“Adakah saya terlambat bila baru kini saya sedar yg anak lelaki saya ada ciri2 autisme.Kini usia anak kedua saya 12 tahun.UPSR mmg D saja.Saya dalam dilemma nak hantar anak ke sekolah menengah biasa atau sebaliknya tahun depan.Hampir 2 bulan saya cari maklumat tentang autisme dan akhirnya saya temui fb KAA.Akademik adalah sgt teruk tp dia sgt kreatif melukis,membuat kostum badut , kartun dan pandai bermain gitar,kompang dan drum dgn sendiri .Boleh memasak yg simple2.Di sekolah kerap didenda dan terlalu mudah menangis.Sejak darjah 1 mmg selalu jadi mangsa buli dan ejekan rakan.Dah 3 sekolah saya tukarkan dia.Adakalanya jadi panas baran..memberontak dgn senyap dgn menggengam jari. Perlukan bantuan rakan2 disini apa patut saya buat.Kini saya rasakan saya seorg ibu yg bersalah.....” drp Ina Zamri
Daliah Abadi Saya mengajar di kelas P. Khas bermasalah pembelajaran di JB. Saya rasa puan masih belum terlambat....baik puan masukkan anak puan di kelas P. Khas. Puan tinggal di mana?
Serianti Ishari Saya juga perlukan pandangan
sahabat KAA,masalah sya seperti pn ina zamri, juga dlm dilema
Nor
Khairina Mohamad Ali Rezeki anak spt ini ada di mana2.. Kitalah yang
mencorakkan mereka....kita usaha bg jalan.. Namun perancangan tuhan jua yang
terbaik.. Pesanan utk diri sendiri..(jgn give up yer.. Selagi kita masih
bernafas.. Berilah anak ini yang terbaik mungkin yang boleh dicapai dalam
hidupnya..)- sekali lagi pesanan untuk diri ini agar tidak leka memberikan yang
terbaik..yang termampu..selagi ibu dan ayah masih hidup..
Ezah Chai Suhaimi salam...puan kena masukkan anak
puan ke kelas pendidikan khas..d tmpt saya tinggal memang ada sekolah yg
mempunyai kelas pendidikan khas. Saya juga agak terlambat ketika d usia mrk
6tahun baru saya dapat kesan bhw anak kembar saya mempunyai ciri2 autisme. skrg
anak kembar saya berusia 11thn. mrk berada d kelas P.khas.
Hayati Jafar Iddin didiagnose selepas tamat
Darjah 6, minggu akhir Disember 2006. In Shaa Allah - better late than never.
Cari maklumat & ambil tindakan - bak kata Dr Hasnah Toran, Ibubapa
Perkasa, Anak Sejahtera.
Diharap pengunjung2 laman ini SUDI memberi pandangan bagi membantu ibu berkenaan.
No comments:
Post a Comment