan di mana kanak-kanak kencing tanpa disedari semasa tidur. Kebanyakan kanak-kanak berhenti kencing malam selepas berumur 5 atau 6 tahun tetapi ada juga kajian menunjukkkan 10%-15% daripada kanak-kanak yang berumur 5 hingga 12 tahun masih terus kencing malam walaupun mereka tiada masaalah dalam sistem buah pinggang.

Sebab Kencing Malam

1. Ruang pundi kencing yang kecil.
2. Gangguan tidur. Kebanyakkan pesakit yang kencing malam dikatakan mereka tidur terlalu nyenyak. Walaupun bagaimanapun tiada bukti yang kukuh untuk menyokong pernyataan ini.
3. Kurang penghasilan hormon yang dipanggil “vasopressin” semasa tidur. Vassopressin adalah penting untuk mengurangkan penghasilan kencing di waktu malam.

Jenis-jenis Kencing Malam

a. Kencing malam hanya di waktu malam.(peringkat awal nocturnal enuresis).

b. Kencing malam di waktu malam dan siang har i(tidak boleh mengawal kencing). Hal ini perlu penilaian seterusnya oleh doktor untuk mengesan sebab yang lain.

c. Sebab-sebab gangguan lain yang boleh menyebabkan kencing malam (secondary enuresis) ialah jangkitan pada pundi kencing, masalah saraf tunjang, pundi kencing yang tidak normal dan masalah metabolisma seperti kencing manis. Selalunya keadaan yang seperti ini akan menunjukkan tanda-tanda lain selain dari kencing malam.

Potensi Komplikasi

• Boleh mengakibatkan perasaan rendah diri di dalam diri kanak-kanak dan perasaan itu sendiri boleh menyebabkan faktor risiko untuk masalah psikitrik dan masalah sosial yang lain.

• Tekanan di dalam keluarga.

Cara Rawatan

• Mengubah sikap – Contohnya, memberi ganjaran pada anak anda sekirannya dia tidak kencing malam.

• Loceng kencing malam yang mana membangunkan anak anda setiap kali bila ia kencing malam.

• Ubatan untuk membantu anak anda kekal kering.

• Kencing malam akan bertambah baik bila umurnya meningkat.

Petua Rawatan Moden

• Jangan salahkan anak anda. Ini bukanlah kesalahan dia. Bercakap tentang perkara ini secara terbuka dengan anak anda.

• Kurangkan minum di waktu petang dan malam.

• Bangunkan atau angkat anak anda di tengah malam untuk kencing. Ia boleh mengelak kencing malam tetapi tidak boleh menyembuhkan enuresis.

• Gunakan lapik tilam yang kalis air.

• Gunakan pewangi bilik.

Petua Melayu Untuk Bayi Kencing Malam

Perahkan sedikit air lemon di atas sesudu kecl madu lebah dan terus hirup. Amalkannya disebelah pagi dan sebelum masuk tidur. Mudah-mudahan, anak kecil anda akan berhenti kencing malam atau setidak-tidaknya dapat mengurangkan jumlah dia buang air kecil.

Petua Melayui Untuk Anak Kencing Malam

Jika ada anak anda berumur 5 tahun ke atas masih lagi kencing malam, cubalah ambil tembakau sebesar ibu jari dan campurkan sedikit kapur sireh, kemudian letakkan di pusatnya. Lakukan sewaktu hendak tidur malam dan ikatkan dengan kain.
 

1 comment:


  1. Info yang menarik. Memang sebenarnya enuresis ini bukan sejenis penyakit tetapi berlaku kerana struktur fizikal pundi kencing kanak-kanak yang masih kecil dan tidak dapat menampung volum air kencing yang terlalu banyak. Rawatan dengan melatih anak-anak kencing sebelum tidur, menyediakan lampu yang terang di bilik air dapat dan tidak menakutkan kanak-kanak sangat penting untuk memastikan simptom ini pulih dalam masa terdekat.

    ReplyDelete