Friday, May 24, 2013

Autisma diluar jangkaan kita

Kongsi pengalaman dengan ibu yang mempunyai anak autisma di laman FB Kelab Anak Autisma. Catatan ibu berkenaan seperti dibawah.

Assalamualaikum. maaf sebab baru ada kesempatan..menyambung cerita tentang anak saya.

Semasa dia berumur 5 tahun saya hantar juga ke tadika biasa bukanlah mengharapkan beliau macam anak-anak lain. Setahun dia bersekolah di tadika swasta tapi masih belum banyak perubahan dari sikap dan berdikari.

Semasa berumur 6 tahun dia diterima masuk pra-sekolah di sekolah kebangsaan. Alhamdulillah sedikit peningkatan cuma waktu rehat dia agak memilih apa yang dihidangkan. Kadang2 langsung tak menjamah kecuali makanan yang dia suka iaitu nasi lemak atau piza.

Dari membisu tiba2 dia akan bersuara minta ditambahkan. mujurlah keperihatinan guru2 akan menunaikan permintaan beliau. Apa yang buat saya terharu every end of the day..guru tersebut amat suka dengan sikap dia walaupun tidak seaktif murid-murid lain tetapi beliau amat suka menyalin apa juga yang ditulis di whiteboard.

Sejak umur 6 tahun beliau kerap demam almost every month. Akhir bulan April lepas beliau disahkan demam Influenza B. Luluh hati saya namun bila memikirkan kelebihan yang ada pada beliau memberi saya kekuatan dan menyuntik kesabaran. 

Beliau amat penyayang walaupun kekadang cepat beremosi..tentang kelebihan beliau ialah beliau amat meminati bidang kejuruteraan. Contohnya tentang kapalterbang. 

Saya ada membawa balik majalah Going Places dlm flight MAS selepas meminta izin dari krew bertugas. Hampir 2 bulan dia akan mentelaah majalah tersebut especially ada satu mukasurat yang memaparkan type of aircraft. 

Setiap kali bila bawa beliau ke KLIA dan berada di Anjung Tinjau beliau akan tahu details tentang aircraft even volume of fuel untuk each aircraft yang parking. Even AirAsia or Airbus dia sudah tahu details sebahagiannya. 

Almost everyday now dia mesti melayari youtube tentang Airbus dan sebagainya. Everymorning bila terjaga untuk ke sekolah beliau akan berkata..saya nak jadi pilot that why saya ke sekolah. Jumaat lepas berkesempatan berjumpa gurukelas sekolah kebangsaan..feedback macam biasa and as expected. Jauh di sudut hati mohon kekuatan mensyukuri segalanya. 

Seperkara lagi tentang beliau..beliau pagi akan ke sekolah agama. Amat menakjubkan prestasi di sekolah agama amat memberangsangkan sebab menurut ustaz walaupun eye-contact agak kurang tetapi dengan mendengar beliau boleh mengingati. 

Keputusan amat menakjubkan. Alhamdulillah. Percayalah semua ini adalah dari Allah swt. 

Pada ibubapa sekelian anak2 istimewa ini memang dianugerahkan oleh Allah sesuatu yang diluar jangkaan kita. InsyaAllah saya akan berkongsi lagi. 

Wassalam.

No comments:

Post a Comment