| 1. | Menghubungi pejabat SKM |
| | |
| | Permohonan
untuk menubuhkan koperasi hendaklah dikemukakan kepada Pengarah SKM
Negeri melalui pejabat SKM Wilayah/Daerah. Borang permohonan boleh
diperoleh daripada pejabat SKM/Wilayah atau dimuat turun dari laman web
SKM. |
| | |
| | |
| 2. | Mengemukakan permohonan untuk menubuhkan koperasi |
| | |
| | Borang permohonan yang telah dilengkapkan perlu dikemukakan kepada pejabat SKM Negeri untuk mendapatkan kebenaran penubuhan. |
| | |
| | |
| 3. | Membentuk sebuah Jawatankuasa Penaja |
| | |
| | Selepas
mendapat kelulusan Pengarah SKM Negeri, sebuah Jawatankuasa Penaja
seramai sekurang-sekurangnya sepuluh orang hendaklah dibentuk. |
| | |
| | Di antara fungsi Jawatankuasa Penaja adalah: |
| |
| | |
| i. | Mengenalpasti aktiviti utama keperluan bersama anggota. |
| | |
| ii. | Menyediakan
Undang-undang Kecil koperasi dengan mengikut contoh undang-undang kecil
seragam yang disediakan oleh SKM dengan ubahsuai yang diperlukan. |
| | |
| iii. | Menyediakan aturan-aturan kegiatan yang termasuk dalam objektif penubuhan koperasi. |
| | |
| iv. | Mendaftarkan
bakal anggota dalam satu daftar dengan memasukkan nama, umur, nombor
kad pengenalan, pekerjaan dan alamat masing-masing. Jawatankuasa Penaja
hendaklah memastikan sekurang-kurangnya lima puluh orang telah
mendaftarkan diri untuk menjadi anggota sebelum mesyuarat agung
permulaan ditetapkan |
| | |
| v. | Mengatur sesi penerangan kepada bakal anggota koperasi oleh pejabat SKM. |
| | |
|
| | |
| 4. | Mengadakan Mesyuarat Agung Permulaan |
| | |
| | Selepas
sesi penerangan, Jawatankuasa penaja hendaklah menetapkan satu tarikh
bagi mengadakan mesyuarat agung permulaan koperasi. |
| | |
No comments:
Post a Comment