Masih
lagi terdapat mereka yang menceburkan diri di dalam pendidikan khas
bahawa mereka benar-benar tahu akan keadaan kanak-kanak istimewa
sedangkan apa yang ketara golongan ini memerlukan pemahaman yang luas di
dalam menanganinya.
Kanak-kanak istimewa
ini masih terpinggir di kalangan orang yang mengatakan bahawa mereka
serba tahu.
Pengetahuan tentang dunia istimewa ini memerlukan pemahaman
serta kerjasama yang erat tetapi mereka yang tahu ini masih mengatakan
mereka serba tahu....
Semememangnya orang yang benar-benar berilmu akan
lebih merendahkan diri mereka tetapi sebaliknya...
Mereka mengabaikan
pengetahuan mereka pula untuk menyelami dunia istimewa ini dengan hati
yang terbuka bahawa untuk membawa mereka ke arah yang lebih baik
memerlukan pelbagai cara dan melibatkan semua pihak....
Apa kesudahannya
sekiranya semua orang mengatakan mereka tahu kesemuanya dan tidak mahu
membuka minda ....
Menyataupadukan semua alternatif yang ada untuk
membantu golongan istimewa untuk berubah dari satu tahap ke tahap yang
lebih baik walaupun setiap mereka mempunyai kelemahan serta kelebihan
yang sukar dinilai dengan statistik yang jelas.
Apa peranan kita?
Saya
rasa saya perlu belajar banyak untuk menyelami mereka dan terasa
kekurangan.
Sumber: Razia Aziz KAA
No comments:
Post a Comment