Saturday, May 4, 2013

Anak ISTIMEWA Tak Layak Menduduki Peperiksaan Awam (UPSR/PMR/SPM)

 Anak -anak saya telah di reject oleh sekolahnya untuk duduk peperiksaan UPSR tahun 2011 dengan alasan mereka tak layak. Yang banggangnya, mereka disuruh untuk buat test mengejut untuk menguji tahap mereka.


Tiba-tiba suruh buat test. 5 subject pulak tu. Dah tentu gagal. Budak biasa pun kene buat preparation dulu. Apatah lagi kanak-kanak khas!

Citer sebenarnya begini. Guru besar sekolah nak jaga prestasi sekolah. Nak maintain standard untuk satu pertandingan bodoh.

Sekolah yang dapat kelulusan peratusan yang tinggi akan menang hadiah. Itu je. Nak hadiah dan nama sekolah akan naik tinggi sampai ke awan.

Mangsa dia siapa? Budak-budak khas.

Kenapa budak-budak biasa dari kelas corot tak buat test mengejut? Dia pastikah mereke ini dapat score tinggi? Dia yakinkah mereka ini bukan penyebab yang menjatuhkan prestasi sekolah.

Double standard bulat-bulat. Dia ingat parents tak boleh fikir.

Saya disuruh buat kecoh kat Pendidikan Khas. Saya dah pergi kesana tapi tak buat kecoh.
Walaupun saya amat marah, saya biarkan saja buat masa ini (akan kesana kemudian) sebab saya dah ada plan untuk anak-anak saya.

Kalau nak citer secara terperinci memang banyak sekali. Sampai malam pun tak habis nanti. Saya rasa maklumat yang saya share ini cukup untuk parents buat perancangan masa depan untuk anak-anak sendiri.

Sekira parents lain nak tahu lebih lanjut, boleh communicate di sini.

Akhir sekali saya nak share, perasaan guru-guru di PDK Selayang tentang double standard yang dipraktikan oleh sekolah-sekolah aliran perdana dimana tak ada sebarang tindakan diambil untuk membetulkan keadaan.

Ini juga membuktikan citer saya betul.

Pada mereka yang bertanggungjawab, alasan mereka ialah begini:

“Alah mereka budak-budak bodoh, tak boleh fikir. Buat apa nak susah-susah. Bagi diorang apa yang patut je. Cukuplah tu.”

Malaysia education system at its best!

Ini dia jeritan batin PDK Selayang yang dipetik dari blog mereka:

“PDK Selayang (Pusat Pemulihan Dalam Komuniti Selayang) telah ditubuhkan pada 1hb Sept 1991, oleh sekumpulan ibubapa kepada kanak-kanak kurang upaya (pada masa tersebut dipanggil sebagai kanak-kanak istimewa) yang anak-anak mereka telah dikeluarkan dari pembelajaran wajib di sekolah-sekolah aliran perdana di Selayang, dengan alasan mereka (OKU tersebut) “tidak boleh belajar”.

Alasan sebenar Guru Besar sekolah-sekolah tersebut ialah mereka takut graf pencapaian sekolah akan menurun.”

Sumber:  http://www.autism999.com

No comments:

Post a Comment