Tuesday, November 6, 2012

Kelas Khas Pak Yoep


Alhamdulillah, berjaya juga pak yoep memasukkan buat pertama kali powerpoint yang pak yoep sediakan untuk jamuan akhir tahun ke laman blog pak yoep ini. Powerpoint ini mengambarkan aspek pengurusan dan aktiviti2 kelas pendidikan khas pak yoep.

Seminggu pak yoep menyediakan powerpoint tersebut sehingga sakit2 kepala. Kali pertama pak yoep membuat persembahan powerpoint ialah pada tahun 2006 semasa sambutan Hari Koperasi sekolah selaku Setiausaha Koperasi. Powerpoint tersebut dihantar bersama laporan ke ANGKASA.

Hasil usaha tersebut, koperasi pak yoep telah dipilih diantara 5 koperasi terbaik di Malaysia dan dianugerahkan Koperasi Lima Bintang. Malangnya pak yoep tidak dibenarkan hadir untuk menerima anugerah tersebut di KL kerana tugasan setiausaha PMR. Ketika itu, PMR sedang dilaksanakan.

Persembahan kali ke-2 ketika LADAP (Latihan Dalam Perkhidmatan) pada tahun 2010. Pak yoep diminta memberi ceramah mengenai permainan petanque kepada semua guru.

Ini merupakan kali ke-3, pak yoep selaku AJK Persembahan ICT semasa Jamuan Akhir Tahun 2012 yang diadakan di Hotel Tower Ragency Ipoh pada  31 Nov 2012.

ICT Jamuan     

No comments:

Post a Comment