Saturday, November 24, 2012

Anak Istimewa dijemput Sakaratul-maut

Mengapa mak tidak menangis pada saat 'sakaratul maut' menjemput anak istimewanya?

1. Abang (anak istimewa) telah di takdirkan menjadi ahli Syurga yang akan membantu mak di sana nanti. 

2. Apa saja keinginan Abang semasa hayat abang telah mak tunaikan. Tiada lagi rasa terkilan di hati mak. 

3. Segala hutang sebagai seorang ibu telah mak langsaikan semasa hayat Abang. Mak telah sunatkan dan buat akikah untuk Abang. 

4. Mak telah menjalankan tanggungjawab sepenuhnya, sentiasa berada di sisi Abang dan menggembirakan Abang setiap saat dan waktu.

5. Mak rasa istimewa dipilih Allah untuk mendapat anak seperti Abang.
 
Mak jadi 'kaya' dengan kehadiran Abang. Kaya kesabaran, kaya tawadhuk, kaya keredhaan, kaya keimanan, kaya kawan, kaya ilmu, dan kaya pengetahuan. 
 
Mak telah beri segala-galanya melebihi seratus peratus untuk Abang. 
 
Mak telah beri yang terbaik dan mak telah berusaha hingga ke garisan penamat. Sebab itu mak tidak perlu menangis lagi.

(Sebuah kisah benar, sumber: artikel iluvislam.com)

No comments:

Post a Comment