Wednesday, November 30, 2011

LAPORAN KELAB ANAK AUTISMA FASA 1: Users

Laman kendalianku

by KELAB ANAK AUTISME on Wednesday, November 30, 2011 at 5:39am

Sehingga 30 Nov 2011

Jumlah LIKE - 1218 org

Jumlah Negara - 19 buah

1,101 Malaysia
41 Indonesia 14 Canada
8 United States
4 Japan
4 Singapore
3 Australia
3 New Zealand
2 Morocco
2 Brunei
2 United Kingdom
2 Tunisia
2 Nepal
2 Saudi Arabia
1 Denmark
1 India
1 Kuwait
1 Cambodia
1 France

Gender
a. Female - 73%
b. Male - 24%

Age (Aktif)

25 - 34 tahun

Doa Untuk Menangani Anak Yang Nakal


1.Baca "Ya Latif" sebanayak 7 kali dan hembuskan ke ubun-ubun sewaktu mereka tengah tidur

2.Cuba berbicara dengan baik dan gunakan kaedah memujuk

3.Banyak berdoa kepada Allah minta dilembutkan hati anak-anak

4.Bila bangun pagi, peluk anak, usap kepalanya dan berselawat sambil berniat dalam hati

5.Baca surah Al-Fatihah, Surah Taha ayat 1 hingga 5, diikuti doa nabi Daud 3 kali. Doanya "Ya Allah lembutkanlah hati anakku (sebut namanya) sepertimana Engkau lembutkan Nabi Daud akan besi. kemudian hembuskan pada makanan dan minuman. Kalau anak masih menyusu,hembus pada susu

6.Untuk membantu anak mudah belajar baca zikir Ya Latif sebanyak 129 kali diikuti ayat 19 dari surah As-Syura yang bermaksud "Allah maha lembut pada hambaNYA. Dia memberi rezeki kepada sesiapa yang dia kehendaki dan Dia lah yang Maha Kuat lagi Maha Kuasa.

7.Baca surah Al-Insyirah sewaktu menemani nak-anak belajar

8.Ketika memasak, sentiasa basahkan lidah dan bacakan doa dari Surah Al-Imran ayat 200 yang bermaksud " Wahai orang yang beriman, bersabarlah kamu dan kuatkanlah iman kamu, dan bersedialah serta bertakwalah kepada Allah supaya kamu berjaya"

9.Kita juga digalakkan menyentuh lembut ubun-ubun anak dengan tangan kanan sambil berdoa dan menyatakan harapan. Lakukan setiap malam ketika anak-anak dalam keadaan baru hendak tidur. Ketika ini otak mereka sedang berada dalam separa sedar dan mudah merakam apa yang kita lafazkan.

10.Selepas solat lima waktu, amalkan doa dari Surah Al-Furqan ayat 74 yang bermaksud " Dan juga mereka yang berdoa dengan berkata: Wahai Tuhan kami, berilah kami beroleh daripada isteri-isteri dan zuriat keturunan kami perkara-perkara yang menyukakan hati kami, dan jadikanlah kami imam ikutan bagi orang-orang yang bertakwa.

11.Amalkan ayat 40 dari surah Ibrahim yang bermaksud "Wahai Tuhanku, jadikanlah aku orang yang mendirikan sembahyang, zan zuriat keturunanku. wahai Tuhanku perkenankanlah doaku.

Doa-doa dari ayat Al-Quran yang boleh diamalkan

1.Supaya anak-anak pandai belajar, baca surah Al-Anbiya' ayat 79 selepas solat Subuh sebanyak 10 kali dan diikuti doa

2.Sewaktu anak-anak bergaduh, baca surah Al-Baqarah ayat 102

3.Supaya anak-anak lembut hati dan elakkan panas baran, baca surah A-anbiya' ayat 69, juga surah Al-Hasyar ayat 22 hingga 24

4.Anak-anak malas ke sekolah, baca surah Taha ayat 1 hingga 5.

5.Anak-anak yang suka keluar malam, baca surah Ar-Rum ayat 31 sebanyak 33 kali.

Insyaallah dengan doa yang tidak putus, anak-anak yang nakal akan berubah menjadi baik.

Pembantu Rumah Lari

Hidayati Basri
"Help... maid lari.. siapalah yg nak tengok budak2 ni masa cuti sekolah ni.. cuti tahun tinggal 2 hari.. Yg risau anak2 special ni... tak boleh berdikari lagi..."


Zamri Tembol atoiii

Khabir Ghazali ‎'seseorang' kena berkorban tu...

Anis Safraz Bt Ahmad
bila larinya tu kak.dah lama ke pakai dia.hampeh btl

Syahirah Omar sampainya hati dia boleh lari..:(

Hidayati Basri Pagi tadi pkl 11am..Bulan Nov cukup setahun baru renew permit.Bibik ni ada suami di Jambi tapi lari ikut pak wa disini. Ingatkan ambil yg 40an tak miang ..

Hazim siap tanya kenapa bibik lari .. dia tak suka saya ke..

Anis Safraz Bt Ahmad
bdk2 tu sedar x? anak2 akak dah bsrkan.agak2 boleh tinggal x? akak call every one hour

Noradilah Abdullah sama je la...

Ery Kumagai oh my...haih..diorg ni

Rosmarlina Binti Abd Gani aduh parah ni...sabar ya kak.....

Mie Ahmad Kuat larinya tu lg 2 th blh msk sukan sea wakil indon....

Hidayati Basri betul tu Mie .. he he he .. besok ambik cuti emergency.. Hazim cakap mama tak payah kerja lagi lah.. Adoi! Dah kira dah ..tak cukup belanja .. duit social skill terapi, duit yuran Nasom Inclusion.. duit tuition 1 to 1 (semua utk 2 org).. Anak yg normal lagi 2 org.. Tak cukup.. memang tak cukup..

Ery Kumagai semoga dipermudahkan ya kak..sy pernah kena mcm tu, masa tu ank sy baby lg. maid lari awal subuh, nasib baik masa sy ada kt umah

Noradilah Abdullah
kak yati, paham sangat. bukan mudah keputusan berhenti kerja...Dr Hasnah pernah cakap kat dila, selagi u boleh kerja u jangan berhenti.

Rujukan: Autisma.my

Post2 popular laman blog Anakku Autisma sejak 8 April 2010 sehingga 30 November 2011

Jenis-jenis Penyakit yang boleh dirawat di Attitud...
Apr 8, 2010
1,221 Pageviews

Cara mendidik anak autisme
May 21, 2010
660 Pageviews

Mengapa setengah-setengah kanak-kanak lembab dalam...
Jul 17, 2010
608 Pageviews

Senarai terkini ahli Kelab Anak Autisma yang menda...
Feb 11, 2011
504 Pageviews

Introduction Autism
May 19, 2010
378 Pageviews

Keajaiban Mandi Ais
Apr 7, 2010
277 Pageviews

Autisme Penyakit Cacat Daya Fikir
Feb 26, 2011
248 Pageviews

Kenali Pengasas Pusat Rawatan Attitude Therapy Ipo...
Apr 18, 2010
247 Pageviews

Keputusan peperiksaan Akhir Tahun 2011 anak2ku
Oct 31, 2011
239 Pageviews

Kanak-kanak berkeperluan khas
Feb 8, 2011
197 Pageviews

Suatu Pengorbanan

Alhamdulillah... Hampir 3 bulan mengemaskini laman blog Anakku Autisma (9/9/2011-30/11/2011). Inilah hasil yg dapat aku lakukan. Setelah menyepi selama hampir 6 bulan akibat komputer kat rumah rosak. Rosak disebabkan perbuatan anakku autisma, Faqihah. Dua kali panggil TM dtg tp rosak semula dibuat oleh Faqihah. kali terakhir, wakil TM datang mengantikan modem yg baru, setakat ini masih bertahan. mungkin Faqihah dah tahu arahan2 yg tidak perlu dilakukannya dlm komputer tsbt.

Selama hampir tempoh tsbt juga, kami hanya menbayar bulanan sahaja RM79.00. Nak buat pemotongan akan merugikan kerana pakej OKU yg kami perolehi tempohari dah tidak ditawarkan lagi. Jk nak dapatkan pakej macam sekarang, harganya RM168.00. Hampir separuh murahnya. Itu diantara kemudahan yg ditawarkan oleh TM kpd golongan OKU termasuk keluarganya. Sewa bulanan pulak RM1.00...jgn terkejut RINGGIT MALAYSIA SATU sahaja.

Selain laman blog Anakku Autisma, aku berkesempatan juga kemaskini laman sosial FB Kelab Anak Autisma, Pengkalan Home Tuition Ipoh dan Mind and Attitude Theraphy. Walaupun memenatkan aku gembira kerana dapat memberi sumbangan kepada masyarakat dlm bentuk sebegini. Membantu masyarakat dalam bidang kebajikan, pendidikan dan perubatan. Aku turut mengendalikan laman blog Putera Istimewa yang akan berkuatkuasa pada Jan 2012.

Untuk pengetahuan semua, Sebelum ini, laman blog ini dikenali sbg PERMATA HATIKU AUTISMA. Terdetik dihatiku, adakah anak2ku yg lain bukan permata, yg tiada nilai? Bagi tidak mahu menguris hati anak2ku yg lain di masa depan maka aku tukar kepada ANAKKU AUTISMA.

Manakala Anak Autisma yg aku kendalikan perlu diubah keadah baru supaya tidak sama dgn laman yang yg sedia wujud. Tujuan untuk memberikan suatu kelainan kepada ibubapa yg menyertai laman tsbt.

Ya Allah, berikan aku kekuatan dan kesihatan untuk meneruskan usaha ini.

Tuesday, November 29, 2011

Suatu Penghijrahan

Amalan Harian sbg umat Islam - Zikir At-Taubah 9:129


Baca ayat dari surah at-Taubah 9:129 ini tujuh kali setiap pagi dan petang dan insya Allah akan terangkat segala masalah, terbuka pintu rezeki, mudah segala urusan dan mendapat kebahagiaan dunia dan akhirat. Ayat ini juga adalah amalan saya setiap hari. Sebar-sebarkan sesama Islam insya Allah apabila orang lain beramal kita juga mendapat ganjarannya. Amin.

Rujukan:Dr. Tengku Asmadi bin T. Mohamad

LAPORAN KELAB ANAK AUTISMA

KAA akan memasukki FASA ke-2 mulai Jan 2012 setelah laman ini berada dlm talian hampir 2 tahun dgn penyertaan terkini seramai 1218 org melebihi sasaran yg dijangkakan. Jutaan terima kasih di atas sokongan anda semua. Amat diharapkan laman ini akan terus mendapat sokongan anda semua untuk membantu rakan2 yg lain dlm mendidik anak2 autisma.


LAPORAN KELAB ANAK AUTISMA (FACEBOOK) FASA 1.

Sehingga 30 Nov 2011

Jumlah LIKE - 1218 org

Jumlah Negara - 19 buah

1,101 Malaysia
41 Indonesia 14 Canada
8 United States
4 Japan
4 Singapore
3 Australia
3 New Zealand
2 Morocco
2 Brunei
2 United Kingdom
2 Tunisia
2 Nepal
2 Saudi Arabia
1 Denmark
1 India
1 Kuwait
1 Cambodia
1 France



Gender

a. Female - 73%

b. Male - 24%



Age (Aktif)

25 - 34 tahun

Ciri-ciri asas autisma kanak-kanak di bawah 2 tahun

Basic criteria:

1. repetitive behaviour (terlalu suke dengan satu benda)
2. difficulty in social relationship ( e.g. xnak bergaul dengan orang lain, elak eye contact)
3. communication impairment (lambat bercakap)

Cadangan saya,

jika criteria2 ...di atas dpt dilihat (Insyaallah boleh nampak pada usia seawal 18 bulan), rujuk kepada doktor/saikolo...

Hari Ungu untuk anak autisme














RUANG legar Suria KLCC iaitu pusat membeli-belah yang menjadi mercu tanda ibu negara Kuala Lumpur bertukar wajah apabila disimbahi warna ungu bermula 10 hingga 13 November lalu.

Lazimnya ruang legar tengah Suria KLCC itu hanya menjadi medan lalu lalang pengunjung namun, selama tiga hari aura ungu sangat dominan di ruang tersebut lantaran berlangsungnya Kempen Purple Day 2011 atau Hari Ungu.

Tahun ini merupakan tahun kedua Suria KLCC meneruskan inisiatifnya bagi mengumpul dana sebanyak RM100,000.

Dana yang terkumpul sepanjang kempen diadakan akan disalurkan kepada Persatuan Kebangsaan Autisme Malaysia (National Autism Society of Malaysia) atau Nasom.

Kempen itu diperkenalkan buat julung-julung kalinya pada tahun 2010 untuk membantu Nasom mendidik ibu bapa dan masyarakat Malaysia mengenai autisme.

Membantu anak austisme

Hadir pada majlis pelancaran tersebut ialah Timbalan Pengarah Bahagian Kawalan Penyakit Kementerian Kesihatan, Dr. Zainal Ariffin Omar, Ketua Pegawai Eksekutif Suria KLCC, Andrew Brien dan Pengerusi Persatuan Kebangsaan Autisme Malaysia, Teh Beng Choon.

Autisme merujuk kepada gangguan perkembangan otak yang dicirikan dengan masalah hubungan sosial, komunikasi, emosi, kurang kebolehan imaginasi dan bermain. Penghidapnya juga menunjukkan tingkah laku terhad dan berulang, biasanya berkaitan minat, aktiviti dan perangai.


Anak autisme sering dilabel sebagai kanak-kanak berkelakuan pelik, berada dalam dunianya sendiri dan berkemungkinan besar keciciran dalam pelajaran.

"Pada tahun lalu, kami berjaya mengumpulkan RM42,448 untuk membantu kanak-kanak autisme di Malaysia.

"Kami percaya autisme adalah pilihan tepat bagi inisiatif kemasyarakatan kami. Dengan adanya sokongan padu daripada para penyewa kami serta orang ramai, kami berharap dapat membantu anak-anak autisme menjalani kehidupan yang lebih bermakna," kata Andrew.

Tambahnya, pada tahun ini, pihaknya telah memanjangkan tempoh kempen Purple Day agar lebih ramai pelanggan berpeluang untuk menyertainya.

"Dengan sokongan mereka, kami berupaya untuk mengumpulkan lebih banyak dana buat Nasom dan membantu mereka menyebarkan informasi mengenai autisme," ujarnya.

Pelbagai aktiviti berinformasi dan menyeronokkan disediakan oleh Suria KLCC buat para pengunjungnya dari 10 November hingga 13 November lalu.

Selain menambah pengetahuan mengenai autisme, para pengunjung juga berpeluang untuk beramal.

Antara aktiviti yang akan dijalankan adalah pameran, jualan hasil karya seni dan persembahan nyanyian oleh kanak-kanak autisme, pertunjukan fesyen dan galeri informasi autisme.

KAKITANGAN Suria KLCC membantu seorang pengunjung cilik untuk bermain permainan yang disediakan.

Orang ramai yang ingin menderma boleh menyertai pelbagai aktiviti menyeronokkan yang disediakan di gerai-gerai sekitar kawasan ruang tengah Suria KLCC dengan bayaran RM3.

Mereka yang berminat untuk bergambar bersama The Purple Man hanya perlu membayar RM5, manakala mereka yang ingin bergambar bersama artis tempatan seperti Hillary Ang dan Cromox hanya perlu membayar RM10.

Orang ramai juga boleh membeli baju T hasil karya adik Akhtar dari Nasom pada harga RM30, manakala beg tote Purple Day dijual pada harga RM25.

Bagi pengunjung Suria KLCC yang didapati memakai apa sahaja barangan berwarna ungu, mereka bakal menerima hadiah misteri daripada Suria KLCC.

Para pembeli yang membelanjakan RM500 ke atas (gabungan dua resit) pula akan menerima hadiah eksklusif Purple Day.

Turun padang gotong-royong

KANAK-KANAK teruja dan seronok menerima belon daripada badut sempena sambutan Hari Ungu.

Selain mengumpulkan wang bagi membantu kanak-kanak autisme, kakitangan Suria KLCC tidak melepaskan peluang turun padang berkunjung ke pusat vokasional dan empat buah rumah pendidikan Nasom yang terletak di Bandar Puteri Klang, Selangor pada 11 November lalu sejajar dengan inisiatif kemasyarakatannya.

Antara aktiviti yang dilakukan termasuklah membersih, mengecat serta membaiki kerosakan yang terdapat di pusat vokasional dan rumah-rumah pendidikan tersebut.

"Memandangkan banyak waktu dihabiskan oleh kanak-kanak ini di pusat vokasional dan rumah-rumah pendidikan ini, memang wajar bagi kami melakukan aktiviti-aktiviti yang dapat membantu menyediakan suasana pembelajaran yang bersih, selesa dan menyeronokkan," kata Andrew yang turut mengeluarkan peluh di Pusat Nasom untuk mencuci van untuk kegunaan kanak-kanak pusat tersebut. - NURUL IZZA ROSLI (KOSMO

Monday, November 28, 2011

Kawalan hyperactivity


Langkah yg perlu dilakukan oleh ibubapa/penjaga yg mempunyai anak autisma yg hiperaktif.

1. Kurangkan & kawal pengambilan makanan bergula & tinggi karbohidrat sebab ini yang buat dia bertenaga.

2. Buat aktiviti fizikal di luar rumah (dgn pantauan). Tujuannya, supaya anak tersebut dapat lepaskan tenaga yg ada dalam dirinya.

3. Elakkan tidur disiang hari supaya malam dapat tidur.

4. Anak2 ADHD perlukan latihan2 fizikal bersistematik untuk bantu mereka agar dapat beri tumpuan. Ini boleh diperolehi di pusat kesihatan kerajaan.

Mengenali Kanak2 Autisma 1



"Amin yang berusia 3 1/2 tahun dibawa ke klinik saya kerana dikatakan tidak mahu bergaul dengan kanak-kanak lain dan tidak tahu mengunakan bahasa. Menurut ibunya, Amin dilahirkan dalam keadaan baik, berat badannya 3.1 kg dan perkembangan dari peringkat bayi seperti kanak-kanak biasa yang lain. Tetapi, menjelang usianya 12/2 tahun, dia didapati suka bersendirian dan tidak mahu menengok kearah orang. Dia berkelakuan seolah-olah seperti kanak-kanak pekak: tidak menghiraukan atau seolah-olah tidak mendengar percakapan orang lain. Hampir setiap waktu dia bersendirian sambil bermain-main denga benda-benda seperti tali, tudung-tudung botol dan ketul-ketul batu. Dia leka dengan permainannya sehingga berjam-jam lamanya.

Ibu Amin menyatakan bahawa sejak kecil lagi, anaknya itu tidak suka dipegang, dibelai atau dicium. Dia tidak seperti kanak-kanak lain yang mudah mesra dan bergelak ketawa dengan ibu bapa dan orang disekelilingnya. Ibunya mengeluh kerana tidak dapat menjalinkan hubungan mesra dengan anaknya. Apabila lapar, dia sendiri akan mengambil makanan didapur atau menarik tangan ibunya kearah makanan yang diingini. Seringkali, bunya terpaksa menyuapkan makanan dan memberinya minuman.Tetapi, dia tidak suka dibantu melakukan aktiviti-aktiviti harian seperti makan, minum dan bersalin pakaian. Dia pergi sendiri ketandas untukmembuang air kecil dan tidak lagi kencing malam. Ibu Amin berasa hairan mengapa anaknya yang mampu menunjukkan kebolehan seperti menyusun puzzles dan merekabentuk denganmenggunakan alat permainan lego tidak pula mampu menggunakan bahasa seperti kanak-kanak yang sebaya dengannya. Dia dan suaminya jarang membawa Amin menziarahi kawan-kawan atau majlis-majlis sosialkerana malu dengan tingkah lakunya yang luar biasa yang mungkin akan menarik perhatian orang lain. Amin pernah dimasukkan ketadika untuk memberinya peluang bergauldengan kanak-kanak lain tetapi selepas sebulan, guru tadika menyatakanbahawa pihaknya tidak sanggup menerima Amin lagi kerana sikapnya yang ganjil.Dia suka bersendirian, tidak boleh berinteraki dengan kanak-kanak lain, Asyik bermain seorang diri, tidak bercakap dan tidak menerima atau menumpukan perhatian pada arahan guru-guru atau orang lain.Dia akan keluar dari kelas dan merayau-rayau disekitar kawasanTadika pada bila-bila masa sahaja yang disukainya dan guru kelas kerap terpaksa mencarinya kerana khuatir akan keselematannya."



Kes ini mengetengahkan riwayat sesorang kanak -kanak yang menunjukkan ciri -ciri austisma.



1. Masalah komunikasi.

2. Suka bersendirian.

3. Tingkah laku yang aneh dan berlainan daripada kanak -kanak biasa.

4. Mempamerkan tingkah laku yang pelik.



PERSOALAN.....



1. Adakah autisma sering berlaku ?

2. Apakah puncanya ?

3. Bolehkah kanak -kanak autistik pulih ?

Pengalaman Guru Tuisyen



Kebanyakan pelajar yang dibimbing menerusi tuisyen di rumah bersama Cikgu Amien, akan mendapat kemahiran-kemahiran atau pengetahuan seperti berikut:

* Kemahiran Berdikari / Yakin Dalam Menjawab Soalan Matematik
* Seni Menjawab Soalan Matematik Unik
* Pendedahan Terhadap Soalan-soalan Ramalan UPSR, PMR dan SPM
* Membentuk Personaliti Pelajar Ke Arah Kecemerlang Kurikulum dan KoKurikulum

Dalam kelas selalunya ada lebih daripada 30 orang pelajar atau murid. Bayangkan satu waktu cuma 35-45 minit. Jika seorang guru kelas mengajar selama 15-20 minit, berapakah masa bimbingan yang boleh diberikan oleh seorang guru kepada satu-satu anak murid atau pelajarnya?

20 minit untuk 3o orang pelajar? Ini bermaksud seorang guru cuma mampu membimbing sekitar kurang daripada 1 minit atau mungkin 30 saat untuk seorang pelajar!

Oleh yang demikian, ramai pelajar dan ibu bapa yang lebih suka menghantar anak mereka untuk belajar secara individu menerusi tuisyen di rumah.

Rata-rata pelajar yang gagal atau sering mendapat keputusan yang kurang cemerlang, mendapat keputusan yang lebih baik, atau cemerlang selepas mengikuti kelas tuisyen individu. Ini kerana, kebiasaannya guru-guru tuisyen di rumah lebih cenderung untuk memfokus kepada kepakaran masing-masing dalam subjek-subjek yang mereka mampu untuk mengajarnya.

Ini berikutan faktor menjaga pasaran tuisyen. Saya sendiri sebagai guru tuisyen Matematik akan mengutamakan pelajar-pelajar yang mahu mempelajari tuisyen Matematik dan Matematik Tambahan terlebih dahulu. Ini demi menjaga kualiti pengajaran tuisyen saya.

Sehingga kini, saya berbangga dengan pencapaian pelajar-pelajar tuisyen individu saya, di mana saya sendiri telah membantu mereka untuk mendapat pencapaian cemerlang dalam peperiksaan. Inilah kualiti yang diutamakan oleh setiap guru tuisyen. Pelajar yang tidak cemerlang, bertukar menjadi cemerlang selepas dibimbing oleh guru tuisyen, melambangkan kualiti guru tuisyen terbabit.

Laporan Home Tuition: LOQMAN

Memulakan perkhidmatan Home Tuition mulai 2010.

Latarbelakang Akademik: Lemah

Keputusan PAT: 64%

Topik yg telah diajar: Soalan peperiksaan PMR sebenar

PRESTASI: BELUM LAYAK DIUJI

29/11 - Masih memerlukan bimbingan minima

Laporan Home Tuition: AFIQ

Memulakan perkhidmatan Home Tuition mulai 2010.

Latarbelakang Akademik: Amat Lemah

Keputusan PAT: Belum diketahui

Topik yg telah diajar: Soalan peperiksaan SPM sebenar

PRESTASI: BELUM LAYAK DIUJI

29/11 - Masih memerlukan bimbingan minima

Laporan Home Tuition: DANIAL

Memulakan perkhidmatan Home Tuition mulai pertengahan Nov 2011.

Latarbelakang Akademik: Lemah
Keputusan PAT: 60%

Topik yg telah diajar: UMUM

PRESTASI:

1. KUIZ:
28/11 - Tiada

2. LATIH-TUBI:
13/11 - 62 (UPSR Set1)
28/11 - 63% (UPSR Set2)

3. HOMEWORK:
13/11 - 55%
28/11 - Belum

Laporan Home Tuition: SYAHIRAH

Memulakan perkhidmatan Home Tuition mulai pertenghan Nov 2011.

Latarbelakang Aakdemik: Lemah
Keputusan PAT: 40%

Topik yg telah diajar:
1.Directed Numbers
2.Squares, Square Roots
3.Algebraics Expressions II
4.Linear Equations I
5.Ratios
6.Phythagoras Theorem
7.Geometrical Constractions
8.Coordinates

PRESTASI:

1. KUIZ:
28/11 - 11% (Soalan PMR sebenar)

2. LATIH-TUBI:
28/11 - 69% (Soalan Topikal)

3. HOMEWORK:
28/11 - Belum

Laporan Home Tuition: AMIRA

Memulakan perkhidmatan Home Tuition mulai pertengahan Nov 2011.

Latarbelakang Aakdemik: Lemah
Keputusan PAT: 40%

Topik yg telah diajar:

1.Directed Numbers
2.Squares, Square Roots
3.Algebraics Expressions II
4.Linear Equations I
5.Ratios
6.Phythagoras Theorem
7.Geometrical Constractions
8.Coordinates


PRESTASI:

1. KUIZ:
28/11 - 56% (Soalan PMR sebenar)

2. LATIH-TUBI:
28/11 - 41% (Soalan PMR sebenar)

3. HOMEWORK:
28/11 - Belum

Terapi Pertuturan (ST), Terapi Carakerja (OT)


Arbaheah Baie

"salam semua,

saya baru terjumpa page ini. saya sebenarnye ada anak lelaki,3 yrs,dan baru dpt tahu ada simtom autisme. saya dah buat penilaian dgn dr dan pakar kanak-kanak. anak sy masih belum bercakap, jd dr cadangkan sy utk buat terapi pertuturan dan terapi kemahiran. saya ada buat di hosp swasta, tapi agak mahal kosnye. boleh saya tau ada sesiapa yg pernah berurusan dengan pihak hosp kerajaan? atau beleh cadangkan mana2 tempat yg terbaik utk buat ST dan OT. "


KELAB ANAK AUTISME
Lokasi tempat tinggal terkini?

Arbaheah Baie
sy duduk di rawang,ingat nak berurusan dgn hosp selayang, tp ada kawan kt hosp selayang agak lambat.


Noradilah Abdullah

semua hospital pun mengalami masalah ni. ramai sangat patients queue untuk ST and OT. sebab nak kejar masa sblm anak besar, kami pergi ke private sahaja. memang belanja agak mahal tapi insya Allah akan selalu ada rezeki untuk anak tu.

Ruzza Amran
betul, saya pun hantar ke pusat terapi swasta. mmg agak mahal tp intervensi dilakukan dari pkl 9am sampai 3 pm. tempatnya pun jauh dari rumah saya , cheras ke wangsa maju.gi balik 35km, hantar dan ambil dah 70km sehari. Mcm yg Noradilah cakap, mmg selalu ada rezeki utk anak2 kita. setiap pengorbanan pasti ada hasilnya walaupun bukan sekelip mata.

Nora
Sama mcm saya juga, saya htr anak OT n ST ke swasta. Hsptl krjaan pn gi jugak. Alhamdulillah Allah sentiasa permudahkn.

Arbaheah Baie
oh mcm tu ke, terima kasih ye semua bg pandangan.

Suzilawati Ahmed Nawawi
Kami menghantar anak 5 tahun ke wq park kelana jaya, seminggu sekali , 1 jam OT dan 1 jam Speech.. kosnya Rm210.. menghantarnya sejak feb dan banyak peningkatannya dalam 9 bulan nie. sekarang saya mengajar dirumah menggunakan buku kumon untuk cut, paste, fold, drawing ,writing dan coloring... (ada dijual di mph dalam rm 20 + sebuah) , dia pun seronok. masa sblm terapi buat puzzle pun x boleh. skrg alhamdulilah siap race ngan kakak nye saper yg siap dulu...alhamdulilah ..

Hadiah di atas kejayaan Kak Long

* Gambar Handphone akan menyusul

Hari ini, Ummi dan Kak Long telah pergi membeli HANDPHONE sebagai hadiah sempena kejayaannya dlm Peperiksaan Akhir Tahun 2011 SK Convent. Selain drp handphone, kak Long juga diberi pakej menghadiri 2 program motivasi iaitu PROGRAM MOTIVASI ALIHAN PELAJAR anjuran MAP Consultancy dibwh kendalian Dr Tengku Asmadi di Gopeng pada 26 dan 27 Nov 2011 dan SUMMER CAMP pada 9-11 Dis 2011 (Masih dirahsiakan). Diharapkan hadiah2 yg diberikan ini akan meningkatkan semangatnya untuk mencapai kejayaan lebih gemilang untuk thn2 mendatang.

Jika diikutkan hati, abah tak mahu berikan hadiah handphone. Tp disebabkan trand terkini...semua kanak2 seusia kak long telahpun mempunyai handphone terutama semua sepupu2nya. nampak ketinggalan plk dia dr segi itu. Handphone pilihan kak long amat menterujukan abah kerana byk fungsi2 terkini ada pd handphone tsbt walaupun harganya tidaklah mahal sangat tp nampak canggih. Tahukah kak long, abah memiliki handphone mulai tahun 2004. Itupun setelah ummi bising sbb abah sukar untuk dihubungi bg urusan adik kak long yg autisma, Faqihah.

Pencapaian cemerlang kak Long dlm akademik kali ini amat memuaskanan jika dibandingkan tahun2 sebelum ini. Drp kelas ke-2 semasa thn 1...kini dah berada dlm kelas pertama. Drp kedudukan ke-30 (PAT 2010) kepada kedudukan ke-14 (PPT 2011) dan ke-8 (PAT 2011). Peningkatan ketara yg telah dilakukan oleh Kak Long.

"TAHNIAH! Kak long kerana menyahut CABARAN kami"

ANDA PERLU BACA KISAH MANUSIA HEBAT INI JIKA INGIN BERJAYA










Adakah anda kenal siapa beliau. Inilah Biilionaire Melayu yang sebenar. Nama beliau ialah Tan Sri Syed Mokhtar Al Bukhary. Walaupun saya tidak pernah jumpa dengan beliau namun semangat dan keyakinan beliau dalam sesuatu kerja memberi impak besar pada diri saya untuk jadi seperti beliau. Sekarang saya berusaha sedikit demi sedikit menubuhkan syarikat saya seperti mana kerja yang beliau lakukan. walaupun tidak sama tapi semangat seperti beliau mesti sama :) Kalau saya jumpa beliau, saya suka berganding bahu dengan Tan Sri Syed Mokhtar Bukhary kerana kisah dia membuatkan saya bersemangat untuk menjadi seperti beliau malah berimpian untuk membina empayar terbesar satu hari nanti. Tujuan saya nak membina adalah untuk kepentingan orang ramai bukan untuk diri saya. Saya masih ingat 49 kata-kata hikmah dari beliau dan membuatkan saya tidak lupa tentag hidup ini dan impian saya, antara kata-katanya ialah :- 1. Ada sebab kenapa saya bekerja seperti tiada hari esok. Agenda sosial dan kerjakerja kemasyarakatan itulah antara sebabnya. Saya mahu meninggalkan warisan untuk anak bangsa yang kekal berpanjangan. 2. (Berkenaan know who) Bangsa lain tak mengapa tapi orang Melayu kena berdamping dengan orang politik sedikit-sedikit. Tapi masalahnya kita tidak mahu melalui kesusahan; banyak yang mahu senang dengan mendampingi orang politik semata-mata. 3. Tiada apa-apa rahsia. Saya ini hamba Allah biasa, budak dangau macam saudara semua juga. Tuhan jadikan manusia ini sama sahaja. Proses kematangan saya yang membezakannya. Saya percaya sesiapa pun boleh menjadi apa sahaja asalkan mereka berusaha dengan tekun. Tetapi tentulah ia memakan masa. Tiada jalan singkat. 4. Saya mengenali kekuatan dan kelemahan saya. Apa yang tidak mampu buat saya akan minta orang lain tengok-tengokkan. Saya melalui jalan yang susah tapi itulah jalan yang kekal. 5. Kita perlu menggunakan kepakaran mereka (bangsa Cina) kerana mereka jauh lebih maju dan mahir daripada kita. Apa yang kita kurang faham kita berkongsi dengan tujuan untuk belajar dengan mereka. Apabila sudah faham baru kita boleh menjaga kepentingan kita. 6. Saya sedih melihat sistem sekolah pondok di Kedah. Saya ada cita-cita mahu memodenkan sekolah pondok. Kita kena maju. 7. Saya terlibat dalam perniagaan ini kerana saya tiada pilihan lain. 8. Untuk memajukan perniagaan, memang kena banyak sabar dan kuat berusaha. 9. Tidak ada jalan singkat. Saya belajar tentang perniagaan ini sejak kecil lagi dan saya juga biasa kena tipu. 10. Saya pun suka kemewahan. Saya pun suka tengok dunia, ke Tokyo, New York dan London. Saya pun suka pakai baju elok. Tapi kita hendak bermewah setakat mana, hendak pakai baju banyak mana, hendak tidur dalam berapa rumah satu malam, hendak makan pun sampai larat mana? 11. Dalam hidup ini kita sebenarnya tidak ada status; ada masa diatas, ada masa dibawah. 12. Ketika Allah memberikan kemewahan, kita kena turun ke bawah, tengok manamana yang boleh dibantu. Allah beri rezeki melalui kita untuk kita tolong orang lain. Rezeki itu bila-bila masa dia boleh ambil balik. Jika ada orang korporat Melayu yang tidak mahu turun ke bawah mungkin kerana bayangan duit itu lebih kuat daripada yang lain. 13. Korporat Cina turun ke bawah membantu. Orang Cina ada pelbagai persatuan. Kita tidak ada; kalau ada pun berpecah. Orang Melayu kita tidak mahu bekerjasama kerana perasaan dengki menguasai diri. Sudahlah tak mahu berusaha, apabila orang lain berusaha mereka marah. 14. Rezeki yang ada itu sebenarnya untuk orang lain. Memang dari segi hukum pun begitu. Kita kena keluar zakat dan fitrah. Tetapi zakat fitrah banyak mana sangat. Islam agama yang adil; ia minta sedikit saja. Oleh itu, kalau ada duit yang lebih ia seharusnya dibelanjakan dengan baik. 15. Saya tak kisah kalau saya tak buat semua ini. Saya boleh tak buat apa-apa dan balik ke Alor Star. Tetapi saya rasa hidup ini sia-sia. Orang Kedah kata kalau mati nanti mata tidak tutup rapat kerana tanggungjawab depan mata kita tidak buat. Orang lain ambil kekayaan kita, ambil hak kita dan pergunakan kita, kita masih tidak buat apa-apa ! 16. Saya ada emotional attachment kepada agama, bangsa dan ummah. Saya bukan individualistik. Diri saya tidak penting. Pangkat dan gelaran ini kepada saya tidak mustahak. 17. Saya sedih media tonjolkan saya begini. Saya malu kerana orang Cina kaya beratus-ratus kali ganda daripada saya. Tapi saya tahu orang Melayu kalau hendak berjaya kena kerja kuat tidak kira siang malam. Kita ada kekuatan yang Tuhan beri melebihi daripada bangsa lain. Tetapi untuk maju kita perlu berusaha. 18. Saya asal daripada tidak ada apa-apa. Apa yang saya tidak tahu saya belajar, minta tolong daripada orang. Saya tidak malu. Saya bukannya mencuri. Saya usaha sendiri. Sikap pemalas dan pemalu ini yang orang Melayu kena atasi. Kita kena berani kerana benar. Apabila kita dapat keuntungan dan rezeki lebih, bolehlah kita menolong orang. 19. Kaya itu bukanlah kepada diri sendiri. Kaya itu adalah kepada kumpulan perniagaan ini, kepada bangsa dan kepada orang ramai. Saya hanya memegangnya untuk sementara. 20. Saya tiada keinginan untuk menyimpan kekayaan ini untuk anak dan isteri. Duit ini tidak akan kekal. Saya percaya hanya perkara yang baik yang kita lakukakan akan kekal. Bukan duit yang akan melindungi saya nanti tapi apa yang saya lakukan sekarang. 21. Saya perlu terus mencari peluang dan perniagaan lain supaya kita terus dapat bantu orang lain mengembangkan diri masing-masing. Saya bukan buat semua ini untuk diri saya semata-mata. 22. Ada juga yang saya usaha tapi tak dapat dan orang tak tahu. Apa yang saya dapat itu yang jadi masalah kononnya Syed Mokhtar sapu semua. Bangsa lain memegang pelbagai kepentingan dalam ekonomi, siapa pun tak kata apa. Ini masalah orang Melayu. Di kampung orang Melayu berpecah kerana politik, di bandar berpecah kerana ini (wang). 23. Saya percaya kalau rezeki itu Allah beri kepada saya ia bukan untuk saya tetapi untuk orang ramai juga. Orang tidak tahu banyak syarikat yang saya ada ini gagal dan tidak maju kepada saya tetapi orang tidak tahu. 24. Banyak orang percaya bahawa dia mesti ada RM10 juta atau RM20 juta dalam tangan baru hidup boleh selamat. Ini yang menyebabkan mereka hanyut daripada menolong orang lain. Mereka lebih takutkan diri sendiri. Mereka lupa bahawa kekayaan tidak boleh membantu selama-lamanya. 25. Orang kata saya takda duit tapi banyak hutang. Orang berniaga mana yang tak berhutang. Tapi mesti tahu bagaimana hendak meminjam dan membayarnya semula. Ada cara boleh kita buat. Tapi sebelum berhutang RM100 juta mesti sudah fikir bagaimana hendak membayarnya balik. Mesti ada tanggungjawab. Banyak orang mahu senang tapi tidak ramai yang mahu bertanggungjawab. 26. (Perasaan setiap kali mendapat rezeki). Saya ini kata orang Kedah, lebai kodok bukan lebai pondok. Tapi saya tahu hal-hal asas. Kalau mahu saya minta terus dari Tuhan. Tuhan beri manusia akal dan fikiran. Kalau hendak pakai baju dan seluar biarlah padan dengan badan 27. Kesenangan yang saya perolehi ini datang dengan tanggungjawab (bila pinjam bayar balik dan buat amal jariah). Kalau hendak dibandingkan dengan bangsa lain, perniagaan saya ini tidak ada apa. Tetapi walaupun sedikit tetapi yang sedikit itu ada berkatnya. 28. Saya suka kalau nikmat sedikit yang saya dapat itu orang lain boleh berkongsi sama. 29. Saya kadang-kadang kecewa dan sedih melihat anak orang alim yang sesetengahnya lupa diri setelah mendapat kekayaan. Saya pun sama seperti orang lain suka hendak ke luar negara tetapi kita tidak boleh lupa kubur kita dan asal usul kita. Di kampung kita mungkin ada jiran-jiran yang perlukan bantuan. 30. ……kalau tidak mungkin saya sudah ke Haatyai dan jadi nakal. Saya manusia yang banyak buat kesilapan. Tetapi saya insaf, beristighfar dan jalan lagi. Sejak awal saya ada kesedaran mahu mengekalkan hak kita sebagai orang Melayu. 31. Saya kata kepada diri sendiri kalau kerana itu saya terpaksa bersusah sedikit pun tidak mengapa. 32. Kekayaan ini Tuhan beri kepada saya untuk saya menolong orang lain pula. Saya percaya kepada keberkatan rezeki. Hari ini kita tolong orang, esok lusa orang akan tolong kita pula dengan cara yang lain. 33. Kalaupun tidak sanggup tunggu 34 tahun seperti saya berilah sedikit masa untuk faham selok belok perniagaan, Insya Allah boleh maju. 34. Kita jangan cepat putus asa. Putus asa boleh tapi kena cepat-cepat kuatkan semula semangat untuk bangkit balik. Jangan jadikan agama hanya satu tempat untuk kita bergantung apabila kita susah. Tanggungjawab ibadah adalah tugas seharian. 35. Lifestyle ? Saya tidak ada lifestyle yang kena masuk kelab sana dan sini. Tapi tak semestinya saya tidak boleh turun ke kelab. Orang Melayu kalau hendak ke depan mesti ada cara hidup yang fleksibel, boleh naik dan turun. 36. Lifestyle ini sebenarnya satu penyakit. Saya biasa pakai Mercedes tapi sekarang saya pakai Proton Perdana untuk sokong kereta nasional. Kereta itu pun cukup untuk bawa saya ke mana-mana. 37. Tiada sebab orang kenapa Melayu tidak boleh maju. Ini saya berani perang dengan sesiapa pun. Orang Melayu boleh maju. Kalau saudara jadi wartawan saudara kena tanam semangat suatu hari nanti mahu ambil alih akhbar ini. Tidak ada sebab kenapa ia tidak boleh berlaku. 38. Kejayaan dan kelemahan orang Melayu bukan disebabkan oleh bangsa kita dan agama kita. Ia berkait dengan sikap dan cara kita berfikir. Gigih, tekun dan tidak mudah putus asa merupakan kunci kejayaan kita. Tapi perkara ini kurang wujud dalam cara orang Melayu berfikir. 39. Tuhan memberi peluang kepada siapa saja yang bekerja kuat. Apa yang ada pada saya ini hanya usaha. Kalau anak dangau macam saya boleh, tidak ada sebab orang lain terutama mereka yang dari pekan tidak boleh. 40. Kita tidak usahlah selalu mengulang-ulang perkara yang boleh memberikan kesan psikologi negatif kepada orang Melayu (kereta dan rumah besar). Kita kena kurangkan bercakap tentang kereta besar dan rumah besar. Sesiapa pun mahu pakai kereta mewah tapi bukan itu matlamatnya. 41. Orang Melayu sebenarnya kena membantu diri sendiri, kena bekerja keras & fokus. 42. Sikap merendah diri perlu sentiasa ada dalam diri seseorang walau setinggi mana pun kejayaan dicapai. 43. Apa yang saya buat ini (kerja-kerja sosial) semuanya bermula daripada didikan orang tua saya sendiri. 44. Saya sendiri berhutang sambil berniaga dan buat sumbangan amal jariah. Saya tak mahu tunggu hutang habis baru hendak buat semua ini. Saya takut kalau hutang habis saya pun mati dan apa pun tak sempat saya buat. 45. Saya biasa saja. Hidup saya tidak berubah, dari dulu beginilah. Saya terima apa saja nikmat yang diberikan oleh Allah . Tidak ada segelas air, ada setengah gelas pun saya bersyukur. 46. Kalau kerana sedikit bantuan itu mereka lulus peperiksaan dan hidup mereka menjadi lebih baik, saya sudah gembira. Saya tidak boleh buat banyak. Alhamdulillah, lebih baik buat sedikit daripada tidak buat langsung. 47. Saya tiada minat untuk beli kapal layar atau kapal terbang. Saya fikir kalau saya beli sesuatu biarlah orang ramai boleh pakai. Saya suka kalau saya beli sesuatu yang mahal, biarlah orang ramai boleh pakai. 48. Saya gembira dapat membantu. Saya mahu orang lain merasai (kesenangan) apa yang saya pernah rasa. Saya tahu bagaimana perasaanya. Saya kata kepada diri saya, apa yang saya dapat saya mesti beri orang lain merasainya sama. Jangan beri kurang, lebih tak mengapa. Itu yang membuat hati saya seronok. 49. Saya rasa saya ingin menyumbang lebih daripada ini. Saya kata kepada kawan-kawan ini baru warm-up saja; kita belum berjalan lagi. Saya rasa kita terlalu banyak ketinggalan. Itulah kata-kata hikmah Tan Sri. ia membuatkan saya sedar akan kejayaan beliau :) Anda minat baca kisah beliau :- Latar belakang kehidupan Tan Sri Syed Mokhtar dilahirkan di Alor Setar, Kedah pada tahun 1951. Keluarganya berasal dari Hadhramaut, Yemen. Sebelum mengambil keputusan menetap di Kedah, bapanya mengembara hingga ke Asia Tengah untuk berniaga. Seterusnya, bapanya ke Thailand. Pada pertengahan tahun 40-an, barulah bapa Tan Sri Syed Mokhtar mengambil keputusan menetap di Alor Setar, Kedah. Pada tahun 1946, bapanya mendirikan rumah tangga. Tan Sri Syed Mokhtar mempunyai tujuh orang adik beradik dan dia adalah anak yang ketiga. Tan Sri Syed Mokhtar hidup dalam keadaan yang serba kekurangan hinggakan rumah kayunya yang terletak di Kampung Hutan Keriang tidak mempunyai katil, meja mahupun kerusi. Ini menyebabkan beliau susah hendak menelaah. Walaupun demikian, setiap yang berlaku itu pasti ada hikmahnya. Keadaan itu juga mendorong beliau supaya memulakan kelas tuisyen percuma sebagai salah satu program kebajikan di bawah Yayasan al-Bukhary yang ditubuhkannya bagi menyumbang ke arah kebajikan. Kini, seramai 15,000 orang pelajar mendapat faedah daripada program tuisyen itu. Pendidikan Tan Sri Syed Mokhtar memulakan persekolahannya di Alor Setar tetapi apabila beliau berusia 9 tahun, beliau dihantar tinggal bersama-sama dengan bapa saudaranya, Syed Omar di Johor Bahru. Beliau berada di situ dari darjah empat hinggalah ke tingkatan dua. Tan Sri Syed Mokhtar kemudiannya kembali ke kampung halamannya di Alor Setar dan menyambung persekolahannya hingga ke tingkatan lima di Sekolah Saint Micheal’s. Sebenarnya, Tan Sri Syed Mokhtar bukanlah orang yang berpendidikan tinggi. Beliau tidak pernah belajar hingga ke peringkat universiti. Namun, ini tidak bermakna beliau seorang yang tidak berilmu. Kebanyakan ilmunya diperoleh melalui pengalaman secara langsung apabila beliau bergiat dalam dunia perniagaan sejak kecil lagi. Membantu keluarga Disebabkan keadaan keluarganya yang kurang berkemampuan, Tan Sri Syed Mokhtar membantu ibunya menanam sayur-sayuran bagi menampung pendapatan keluarga. Mereka menjualnya di pasar di Jalan Telok Wan Jah. Beliau juga menjual roti canai di pasar yang sama. Semasa waktu rehat di sekolah pula, ayahnya akan menemuinya di sekolah dan memintanya membuat simpan kira. Selepas waktu sekolah, Tan Sri Syed Mokhtar membantu menggembala haiwan peliharaan bapanya di pusat kuarantin berdekatan dengan stesen kereta api Alor Setar. Beliau banyak menimba ilmu dan pengalaman semasa melakukan kerja-kerja itu. Mula berniaga Pada tahun 1970-an, perniagaan binatang ternakan bapanya mengalami kemerosotan ekoran tercetusnya wabak kaki dan mulut. Wabak itu merebak ke seluruh Selatan Thailand, Kedah dan Perlis. Semua binatang ternakannya mati begitu sahaja. Sejak itu, Tan Sri Syed Mokhtar mengambil alih perniagaan bapanya dan membuat keputusan untuk tidak lagi melibatkan diri dalam bidang penternakan. Beliau mula menjual daging secara kecil-kecilan. Sebenarnya, Beliau pergi dari pekan ke pekan di sekitar Alor Setar bagi membeli daging yang tidak terjual. Beliau kemudiannya membungkus daging itu bersama ais dan menjualnya kembali kepada peniaga Bumiputera dan restoran-restoran di sekitar Alor Setar. Beliau berjaya dalam perniagaan itu. Kejayaan itu menambahkan keyakinan beliau bagi memajukan diri dalam dunia perniagaan. Daripada perniagaan menjual daging, beliau beralih pula kepada perniagaan pengangkutan. Pada tahun 1972, beliau berjaya mendapat permit bagi empat buah lori Kelas A. Beliau mendapat bantuan pinjaman sebanyak RM110,000 daripada pihak MARA yang digunakannya bagi membeli dua buah lori Mercedes 911LS. Sebenarnya, seorang peniaga Cina menawarkan sejumlah wang bagi baki dua permit yang tidak digunakannya. Tan Sri Syed Mokhtar enggan dan menyerahkan permit itu kembali kepada MARA. Selepas membeli dua buah lori itu, Tan Sri Syed membuka syarikat pengangkutan yang dinamakan Syarikat Pengangkutan Sentosa dan melantik kerani Cina sebagai pengurus syarikatnya itu. Tan Sri Syed Mokhtar menggunakan lori-lorinya bagi memulakan perniagaan beras. Syarikat Kenderaan Sentosa masih wujud sehingga ke hari ini dan memiliki lebih daripada 40 buah lori. Menubuhkan syarikat Pada tahun 1974, Tan Sri Syed Mokhtar membeli rumah kedainya yang pertama di Jalan Telok Wan Jah di bawah perjanjian sewa beli dengan UDA atau Perbadanan Kemajuan Bandar. Seterusnya, pada tahun 1975, beliau menubuhkan Syarikat Shah dan memohon lesen perdagangan beras daripada Lembaga Padi Negara yang kini dikenali sebagai Bernas. Tuah ayam nampak di kaki, tuah manusia siapa yang tahu. Dia berjaya mendapat kontrak bagi membekalkan beras ke pihak FELDA, MARA Senama, Pernas Edar dan juga Sergam Sdn. Bhd., iaitu anak syarikat Perbadanan Kemajuan Ekonomi Negeri Johor. Selepas berjaya dengan Syarikat Shah, beliau menubuhkan syarikat usaha sama dengan dua orang peniaga Cina, iaitu Ng Ghiak Gee dan Chua Chong Tan. Ghiak Gee adalah pedagang beras manakala Chong Tan pula pengilang beras. Dalam syarikat usaha sama itu, Tan Sri Syed Mokhtar memegang 52 peratus kepentingan manakala Ghiak Gee dan Chong Tan masing-masing 32 peratus dan 16 peratus. Perniagaan usaha sama yang diberi nama Bukhary Sdn. Bhd. itu memulakan operasinya pada 15 Julai 1976, di pejabatnya di Jalan Telok Wan Jah. Perniagaan terus berkembang Daripada beras, beliau kemudiannya mengembangkan perniagaannya kepada komoditi lain, iaitu gula. Ini masih dijalankan sehingga ke hari ini melalui Bukhary Sdn. Bhd. Pendapatan tahunan Bukhary Sdn. Bhd. kini mencecah RM250 juta. Setahun selepas Bukhary Sdn. Bhd. memulakan operasinya, beliau menubuhkan Bukhary (KL) Sdn. Bhd. pada tahun 1977. Syarikat itu ditubuhkan khas bagi mendapatkan kontrak kerajaan yang pada masa itu banyak ditawarkan kepada usahawan Bumiputera. Operasi Bukhary (KL) Sdn. Bhd. dijalankan di rumah kedai empat tingkat di Jalan Pahang yang juga dibeli melalui perjanjian sewa beli dengan UDA. Usahanya membuahkan hasil lagi. Tan Sri Syed Mokhtar diberikan kontrak bagi membekalkan beras, teh, tepung coklat, tepung susu dan juga minyak sapi kepada kerajaan. Bahagian bawah pejabatnya diubah suai menjadi pusat pembungkusan. Apabila beliau mendapat kontrak pembekalan itu, Tan Sri Syed Mokhtar menubuhkan Susu Mas Sdn. Bhd. pada tahun 1979. Syarikat itu juga adalah syarikat usaha sama di antara dirinya yang memegang 51 peratus kepentingan dengan New Zealand Milk Products yang memegang saham selebihnya. Produk Susu Mas Sdn. Bhd. dipasarkan di bawah jenama Fernleaf dan Anchor. Pada pertengahan tahun 80-an, Tan Sri Syed Mokhtar menjual kepentingannya dalam Susu Mas Sdn. Bhd. ekoran kemelesetan ekonomi. Strategi tersendiri Pada tahun 1978, beliau dijemput menyertai delegasi perdagangan ke Ekso Perdagangan Canton, China. Semasa berada di China, Tan Sri Syed Mokhtar menjalankan sistem barter, iaitu menukarkan kokonya dengan teh dari China. Cuma bezanya sistem barter zaman sekarang dijalankan secara besar-besaran atau pukal. Contohnya, menukarkan 1 tan minyak sawit dengan 1 tan minyak mentah. Perniagaan pakaian Selepas mengembangkan perniagaannya bermula daripada bidang komoditi ke pengangkutan, pembungkusan dan barter, beliau kemudiannya melangkah kepada sektor pembuatan. Ini ekoran kejayaannya mendapat kontrak membuat pakaian seragam tentera bagi pihak Kementerian Pertahanan. Kontrak itu adalah bagi membekalkan pihak tentera dengan 120,000 pasang kasut dan 330,000 pasang pakaian seragam. Apabila berjaya mendapat kontrak itu, beliau mula mencari pembekal. Pada mulanya, beliau membeli secara terus daripada pengilang. Selepas membeli daripada pengilang, beliau kemudiannya membuat keputusan menubuhkan dua buah syarikat, iaitu Amtek Holdings bagi mengeluarkan kasut dan Oriental Garments Uniform Division bagi mengeluarkan pakaian. Oriental Garments Uniform Division adalah syarikat usaha sama dengan Oriental Garment yang berpusat di Seberang Prai. Apabila Amtek Holdings disenaraikan di Papan Kedua Bursa Saham Kuala Lumpur pada tahun 1998, beliau menggunakan wang penyenaraian yang diperolehnya bagi membeli Spark Manshop dan hak bagi mengeluarkan dan memasarkan pakaian berjenama Crocodile. Kini, anak syarikat Amtek Holdings mengeluarkan kasut tentera (Amtek Shoes) dan pakaian berjenama Lee Coopers dan Lois (Amtek Garments Sdn. Bhd.) bagi pasaran eksport. Perniagaan perkapalan Tidak cukup dengan perniagaan pakaian, beliau juga bergiat dalam perniagaan perkapalan. Beliau menubuhkan Bukhari Shipping dan mendaftarkannya dengan pihak Perbendaharaan. Bukhari Shipping bertindak sebagai broker kapal di bawah polisi CABOTAGE. Melalui Bukhari Shipping, Tan Sri Syed Mokhtar membeli sebuah kapal buatan Jerman yang berusia 28 tahun pada harga USD1 juta. Kapal yang diberi nama Angsa Mas itu digunakan bagi mengangkut beras dari Thailand ke Sabah dan Sarawak. Walau bagaimanapun, perniagaan itu mengalami kerugian yang menyebabkan beliau terpaksa menjual kapalnya pada harga USD600,000, iaitu rugi sebanyak USD400,000 (USD1 juta – USD600,000). Pada masa yang sama, beliau mula mem*sensored*tkan diri dalam sektor pembangunan hartanah. Beliau membeli beberapa bidang tanah di Alor Setar dan memulakan beberapa projek perumahan di bawah syarikat Bukhary Development. Penglibatan dalam projek penswastaan Beliau terlibat dalam projek penswastaan Johor Port Sdn. Bhd. dan Johor Tenggara Oil Palm Sdn.Bhd. Beliau membeli Johor Port melalui tender pada harga RM330 juta. Johor Tenggara Oil Palm Sdn. Bhd. pula dibelinya pada harga RM135 juta. Melalui Johor Port Sdn. Bhd., beliau menjayakan projek Pelabuhan Tanjung Pelepas. Kini, Pelabuhan Tanjung Pelepas semakin maju hingga mereka berjaya meyakinkan dua buah syarikat perkapalan antarabangsa, iaitu Maersk Sealand dari Denmark dan Evergreen Marine dari Taiwan supaya berpindah dari Pelabuhan Singapura ke Pelabuhan Tanjung Pelepas. Projek penswastaan ketiganya adalah penswastaan air yang mana beliau menubuhkan Equiventure Sdn. Bhd., iaitu syarikat usaha sama di antara syarikatnya, Kembangan Dinamik dan Pilecon Bhd. serta syarikat Perancis, Oneo. Pegangan Kembangan Dinamik dalam syarikat itu adalah sebanyak 49 peratus. Kepentingan Beliau membeli MMC Corporation, iaitu syarikat kejuruteraan pada harga RM3 sesaham daripada Permodalan Nasional Berhad (PNB). Tan Sri Syed Mokhtar juga memiliki 22.7 peratus pegangan dalam Malakoff Berhad, iaitu syarikat pembekalan elektrik dan 20 peratus pegangan dalam IJM Corporation Berhad di mana perniagaan utamanya adalah pembuatan. Selain itu, beliau memiliki 18 peratus pegangan dalam Bernas yang terlibat dalam perdagangan beras dan 32 peratus pegangan dalam Pernas International Holdings Berhad, iaitu konglomerat yang terlibat dalam banyak sektor perniagaan. Manakala 18.7 peratus pegangan dalam Fiamma Holdings Berhad, syarikat pemasaran dan pengedaran barangan elektronik serta 100 peratus kepentingan dalam MPH, iaitu syarikat peruncitan dan pengedaran buku. Objektif penubuhan Yayasan al-Bukhary Yayasan al-Bukhary ditubuhkan pada Mac 1996 sebagai badan kebajikan yang berperanan membantu golongan miskin, menyokong perkembangan seni dan budaya Islam dan juga menggalakkan persefahaman antara peradaban. Antara objektif utama Yayasan al-Bukhary adalah menggalakkan persaudaraan sesama Islam. Yayasan ini terdiri daripada dua buah bahagian. Satu bahagian menjalankan kerja-kerja kebajikan manakala satu bahagian lagi menguruskan penyaluran dana daripada setiap syarikat yang mana Tan Sri Syed Mokhtar ada kepentingan di dalamnya. Sehingga kini, Yayasan al-Bukhary membelanjakan lebih RM300 juta bagi aktiviti keagamaan, kebudayaan dan pendidikan. Selain itu juga, Yayasan al-Bukhary hanya membiayai pelajar miskin. Antara inisiatif yang dilakukan adalah membiayai pelajar Muslim miskin dari serata ASEAN supaya belajar di Malaysia. Projek-projek utama Yayasan al-Bukhary Antara projek terbesar yang sedang dijalankan adalah pembinaan Kompleks al-Bukhary yang bernilai RM400 juta di Kedah yang dijangka siap pada akhir tahun 2004. Kompleks itu kelak memainkan peranan sebagai kompleks yang lengkap dengan pelbagai kemudahan seperti masjid, pusat perubatan, pusat komuniti, rumah anak yatim, akademi khas bagi warga tua dan pusat pengajian tinggi. Antara projek besar yang disiapkan adalah Muzium Kesenian Islam Malaysia di Kuala Lumpur yang bernilai RM100 juta. Muzium empat tingkat itu adalah muzium pertama di rantau Asia Pasifik yang memaparkan hasil seni Islam. Yayasan al-Bukhary juga membina 12 buah masjid di serata negara. Sumbangan dalam bidang pendidikan Pada tahun 2000, Yayasan al-Bukhary mendermakan sejumlah RM7.75 juta kepada Oxford Centre for Islamic Studies, iaitu pusat pengajian Islam yang terkenal di serata dunia. Yayasan al-Bukhary juga kini sedang membantu Institut Pembangunan Pendidikan Maju (MIED) dalam projek bagi mengasaskan Institut Perubatan, Sains dan Teknologi Asia (AIMST) di Sungai Petani, Kedah. Selain itu, Yayasan al-Bukhary juga sering mengadakan dialog peradaban bagi menggalakkan toleransi dan persefahaman antara masyarakat berbilang agama dan kepercayaan. Penglibatan Yayasan al-Bukhary dalam projek yang dimulakan oleh bukan Islam juga terserlah. Walaupun Yayasan al-Bukhary lebih menekankan kepada projek kebajikan yang bercirikan Islam, ia tetap menyumbang kepada projek yang dijalankan oleh organisasi bukan Islam. Contohnya, Yayasan al-Bukhary menyumbang sebanyak RM satu juta bagi Projek Langkawi, iaitu projek yang dimulakan oleh MCA bagi mengumpul dana bagi menjalankan projek pendidikan di luar bandar dan juga memberi biasiswa kepada para pelajar yang kurang mampu. Tan Sri Syed adalah usahawan Bumiputera yang terkaya di Malaysia dengan kekayaan yang bernilai RM1.67 bilion. Semoga kisah Tan Sri ini di jadikan iktibar dan motivasi buat kita semua. Doakan saya agar dapat bertemu dengan Tan Sri ya kerana dari dulu lagi impian saya ini belum tertunai.. Amiiin Ya Rabb

Sunday, November 27, 2011

Peristiwa yg tidak dpt dilupakan

1. Membawa Faqihah dgn menaiki motosikal dr Brighter Future ke Nasom dan Yayasan Sultan Idris. Tempoh perjalanan menghampiri sejam. Faqihah terpaksa duduk dihadapan sbb dia hiperaktif. Kadang2 bergilir2 dgn isteri untuk hantar-ambil Faqihah dr lokasi tersebut. Dalam terikan panas matahari membawa Faqihah ke sana-sini. Selepas tamat sesi terapi terus balik ke rumah. Mujurlah pihak pentadbir sekolah memahami situasi yg dihadapi di mana tiada masalah untuk aku keluar-masuk kerja untuk uruskan Faqihah (2004-2007).

2. Faqihah pernah 2 kali hilang seketika semasa di kampung Kelebor, Kuala kangsar walaupun dgn kawalan rapiku. Kali pertama dijumpa oleh orang kampung (En Musa - arwah) manakala kali ke-2, kami jumpa dia dlm hutan berhampiran. Selepas kejadian tsbt kami telah memberi pengawasan yg lebih rapi (2005).

3. Sebanyak 3 kali pergi ke Wad Kecemasan Hospital Besar Ipoh. Kali pertama, sesuatu (manik) masuk kedlm lubang hidung Faqihah yg tidak dapat dikeluarkan oleh kami, mujur tidak masuk kebhg dlm rongga yg memerlukan pembedahan. Kali ke-2, tisu memasuki bhg dalam rongga hidung Faqihah. kali ke-3, dagu Faqihah terpaksa dijahit sebyk 4 jahitan akibat terjatuh.

OKU sepakat berdikari



Oleh : Wartawan Sinar Harian
Tarikh : November 19, 2011
OKU sepakat berdikari

GEORGETOWN – Bagi anda yang mahu melihat sendiri bagaimana orang kurang upaya (OKU) memberikan perkhidmatan mencuci pakaian kini bolehlah mencubanya di Komtar.

Kira-kira tiga hingga lima OKU di sana menyediakan perkhidmatan dobi kepada orang ramai.

Salah seorangnya, Chen Soon Mei, 27, berkata, dia berlatih mencuci pakaian dalam beberapa minggu.

Menurutnya, pendorong utamanya untuk berjaya ialah rakan-rakan dan juga ketuanya di Kedai OKU Dobi berkenaan.

“Saya belajar sehingga tamat tingkatan lima dan kemudiannya hanya duduk di rumah sahaja.

“Dengan adannya peluang sebegini, saya mampu mendapatkan wang tambahan untuk diri sendiri selain seronok meluangkan masa memberikan bantuan kepada orang ramai,” katanya kepada Sinar Harian.

Kedai ini diilhamkan Pengerusi Koperasi OKU Pulau Pinang, Saw Hock Eng.

Setelah Universal Holdings Berhad menyerahkan wang bantuan sebanyak RM65,000 buat kanak-kanak cacat, latihan terus diberikan buat OKU yang terdiri daripada kumpulan dewasa.

Pengerusi Projek Kedai OKU Dobi Pulau Pinang, Nutan Shah berkata, kebanyakan OKU dewasa tidak mempunyai pekerjaan setelah pulang daripada pusat latihan masing-masing.

“Mereka hanya balik dan kemudiannya menunggu tibanya hari esok, jadi dengan adanya kedai dobi yang menggunakan tenaga mereka ini, ia pasti dapat mengisi masa lapang serta dalam masa yang sama memberikan mereka wang untuk menyara kehidupan.

“Ia bukan sahaja melatih mereka berhadapan dengan masyarakat, malah dalam masa yang sama melatih supaya mereka tidak bergantung kepada orang lain,” katanya.

Beliau berkata demikian selepas majlis pelancaran Kedai OKU Dobi Pulau Pinang di Komtar, hadir sama Pengarah Kawasan Utara Ambank, Tan Leong Theng dan Ketua Kumpulan Hubungan Awam Ambank, Syed Anuar Syed Ali.

Sementara itu, Syed Anuar berkata, kedai dobi berkenaan adalah yang kedua berada di Malaysia setelah yang pertama seumpamanya wujud di Midvalley, Kuala Lumpur.

Menurutnya, Ambank turut menyerahkan sumbangan sebanyak RM63,000 bagi membangunkan kedai ini.

“Kami yakin OKU juga mampu seperti manusia normal lain dan kerana itulah projek yang mendapat sokongan Ambank ini sudah wujud buat kali keduanya pula,” katanya.

Bagi anda yang mahu menyokong usaha OKU ini, bolehlah melihat sendiri bagaimana mereka menjalankan tanggungjawab seperti orang normal lain di tingkat bawah Komtar.

Kedai OKU Dobi ini mula dibuka jam 10 pagi hingga 5 petang setiap hari kecuali hari Ahad, dan menariknya mereka turut menyediakan cucian tudung manik dengan harga semurah RM4 sekilogram.

Tiada yang MUSTAHIL...

HATI-HATI DENGAN PERTUNANGAN, HATI-HATI DENGAN CINTA SEBELUM KAHWIN

Dr. Tengku Asmadi bin T. Mohamad

Satu perkongsian yang menarik. Sila baca:

Just read it ~ Mula-mula ustaz-ustazah, Kemudian awak-saya, Kemuncaknya abang-ayang / nama sendiri) Ia bukan sekadar panggilan di bibir mungil, tapi akan turun ke hati jadi cair macam jus koktil, kemudian turun lagi bawah memanggil manggil. Sekarang zaman sudah moden. Iblis juga sudah moden. Syaitan sudah tak guna perangkap keluar dating atau pegang tangan, Tapi guna perangkap FB dan balas mesej / calling-calling dengan handset yang skrin luar tulisan Allah tapi dalam 'masyaAllah'. Mungkin alasannya "saya kejut dia subuh saja". Atau "saya selalu bagi nasihat agama pada tunang saya". Alasannya, mesej Islamic, FB Islamic, Handset Islamic, Skype Islamic, Alasan lagi, "sebelum mesej saya siap bagi salam dengan lafaz penuh, ASSALAMUALAIKUM lagi". Heheh, apa nak hairan, syaitan pernah direct bicara dengan Tuhan. Jadi jangan bangga dan rasa selamat dengan topeng islamik tapi penuh polemik. waktu cakap, sebut ukhuwwah islamiah, waktu mesej tulis 'muah muah'. waktu cakap , "apa yang boleh ana bantu?", waktu mesej, I love u. jangan ingat iman dah power, sebab iblis lagi senior. Iblis tak pilih bulu nak menangguk, Orang awam tunduk, Ustaz ustazah pun kemaruk. JADI, HATI-HATI DENGAN PERTUNANGAN, HATI-HATI DENGAN CINTA SEBELUM KAHWIN. p/s : jatuh hati xpe sbb fitrah, tp kena pandai kawal hati agar jgn nafsu yg kawal hati, tp iman yg kawal hati. by : I-Khalifah.com

Maklumat terkini Pusat Rawatan Altenatif Attitude Therapy... tempat Faqihah menjalani rawatan Autisma


Pengamal anda:
Dr Hajjah Aishah ARridza bt Mukhlas

Alamat:
No. 91, Jln raja Musa Mahadi
Taman Hillview
31350 Ipoh Perak

Golongan yang memerlukan: Semua peringkat umur
Jenis penyakit: Segala Penyakit berkaitan Rohani, Aqli, Ihsan, Jasad

Caj perundingan dikenakan: RM10

AK BANK: MBB 108122247767

Lain2 Caj : Harga ubat yang diperlukan + pos percuma

Cara perundingan:
i) email: aishah_arridza@yahoo.com
ii) sms sahaja 016 3315764
iii) temujanji

Maklumat yang diperlukan:

1.NAMA
2.TARIKH LAHIR
3.ALAMAT
4.STATUS
5.BERAT DAN TINGGI
6.MASALAH PENYAKIT
7.RAWATAN YANG SEDANG DI AMBIL

Cara Diagnos:
Diagnos terus jika temujanji atau Diagnos jarak jauh dan maklubalas melalui email atau sms

Teknik memotivasikan anak

"Anak Cemerlang lahir drp ibubapa yg perihatin mengenai aspek kecemerlangan"... kata2 Dr Tengku Asmadi.

Mulai Disember 2011 akan membicarakan perkara2 berkaitan dgn motivasi hasil drp pembacaan yang telah dibuat. Isu pertama yang akan dikemukakan ialah berkaitan dgn Teknik Memotivasikan Anak cara Positif yang telah ditulis oleh Dr Tengku asmadi.

Hasil Seni Faqihah 2011.. melukis dgn komputer
















Keluarga miliki anak autisme berhimpun









KELUARGA yang memiliki anak autisme bergambar pada pertemuan di Keramat, Kuala Lumpur baru-baru ini.

KONGSI PENGALAMAN. Buat julung-julung kalinya, kira-kira 50 ibu bapa kepada anak yang menghidap autisme di sekitar Lembah Klang berkumpul pada satu pertemuan yang diadakan di Keramat, Kuala Lumpur baru-baru ini.

Ketua Autisme Malaysia, Zambri Tembol berkata, pertemuan itu diadakan selepas beliau menubuhkan kumpulan sokongan itu untuk bertukar-tukar maklumat mengenai perkembangan anak masing-masing.

"Pertemuan yang buat pertama kali diadakan ini juga menjadi platform berguna kepada ibu bapa yang mempunyai pengalaman peribadi dan berkongsi sesama mereka," katanya.


Catatan:
Buat julung2 kalinya...KOSMO 31 Oktober 2011...Tahniah Tok Ketua Zamri Tembol!
— with Hidayati Basri, Ju Mustapha, Anuar Abd Hamid, Anis Safraz Bt Ahmad, Zamri Tembol, Hajanizam Jaal, Mohd Aidisukri Ngah, Rozilla Illa, Sarifah Salwa, Azizah Mohamad Aripin, Rozaida Morni, Hasfizal Mukhtar, Marliza Mohamad, Marina Ariff, Syahida Yep and Noor Khatijah Abdul Hardy.

Friday, November 25, 2011

PENGENALAN KEPADA AUTISMA... untuk ibubapa/penjaga yg masih belum mengenali Autisma

WHAT IS AUTISM

Autism (sometimes called “classical autism”) is the most common condition in a group of developmental disorders known as the autism spectrum disorders (ASDs). Autism is characterized by impaired social interaction, problems with verbal and nonverbal communication, and unusual, repetitive, or severely limited activities and interests. Other ASDs include Asperger syndrome, Rett syndrome, childhood disintegrative disorder, and pervasive developmental disorder not otherwise specified (usually referred to as PDD-NOS).

Experts estimate that three to six children out of every 1,000 will have autism. Males are four times more likely to have autism than females.


WHAT ARE SOME COMMON SIGN OF AUTISM?


There are three distinctive behaviors that characterize autism.
Autistic children have difficulties with social interaction, problems with verbal and nonverbal communication, and repetitive behaviors or narrow, obsessive interests.
These behaviors can range in impact from mild to disabling. The hallmark feature of autism is impaired social interaction. Parents are usually the first to notice symptoms of autism in their child. As early as infancy, a baby with autism may be unresponsive to people or focus intently on one item to the exclusion of others for long periods of time.
A child with autism may appear to develop normally and then withdraw and become indifferent to social engagement. Children with autism may fail to respond to their name and often avoid eye contact with other people. They have difficulty interpreting what others are thinking or feeling because they can’t understand social cues, such as tone of voice or facial expressions, and don’t watch other people’s faces for clues about appropriate behavior. They lack
empathy.
Many children with autism engage in repetitive movements such as rocking and twirling, or in self-abusive behavior such as biting or head-banging. They also tend to start speaking later than other children and may refer to themselves by name instead of “I” or “me.”
Children with autism don’t know how to play interactively with other children. Some speak
in a sing-song voice about a narrow range of favorite topics, with little regard for the interests of the person to whom they are speaking.
Many children with autism have a reduced sensitivity to pain, but are abnormally sensitive to sound, touch, or other sensory stimulation. These unusual reactions may contribute to behavioral symptoms such as a resistance to being cuddled or hugged.
Children with autism appear to have a higher than normal risk for certain co-existing conditions, including fragile X syndrome (which causes mental retardation), tuberous sclerosis (in which tumors grow on the brain), epileptic seizures, Tourette syndrome, learning disabilities, and attention deficit disorder.
For reasons that are still unclear, about 20 to 30 percent of children with autism develop epilepsy by the time they reach adulthood. While people with schizophrenia
may show some autistic-like behavior, their symptoms usually do not appear until the late teens or early adulthood. Most people with schizophrenia also have hallucinations and delusions, which are not found in autism.

HOW IS AUTISM DIAGNOSED?

Autism varies widely in its severity and symptoms and may go unrecognized, especially in mildly affected children or when it is masked by more debilitating handicaps. Doctors rely on a core group of behaviors to alert them to the possibility of a diagnosis of autism.
These behaviors are:
impaired ability to make friends with peersimpaired ability to initiate or sustain a conversation with othersabsence or impairment of imaginative and social playstereotyped, repetitive, or unusual use of languagerestricted patterns of interest that are abnormal in intensity or focuspreoccupation with certain objects or subjectsinflexible adherence to specific routines or rituals.
Doctors will often use a questionnaire or other screening instrument to gather information about a child’s development and behavior. Some screening instruments rely solely on parent observations; others rely on a combination of parent and doctor observations. If screening instruments indicate the possibility of autism, doctors will ask for a more comprehensive evaluation.
Autism is a complex disorder. A comprehensive evaluation requires a multidisciplinary team including a psychologist, neurologist, psychiatrist, speech therapist, and other professionals who diagnose children with ASDs. The team members will conduct a thorough neurological assessment and in-depth cognitive and language testing. Because hearing
problems can cause behaviors that could be mistaken for autism, children with delayed speech development should also have their hearing tested. After a thorough evaluation, the team usually meets with parents to explain the results of the evaluation and present the diagnosis.
Children with some symptoms of autism, but not enough to be diagnosed with classical autism, are often diagnosed with PDD-NOS. Children with autistic behaviors but well-developed language skills are often diagnosed with Asperger syndrome. Children who develop normally and then suddenly deteriorate between the ages of 3 to 10 years and show marked autistic behaviors may be diagnosed with childhood disintegrative disorder. Girls with autistic symptoms may be suffering from Rett syndrome, a sex-linked genetic disorder characterized by social withdrawal, regressed language skills, and hand wringing.


WHAT CAUSE AUTISMS


Scientists aren’t certain what causes autism, but it’s likely that both genetics and environment play a role. Researchers have identified a number of genes associated with the disorder. Studies of people with autism have found irregularities in several regions of the brain. Other studies suggest that people with autism have abnormal levels of serotonin or other neurotransmitters in the brain. These abnormalities suggest that autism could result from the disruption of normal brain development early in fetal development caused by defects in genes that control brain growth and that regulate how neurons communicate with each other. While these findings are intriguing, they are preliminary and require further study. The theory that parental practices are responsible for autism has now been disproved.

Source: National Institute of Neurological Disorders and Stroke

Memahami anakku Ayif

Pada orang lain, yang tidak memahami autisma (autism), mereka akan anggap anak lelaki ini tidak waras. Banyak kelakukannya tidak akan dimengertikan mereka di luar sana. Bagi mereka beliau gila.

Ya bahasa gila itu sememangnya kasar, tetapi tidak mengapa kerana mereka tidak memahaminya. Bagi ku biarlah apa orang kata, atau apa sahaja gelaran, dia tetap istimewa.

Mohd EzreeHariefshah, yang lebih dipanggil, Ayif suka bercakap sendiri dengan bahasa yang tidak difahami. Bahasa itu diperlajari dari menonton CD kegemaran seperti kartun dan movie.

Beliau asyik dengan bermain air, boleh bermain wire charger hp berjam-jam lamanya dengan mengeluarkan suara yang kuat, yang kekadang sehingga kedengaran ke rumah jiran.

Ayif juga hanya makan makanan tertentu. Tidak pernah menjamah walaupun sebutir nasi sepanjang usia 10 tahun beliau. Makanannya hanya biskut, keropok, ais krim dan coco crunch.

Walaupun sudah 10 tahun membesarkannya, masih banyak yang perlu dipelajari mengenai diri Ayif. Masih banyak kesabaran yang perlu dipelihara. Masih banyak pengorbanan yang perlu dilakukan.

Memahami Ayif tidak susah, tetapi mengikut rentaknya kekadang amat sukar. Moga Allah membantu kami sekeluarga

Program Motivasi Alihan Pelajar

kak long menghadiri Program Motivasi Alihan pelajar pada 26-27 Nov 2011 di Wisma MAP Gopeng Perak.





Tujuan utama program ini ialah:

1) Menyediakan diri pelajar untuk masuk ke sekolah menengah.
2) Menyediakan diri pelajar bagi menyesuaikan diri dengan kehidupan di asrama (sekiranya mereka mahu ke asrama penuh).
3) Mengisi masa anak-anak selepas UPSR dengan aktiviti menarik.
4) Menjadikan pelajar lebih berkeyakinan dan berdaya saing.

5) Meningkatkan daya kreativiti dan inovasi dalam diri mereka.
6) Meningkatkan daya kepimpinan dan integriti.
7) Membongkar bakat sebenar dan kecenderungan diri

Masalah transit anak autisma

Akmal Azizudin
"Saya ada anak autisme, x ada seorang pun yang sudi jada dia, Ada sesiapa yang boleh tlg saya x, NASOM nak duit aje, cuti sekolah x jaga, payahlah macam ni. Tolong bantu saya."


Hairiah Tea Cha Hai
Saya pernah kata dengan seorang ayah anak Autisma + ADHD bilamana dia tanya apa yg perlu kami lakukan....? sy kata, berdasarkan pengalaman saya, kebanyakkan ibubapa murid kami mengambil keputusan salah seorang perlu berkorban...maksudnya salah seorang berhenti kerja....

Cik Asni
anak Pak Yoep berapa tahun?

Cik Asni
Sedikit perkongsian, InsyaAllah..kita hanya mampu memohon dengan sepenuh hati kita, Allah jua lah yang menentukannya...

Petua Islam Untuk Merawat Autisme
1. Autisme dapat dirawat dengan menggunakan ayat-ayat Al-Quran. Ia dapat dilakukan oleh ayah ataupun ibu si pesakit. Baca surah An-Nas, Al-Falaq dan Al-Ikhlas masing-masing 7 kali, ayat Kursi 1kali dan Al-Fatihah 40 kali.
2. Kemudian tiuplah pada air sambil memohon penyembuhan daripada Allah swt. Gunakan sebahagian daripada air itu sebagai minuman dan sebahagian lagi dicampurkan dengan air mandi pesakit.

Cik Asni
semoga terus tabah dan tidak mudah berputus asa membesarkan anak autisme, anugerah Allah yang tak ternilai harganya..sebaliknya tersimpan banyak hikmah yang kita sendiri tak tahu.. may Allah bless..Ameen

Suzi Azilah
betul pak yoep...itulah fenomena ibu yg berkerjaya....

Nurasma Nawawi
Dulu time keje,saya tinggalkan anak sy dgn seorg kakak.Dia memang jaga budak.Memang baik.Dia yg kat saya,anak saya tak berckp ni,bawa jumpa doktor.Dia jg anak saya mcm dia jg anak sendiri.Susah nak cari pengasuh mcm tu.Sampai sekarang call lg tanya izzan.

Haidatul Azila
Klu dekat leh anto rumah sayerr...cuti2 sekoloh ni....sayer ade ank murid autisme....cuti2 susah juge kan ibu bapa tetap keje yg bukan guru

Thursday, November 24, 2011

Dugaan diuji Tuhan

Rusmahwati Mohd Noor

Aslkm wbt,saya rusmawati mohd noor ingin berkongsi sedikit pengalaman kpd rakan2 di kelab anak autisme ini.saya ada seorg anak lelaki sekarang berumur13 tahun.namanya muhammad aiman abd rahman.waktu aiman dilahirkan beliau seorg anak yg normal.malah beratnya 5.25kg masih menjadi the biggest baby ...lahir di hospital azzahrah.tetapi saya mula sedar aiman berbeza dgn adikberadiknya kerana anak istim...ewa inii yg jelas dia ada masalah dlm eye contact.itu symton pertama.bila kita renung matanya dia tak boleh fokus.saya bawa jumpa dr hospital sjmc subang jaya dan waktu itu umur aiman 4 tahun...dan aiman tak tahu nak pakai baju,tak kenal banyak benda...yg saya pasti aiman sgt suka tgk tv disney channel dan kehidupannya adalah tv sahaja.waktu itu saya diuji tuhan...saya mempynyai masalah kesihatan yg serius dgn belbagai penyakit hingga menyebabkan saya dihospitalised dan tak dapat menjaga aiman.Pada tahun 2003 saya kembali sihat dan waktu itulah saya mula memberi perhatian kpd aiman.yg pertama saya lakukan saya membuat solat hajat...saya ajar aiman perlahan2 ,saya juga jumpa para ustaz utk minta doa.mula2 dulu aiman masuk ke kelas normal dan disitulah saya tau bahawa aiman ada mempunyai masalah.lalu saya pindahkan ke sekolah khas.bila saya bergaul dgn anak2 istimewa barulah saya sedar bahawa saya tidak keseorangan didunia ini.ada ramai lagi insan yg Allah pilih dgn ujian ini.melihat berbagai katagori anak khas,saya bersyukur dgn keadaan aiman.ada insan yg lebih serius keadaannya.yg penting nasihat saya pada ibubapa KAA jgn berputus asa dgn rahmat Allah.kita jgn lihat kekurangan dlm diri anak kita.tapi lihatlah kelebihan mereka.sebagaiman kita mendidik anak normal sama juga dgn mereka .malah kita lebihkan mereka drpd anak2 yg lain kerana kita hendak buat yg terbaik.paling penting kesabaran anda harus optima sbb anak khas mempunyai jiwa yg sensitif

Sessi toilet trained

Anis Safraz Bt Ahmad
“Sessi toilet trained wadi bermula.go mama go!haha”


Mie Ahmad
Pengalaman dgn Hadif, akak ambk kerusi duduk dpn tandas. Mula2 15 min sekali ulangke tandas pas tu 30 minit, sejam seterusnya smpi dia dh pandai sendiri. Bila berjaya....bangganya....

Anis Safraz Bt Ahmad
Probnya kak dia yg boring asyik ulang-alik ke tandas.

Pak Yoep
Faqihah jg menghadapi masalah yg sama... kencing tau ke tandas tp buang air besar amat bermasalah... kdg2 terbabas dlm sluar... kisah 6 tahun yg lepas. Insya-Allah..Boleh..kena sabar train dia je...

Rozilla Illa
sama la kita....tengah train si adam gak sekarang...kencing ok...hok air besar tuh yg payah...tapi teruskan usaha...chaiyooo chaiyooo

Irna Idrus
samala sampai skang iman xnak g toilet nak berak.kencing tau lak g toilt.. sanggup dia tahan tapi last2 kene berak juga. bila dah selesai cpt suruh basuh sebab geli ngn khazanah sendiri.. erm... mcmana la kat sekolah tahun depan...

Rozilla Illa
aha kan...pandai plak dia geli...adam sama gak...

Irna Idrus ‎
Rozilla Illa.. itula pasal.. nak x nak die kene cebok sendiri.. ni tgh mencari formula la ni...

Syahirah Omar
Sekarang kat playschool Lana cikgu pon dah start. Toilet train dia:) tp sy tunjuk the potty book app kat iPad Lana lama2 dgn sendiri tahu nak poo2 gi kat potty tu.Cuma dia prob nak pee2.dia igt untuk poo2 je kat situ

Ju Mustapha
Wadi bolehhhh.....

Maslina Samidi
salam..hari ni last pampers irfan.dah 3 hari remind die yg pampers habis dan ummi x kan beli lg.kalu nak pee/poo2 kene p toilet.1st time remind..dia nak lari dari rumah..merajuk..hehe..ada pampers spare tp sorok selagi x sorok dia akn amik pampers dan minta pakai.harap2 cara ni membantu walaupun tiap kali remind dia buat x tau je...

Nurasma Nawawi
Mungkin dia org tgk poo tu kotor kot...ingat dulu izzan first time toilet trained buang air besar,bila keluar je sisa buangan terus dia ckp eeeiii...yek2...sampai sekarang dia geli.Keluar je bhn buangan terus simbah,tak mau tgk.Cuci tempat yg keluar guna 1 jari je,pastu cepat2 flush.Keluar tandas terus cuci tangan.Tak tahannya dia cium jari dia takut ada bau.Dulu2 pun tak mau cuci juga.

Maslina Samidi
Saya tak bejaya train irfan.sejam menangis mintak pampers,sejam tunggu die buang air..ya allah..mudahkanlah..

Noradilah Abdullah
saya masih fail dengan poopoo dzariff. dah siap bukak seluar, dah siap masuk bilik air tapi nak jugak pakai spender... apala ini budak. bila nak wash, dia siap boleh tgk poopoo kat spender kata eeeyaaaakk.. tahu geli...geram betul mamat ni

Irna Idrus
heheh mcm2 gelagat parents dealing with this matter... mmg streess tapi nak tergelak pun ade... SEMOGA SEMUA USAHA KITA DIPANDANG MULIA DI SISI ALLAH.. :)

Nurasma Nawawi
Kena byk sabar kalau nak toilet trained poo.Anak saya dulu menangis juga tp saya memang langsung tak beli pampes utk trained diri saya juga.Dekat seminggu anak saya tak poo tp saya sabar juga.Memanglah sedih tp kalau tak trained dia org lg sedih.Bila dia dah berjaya poo,memang dia tak nak pakai pampes.Tp sampai sekarang dia geli tgk bhn buangan sendiri.Nak ajar basuh poo pun 1 hal sbb dia geli.


Anis Safraz Bt Ahmad
Wadi terbalik.utk poo dah lama toilet trained.dia geli nak poo dlm pampers.siap buka seluar n pampers sdiri n straight pegi toilet utk poo.bsh blm pdai.main air bolehlah.now train utk pee je.mmg mencabar kesabaran mama yg x sbr ni.now bwk gi toilet every 15 minutes.sampai dia refuse.siap kena usung gi toilet.

Ery Kumagai
My son utk daytime dah lulus. Tp ambik masa dan sgt2 menguji kesabaran. Skrg nk kn train utk malam plk. Masalahnya maknya yg x disiplin nk bgn bwk dia ke toilet, anaknya mmg bgn malam2 pun. Lately bila dia bgn pkl tgh2 malam dia akan kejutkan saya suruh bukak diaper, pastu gi toilet and tak nak pakai. Actually dia sendiri dah x selesa ngan diaper

Maslina Samidi
Agak2 sampai umur berapa diaorg akan rasa x selesa pakai pampers?

Bonda Mirza
syabil pulak..siang dah boleh x pakai pampers tapi kadang kadang terkucil jugak nak2 time dia kusyuk depan komputer..tapi kalau keluar dah boleh tanpa pamper juga dis ekolah..cuma bila urusan'besar'tu dia kelam kabut pkai sendiri pampers...masih fail bab tu..malam pun pernah cuba tapi x lulus lagik..akan terus mencuba..harap2 ada akan luluslah..

Ery Kumagai
Maslina, anak sy 6 tahun. Nmpk dia x selesa pakai diaper. Diaper size xxl, tu pun muat2 je ;)

Haslinda Murni
Sani go anis go! :-) insyaallah berjaya...janji consistent

Norafizah Anuar
hehehe dhia still pakai pampers. harap2 lepas habis jaga spm dpt memulakan operasi.

Zeera Yatt
mcm anak saya,1st ajar utk poopoo n peepee ni mmg susah la...ari2 tukar cadar,ari2 jemur basuh bantal.memula setiap 10min bawa g toilet smpi saya penat anak penat jd stress.last2 saya try setengah jam sekali,pon x jln.pastu tengok klu agak2 nak terkucil tu br saya heret die..mmg die asyik terlepas ajelah depan tv atas katil,depan lappy ni ha...ahahahaa tp kite jgn marah.just puji sebab die dh dpt peepee tanpa pampers.lama2 die pndi nnti ejas pundi die..gd luck ye mama2

Jenis-jenis Penyakit yang boleh dirawat di Attitude Therapy



















"Ekoran drp carian yg menggalakkan tentang maklumat di atas sepjg 2009-2011, maka saya postkan kembali maklumat ini.. tuan/puan boleh juga mendapatkan maklumat lanjut drp Pengamal Pusat Rawatan tsbt melalui maklumat yg disertakan dlm laman blog ini (SEBELAH KIRI).

@ Hubungi
Prof. Dr. Ariffaizal Bin Mohd Nor Ariffin
Pusat Rawatan Atttitude Therapy
No 91 Jalan Raja Musa Mahadi, Taman Hillview,
31350 Ipoh, Perak

Tel / SMS: 016-3315761

Anakku Autisma, Faqihah, telah menjalani rawatan di sini sejak 2004 hingga kini. Selain drp rawatan autisma, Pusat rawatan tsbt juga boleh merawat penyakit2 yg dinyatakan di bawah
"

Alam ini hanya terbina daripada 99 unsur yang membentuk jisim. Segala unsur ini turut terdapat dalam tubuh manusia. Unsur yang bertenaga akan mensenyawakan sel untuk memastikan sel terus hidup dan berfungsi. Kegagalan sesuatu unsur untuk mensenyawakan sel akan menyebabkan kegagalan fungsi atau sistem dalam tubuh hingga wujud kepincangan yang menyebabkan penyakit.

Formula CL bertujuan mempertanagakan sel melalui DNA dan RNA manakala Formula 99 bertujuan mempertenagakan enzim atau hormon atau nutrien dalam tubuh. Sel yang sihat mengambil tempoh masa yang lama untuk menghasilkan enzim atau hormon atau keupayaan sel untuk menyerap sesuatu nutrien. Dengan adanya ikhtiar daripada Formula 99, masalah ini dapat diatasi dan tempoh masa pemulihan dapat disingkatkan berkali-kali ganda.

Berikut ialah keterangan tuntutan bagi setiap Formula 99 bagi tujuan menghilangkan simptom atau penyakit tertentu. Terdapat 99 formula kesemuanya untuk kumpulan simptom yang berasingan. Sila skrol ke bawah untuk rujukan simptom dengan keupayaan sesuatu formula yang merawatnya.

Formula Nama Penyakit Perincian Penyakit

H 1 Asma / Lelah
Asthma / Dyspnea Keadaan mengah, semput, kesukaran menghembus nafas atau sukar bernafas denganbaik, nafas penek serta batuk yang kerap.

He 2 Sakit tulang dan sendi
Bone and Joint Sickness Rasa sakit pada mana-mana bahagian tulang dan sendi

Li 3 Insomnia Masalah tidur sama ada sukar untuk tidur atau tidur yang tidak merehatkan. Keadaan cepat “tua”, murung, suka menyendiri, letih dan lesu biarpun telah menjalani tidur yang lama selain mudah terjaga berulang kali.

Be 4 Tekanan jiwa
Depression Keadaan diri atau jiwa yang tertekan, kesedihan dan kepiluan yang keterlaluan akibat pelbagai punca atau masalah.

B 5 Kegayatan / Kepeningan
Dizziness Pening kepala yang disebabkan oleh penyakit pada telinga dalam atau makanisma keseimbangan otak

C 6 Berhenti merokok
Stop smoking Formulaini bagi membatu mereka yang ingin berhenti merokok

N 7 Ketagihan arak / alkohol
Alcoholic Formula bagi mengurangkan seterusnya menghilangkan ketagihan alkohol atau minuman keras

O 8 Pertolongan cemas
Emergency first Aid Untuk menyelamatkan nyawa.
Mengcegah kesan kecederaan menjadi lebih teruk.
Memastikan pesakit masih bernafas ketika dibawa untuk rawatan lain.
Mengurangkan rasa cemas pada pesakit.
Musibah membawa kepada panik yang mendatangkan kesan trauma.

F 9 Keracunan darah
Blood Poisoning Warna merah jambu beralun atau jalur merah di bawah lapisan kulit.
Demam kuat secara tiba-tiba.
Kesakitan dan bengkak pada kelenjar limpatik.

Ne 10 Penyakit pembuluh darah dan limfatik
Lumphatic and vein aliments Penyakit berkaitan darah yang dikesan pada bahagian pembuluh darah dan sistem limfatik. Antara gejalanya ialah rasa bisa pada sendi-sendi, kebas hujung jari dan tekanan darah yang tidak stabil.

Na 11 Paralisis / kelumpuhan
Paralysis / Disabilities Hilang keupayaan untuk bergerak atau ketiadaan deria rasa. Lazimnya kecederaan pada sistem saraf atau kesan kecederaan pada neuron motor bawah yang disebabkan oleh kemalangan

Mg 12 Gusi bengkak / bisul
Gumboils Keradangan, kebengkakan atau kesakitan bahagian gusi dan dasar gigi yang menjadi reput atau rosak

A 13 Antigen / Antivenom Formula yang boleh merangsang pembentukan antibodi untuk rawatan jangkitan bakteria dan khusus untuk bertindakbalas meneutralkan toksin atau racun (sebagai antitoksin).
Penawar yang berkesan dalam kes patukan ular atau sengatan haiwan berbisa.
Rawatan alternatif untuk meneutalkan sengatan obor-obor irukandji

Si 14 Keracunan makanan
Food Poisoning Muntah-muntah,cirit birit, kejang bahagian abdomen dan gelaja demam
Formula Sistem Detoksifikasi Antioksidan
Dapat meneutralkan toksik serius dalam tubuh. Meningkatkan kadar metabolisma kimia mengubah kalori. Menyingkirkan radikal bebas yangmampu mengubah struktur DNA dan program Kod Genatik.
Banyak penyakit yang dikaitkan dengan jumlah radikal bebas yangberlebihan dalam tubuh.
Formula ini dapat meningkatkan reaksi tubuh memproduksi enzim antioksidan spesifik

P 15 Ruam
Rash Keadaan kulit yang bertompok kemerahan dan melecur serta terasa panas

S 16 Hiperaktif
Hyperactive Keadaan kanak-kanak yang terlalu aktif dan sukar dikawal

Cl 17 Perjalanan jauh
Jet Lag PH / Untuk lenguh badan dan keletihan selepas perjalanan yang jauh

Ar 18 Keadaan Alahan (Cahaya Matahari)
Allergic State (sunlight) Pesakit yang alah pada protein luar tertentu yang akan menghasilkan tindak balas tertentu seperti ruam atau bintik-bintik pada kulit muka, mata dan telinga pada bayi yang menyusui susu ibu. Sesetengah protein diperolehi daripada susu lembu, telur dan debunga atau dalam diet seharian

K 19 Kencing manis
Diabetes Rasa lapar dan dahaga yang kerap dan meningkat.
Kerap kencing dan masalah kencing malam secara tiba-tiba.
Jumlah kencing yang lebih banyak daripada kebiasaan.
Hilang berat badan dan rasa kepenatan.
Keadaan mengalami keradangan.
Pernafasan sebelah dalam yang panas.
Berlaku keadaan tidak sedar diri.

Ca 20 Radang sendi
Arthritis Bengkak bahagian sendi, kesukaran menggerakkan sendi atau terasa kaku.
Kesakitan dan kepedihan pada sendi.
Sendi terasa panas.

Sc 21 Demam campak
Measles Keadaan demam yang disertai batuk, mata kemerahan, hidung berair dan ruam padakulit.

Ti 22 Pergerakan menyakitkan
Motion sickness Pergerakan tubuh yang menghasilkan rasa loya, muntah-muntah, kulit pucat kehijauan, peluh berlebihan disertai rasa kebimbangan yang tidak menentu

V 23 Anti-kekejangan
Antipasmodic Formula yang melegakan sebarang bentuk kekejangan mana-mana anggota tubuh

Cr 24 Sawan
Convulsion Demam yang disertai keadaan tidak sedarkan diri.
Berlaku kekejangan otot.
Nafas pendek dan tersekat-sekat.
Kulit menjadi kebiruan.
Hilang kawalan bahagian pundi atau perut

Mn 25 Sakit kepala
Headanche Kepala terasa sakit, pedih dan berdenyut pada mana-mana bahagian.

Fe 26 Anemia (kekurangan sel darah merah)
Anaemia Kepucatan lapisan kuku.
Kepucatan bahagian dalam kelopak mata.
Kepucatan lapisan di dalam mulut.
Keadaan mudah letih, nafas pendek dan denyutan nadi yang pantas.

Co 27 Pendedahan haba / strok haba / typerthermia
Heat Exposure / Heat stroke PH / Untuk mengatasi masalah tubuh yang terdedah kepada cuaca panas atau haba secara berlebihan.
Suhu badan meningkat tinggi diakibatkan oleh kegagalan mekanisma pengawalan suhu badan disebabkan oleh cuaca yang terlalu panas.
(Sesuai untuk musim haji yang bercuaca panas)

Ni 28 Batuk
Cough Batuk adalah gejala tersendiri bagi penyakit atau keradangan

Cu 29 Terkehel / terseliuh
Sprains Terkehel, terseliuh, salah urat atau tergeliat, rasa sakit dan pedih pada bahagian yang tekehel.
Berlaku kebengkakan dan kekejangan selain pendarahan dalaman.
Kesan daripada kecacatan anggota.
Kegagalan fungsi sendi.

Zn 30 Angin pasang / burut
Hernia Keadaan bengkak dan menonjol pada bahagian celah atas atau bawah pangkal peha, bahagian atas atau di bahagian pusat.

Ga 31 Kencing malam
Bedwetting Kerap terkencing ketika tidur selepas berumur 5 tahun

Ge 32 Alahan mata
Eye Allergies Keadaan mata yang kemerahan, gatal dan berair.
Bengkak bahagian mata putih.
Kelopak mata bengkak dan merah.
Kulit bahagian kelopak mata menjadi kasar dan bersisik.
Bengkak dan kebiruan bahagian bawah mata

As 33 Badan berbau
Body Odour Badan yang berbau busuk atau kurang menyenangkan biasanya disebabkan peluh termasuk bau dari celak ketiak

Se 34 Tenaga tambahan (umur 50an)
Extra Strong
(Age 50’s) Formula tenaga tambahan bagi sebarang keadaan mereka yang berumur 50an

Br 35 Penyakit organ hati
Hepatitis Hilang selera makan, terasa loya dan muntah-muntah. Kesakitan abdomen tubuh sebelah atas.
Penyakit kuning, bahagian kulit, mata putih; urin berwarna gelap manakala najis berwarna cerah.
Demam, sakit kepala dan rasa tidak selesa.

Kr 36 Melecur
Burns Kulit yang terasa sakit, pedih berwarna kemerahan, melepuh, mengelembung, kesan melecur dan kehitaman.
Keadaan kulit yang kering keputihan.

Rb 37 Gangrene Formula anti gangrene. Tanda-tanda kejutan (shock) secara tiba-tiba yang begitu traumatik menjadi punca yang paling popular.
Nekrosis yang teruk pada tisu kesan pengurangan bekalan darah kebahagian hujung jari. Bahagian yang menjadi kering dan terjadi kesan mummifikasi. Sebab yang paling lazim adalah kesan pengambilan ubat antibiotik atau faktor usia tua.

Sr 38 Putus haid
Menopouse Kesan-kesan yang biasa dialami seperti perubatan aktiviti tubuh badan ketika hampir menopos. Berlaku gangguan emosi seperti cemburu, cepat marah, melulu dan sebagainya

Y 39 Penyakit kerap dan berulang
Frequent Ilness Keadaan serangan penyakit yang sama dan kerap.
Penyakit minor dan berbeza yang kerap.
Komplikasi penyakit minor yang kerap.
Penyakit major yang kerap.
Kebanyakkan kes disebabkan oleh gangguan persekitaran atau penyakit keturunan.

Zr 40 Sembelit
Constipation Keadaan sukar membuang air besar, najis yang kering dan keras, saisnya lebih besar daripada biasa.
Rasa sakit ketika menggerakkan perut, kekejangan bahagian abdomen dan hilang selera makan.
Najis yang berdarah.

Nb 41 Gonorea
Gonorrhoea Penyakit kelamin. Sejenis keradangan akut, selalunya bermula di serviks atau uretra dan disebabkan oleh gonokokus.
Simptom utama adalah discaj (pengeluaran) yang banyak, sakit ketika buang air kecil. Formula penisilin.

Mo 42 Jangkitan salur kencing
Urinary tract infection Rasa kesakitan ketika pencing, kekerapan kencing yang tinggi, air kencing meleleh / tak tus, kesukaran mengawal kencing.
Air kencing tidak normal, terkencing ketika tidur, kesan kemerahan pada alat kelamin.
Demam, kesakitan bahagian belakang dan anggota badan, cirit-birit yang kronik atau muntah-muntah.

Tc 43 Sejarah emosi trauma
Emotional trauma Keadaan disebabkan oleh frustration (kekecewaan mendalam), sesuatu bentuk ingatan sejarah silam yang membawa kemurungan atau tidak keruan akibat kemalangan, gangguan berat dalam hidup dan sebagainya.

Ru 44 Gugup
Nervous Masalah gugup atau menggelabah yang disebabkan oleh keyakinan diri yang rendah, berdebar-debar atau terlalu merendah diri sehingga sukar mengawal diri, percakapan dan komunikasi.

Rh 45 Kelemumur
Dandruff Rasa kegatalan pada kulit kepala.
Kelemumur / kulit kepala yang kering dan gugur dari kepala.

Pd 46 Kegatalan kulit
Hives Keadaankulit yang berbintat dengan jalur kemerahan dan terasa gatal / miang.
Keadaan kulit yang mengalami perubahan dengan cepat.

Ag 47 Batu karang (hempedu dan buah pinggang)
Calculas Berlaku kesakitan yang teruk pada bahagian belakang semasa menundukkan badan atau ketika mengangkat benda berat. Rasa tidak selesa dan tidak puas semasa membuang air kecil. Air kencing kotor dan berwarna keperangan. Tanda-tanda boleh menyebabkan berlakunya penyakit jaundis.

Cd 48 Keguguran rambut
Hair loss Masalah keguguran rambut. Formula yang membantu mencegah dan mengatasi masalah ini

In 49 Bengkak saluran pernafasan
Bronchitis Keadaaan batuk kering (TB), batuk kokol, rasa kesakitan dan tersekat pada bahagian tengah dada yang disertai demam.
Tubuh terasa lemah dan kurang selesa serta hilang selera makan.

Sn 50 Sakit jantung
Cardiovascular Rasa kesakitan di bahagian jantung atau dada sebelah kiri, berpeluh tanpa aktiviti berat, loya dan kesukaran untuk bernafas.

Sb 51 Ketagihan
Addiction Tahap fizikal atau mental seseorang yang terlalu bergantung kepada dadah dan untuk narkotik. Rasa rindu pada bahan tersebut. Kekuatan spirit / daya tahan yang lemah.

Te 52 Sakit perut / kembung
Colic Kejang bahagian perut atau sistem penghadaman.
Menangis dalam tempoh masa yang lama (kanak-kanak)

I 53 Beguk
Goitre Bengkak di bahagian leher

Xe 54 Ketula payudara
Breast Lump Ketulan di payu dara sama ada benign (tumor) atau melignant

Cs 55 Muntah-muntah
Vomitting Kesan tolakan kuat isi perut keluar melalui mulut

Ba 56 Konjungtivitis / penyakit selaput mata
Conjunctivitis Kemerahan bahagian mata putih (kerana kekurangan vitamain A)
Nanah kuning pada mata
Kelopak mata bengkak dan kemerahan.
Mata terasa panas dan terbakar

La 57 G6PD Masalah kekurangan enzim G6PD yang telah disahkan, selain berlaku gejala seperti kencing berdarah, sakit belakang dan pitam atau demam kuning yang berlarutan bagi bayi.

Ce 58 Muntah darah
Haematemesis Muntah berdarah dari sistem gastrosis atau pada paru-paru yang lazimnya dikenali dalam penyakit tradisional iaitu santau. Darah yang biasanya berwarna merah gelap tidak bersih dengan campuran bahan-bahan asing yang dikenali beracun atau tajam dan melukakan ataupun benda-benda berbisa yang biasanya tidak dapat dijelaskan puncanya secara sains logik melainkan ia disebut makanan bersifat asidik dan separa hadam. Atau sebab-sebab lain disebut sebagai ulser dan pertumbuhan di dalam gaster dan duodenum.

Pr 59 Lemah jantung
Heart Failure Keadaan cepat mengalami kepenatan terasa sesak nafas dandegupan jantung yang luar biasa. Formula untuk mengatasi masalah fungsi jantung

Nd 60 Pitam
Fainting Keadaan kepala yang terasa ringan, gayat, pandangan kabur dan mata menjadi kuyu.
Kulit lembab dan terasa sejuk dengan warna pucat kehijauan.
Hilang kesedaran, tetapi pulih sepenuhnya dengan cepat.

Pm 61 Kecederaan lama
Old wounds Kesan kecederaan teruk yang membawa ke tahap hilang kesedaran dan akhirnya memberi kesan kekejangan, kebas atau kesakitan secara perlahan-lahandan berterusan dalam jangka panjang, yang mana sebab-sebab atau puncatidak dapat dikesan melalui pemeriksaan darah atau kaedah lain

Sm 62 Anaesthesia Ketidakhadiran deria dan berlaku rasa kesakitan, basal a (Anastasia Asas) dan tidak peka kepada perubahan suhu yang boleh menyebabkan hilang kesedaran diri atau tertutupnya minda. Kehilangan deria rasa pada hujung jari. Kemungkinan berlaku selepas pembedahan akibat ubat suntikan pelalian kedalam saraf spina atau terkena kejutan elektrik. Lumpuh separuh badan (Formula anti-lumpuh)

Eu 63 Iminisasi (bayi / selsema burung)
Immunization (baby / bird flu)

[Formula jarah jauh / broadcasting]
Merujuk kepada proses meingkatkan tahap pengimunan dengan cara semulajadi yang bukan buatan (sintetik). Tidak melibatkan vaksin dan perlindungan sepanjang hayat untuk semua mekanisma pertahanan tubuh. Penentang jangkitan melalui antibodi yang dapat bergabung dengan antigen dan memusnahkan pencerobohan organisma asing (Infectious diseases). Kawalan daripada penyakit berjangkit yang boleh menular melalui udara dan air dari individu ke individu yang lain.

Gd 64 Alahan pemakanan
Food allegies Berlaku kekejangan bahagian abdomen, muntah-muntah, cirit-birit dan najis berdarah. Kulit berkuping / terdapat cairan dan ruam. Berlaku keadaan lelah dan hidung berair.

Tb 65 Kencing tak puas
Urinary Disorders Masalah kencing yang tidak lawas atau rasa tidak puas

Dy 66 Nyanyuk
Amnesia Masalah kehilangan daya ingatan. Anterograde a (anterograde amnesia).
Kehilangan daya ingatan dalam mengingati peristiwa lalu atau sesuatu yang dilalui semasa kemalangan atau selepas koma atau kalangan mereka yang tua dan terlalu uzur

Ho 67 Pengurangan kolestrol
Cholestrol reduction Bagi mengimbangi kadar kolestrol yang berlebihan dan tidak terkawal di dalam darah

Er 68 Penyakit hidung / resdung
Sinusitis Lendir pekat dan kekuningan keluar daripada hidung, hidung terasa sakit danterasa sesak.
Berlaku demam disertai rasa sakit kepada dan batuk-batuk.
Kelopak mata bengkak dan merah.

Tm 69 Kebengkakan / lebam
Bruises Bengkak mana-mana anggota badan dengan warna kulit bertukar kepada hitam, biru,ungu, merah, kuning atau hijau.

Yb 70 Telessemia Penyakit berkaitan sel darah merah dalam kumpulan penyakit anemia. Kebiasaannya berlaku kepada kanak-kanak dengan tanda-tanda seperti kelesuan, pucat bahagian bibir, lidah, tangan dan kaki, sesak nafas, hilang selera makan sehingga kepada bengkak bahagian abdomen. Juga tanda seperti kecacatan tulang (muka menjadi mongoloid)

Lu 71 Cuci darah
Haematin / haematenic (Dialysis) Formula perangsang pigmen pada hemoglobin yang mengandungi zat besi.
Bahan yang berkaitan dengan zat besi bagi menambah jumlah hemoglobin dalam darah dan sesuai untuk prinsip dialisis yang memberi kadarpenyerapan dan penyimpanan zat besi yang berlebihan dan tidak digunakan atau tidak dapat dikumuh dalam urea. Juga dapat mencairkan semula kepekatan darah yang tidak seimbang

Hf 72 Pendedahan pada cahaya UV
UV light exposed affection Penyegar bagi kulit yang cepat hitam akibat terdedah kepada cahaya matahari

Ta 73 Penyakit kulit ekzema
(Eczema) Penyakit kulit yang berkuping dan terdapat cairan disertai ruam kemerahan.
Kulit menjadi kering dan bersisik serta terasa gatal

W 74 Penyakit psikiatri / kegaglan afektif
Psychiatry illnesses / affective disorders
Penyakit berkaitan psikology. Suatu kumpulan penyakit psikiatri yang secara dasarnya disebabkan oleh reaksi terhadap tekanan dalaman atau luaran. Ini termasuklah kebimbangan, kesedihan, mania halusinasi, meracau yangbiasanya dianggap sebagai tidak siuman atau gangguan jiwa selain disebabkan oleh tekanan fikiran.
Neurosis, gangguan fungsi mental dan emosi yang mudah terganggu, boleh membawa ke tahap histeria dan cemas (anxiety statates).
Kegagalan mengawal keseimbangan (anxiety) dan tingkah laku. Akan hilang pegangan pada realiti.
Perasaan memaksa diri melakukan sesuatu yang tidak munasabah.

Re 75 Tambah tenaga
Energy plus Formula penambah tenaga untuk aktiviti harian. Mengatasi masalah keletihan dan kecemasan yang banyak dikawal oleh kelenjar adrenal

Os 76 Patah tulang
Broken bone Patah bahagian tulang anggota badan akibat kemalangan, kerapuhan tulang atau lain-lain punca.

Ir 77 Kebas
Numbness Masalah kebas, kehilangan deria rasa pada mana-mana bahagian tubuh terutama jari.

Pt 78 Tenaga tambahan (usia 40an)
Estra strong
(age 40’s) Formula tenaga tambahan bagi sebarang keadaan lemah atau kurang bertenaga untuk mereka yang berumur 40an

Au 79 Sakit belakang
Backache Rasa kesakitan bahagian belakang badan, pedih bahagian otot selain rasa kekakuan

Hg 80 Pendarahan
Haemotasis
Formula yang dapat menghentikan pendarahan dengan cara pembekuan darah fisiologikal dan pengecutan pembuluh darah yang tercedera.
Formula kecemasan ini perlu dibawa khususnya dalam perjalanan untukpelbagai prosedur rawatan kecemasan bagi menghentikan pendarahan.
Juga sesuai bagi masalah buasir akibat vena-vena yang membengkak pada rektum

T 81 Kebengkakan tekak / tongsil
Tonsilitis Kerongkong terasa perit dan kemerahan, berlaku keradangan di tekak dengan tompok merah disertai demam

Pb82 Kebengkakan kelenjar
Swollen glands Kebengkakan dan kesakitan bahagian kelenjar limfatik (tanda penyakit) serta bahagian kulit disertai warna kemerahan yang luar biasa (tanda kelenjar dijangkiti)

Bi 83 Kawalan kencing
Urinary control Kesukaran mengawal kencing bagi orang dewasa / tua.

Po 84 Cirit-birit
Diarrhoea Keadaan pembuangan najis yang tidak normal, kerap berlaku dan najis yang cair.

At 85 Demam kuning
Jaundice Kulit dan bahagian mata putih berwarna kekuningan disertai dengan demam atau dipanggil jaundis

Rn 86 Sista
Ganglion / Cyst Organ atau bahagian tubuh terdapat risa, ketulan atau rongga yang mengandungi air atau lemak berlebihan. Kebanyakkan berlaku pada pergelangan tangan.

Fr 87 Sakit dada
Chest pain Terasa sakit mana-mana bahagian dada

Ra 88 Sembab / bengkak air
Swelling Bahagian muka atau anggota badan yang sembab / berlaku bengkak air

Ac 89 Pertumbuhan gigi (kanak-kanak)
Testhing (children) Air liur meleleh, kerungsingan, sukar tidur, hilang selera makan, rasa kesakitan dan tidak selesa. Mengulum jari atau objek

Th 90 Demam denggi
Dengue Kesan-kesan yang dialami mengesahkan tubuh telah dijangkiti demam denggi
Formula pencegahan dan pengubatan
Hilang selera makan, makanan terasa pahit
Sakit kepala

Pa 91 Sakit telinga
Earache Rasa sakit di bahagian dalam telinga disertai dengan demam. Hidung sesak dan berhingus. Berlaku masalah pendengaran

U 92 Kencing kotor
Dirty urine Formula untuk mengatasi kencing yang kotor dan berbau busuk

Np 93 Berat berlebihan
(pembakar lemak)
Obesity
(fat burner)
Masalah berat badan dengan lemak yang berlebihan pada mana-mana bahagian tubuh. Formula ini membatu mengatasi berat badan berlebihan

Pu 94 Cacar air / demam cengkering
Chicken pox
Keadaan kulit yang terdapat ruam dan melepuh
Demam dan berlaku gejala kesejukan

Am 95 Kecacingan
Parasitic Terutama kalangan kanak-kanak yang menghadapi gejala yang didiagnos sebagai kekurangan vitamin disebabkan oleh serangan cacing. Keadaan muka yangpucat, dengan mata dan bibir kekurangan darah. Tanda paling mudah ialah perut yang buncit.

Cm 96 Bisul / Abses
Abscess Kumpulan nanah dalam rongga yang disebabkan oleh keradangan.
Abses pada gusi/ rongga gigi
Abses buntu, tiada mata atau permukaan luaran
Abses yang terjadi akibat kesan tinggalan / ulangan atau keradangan yang lama atau pada sekitar jahitan

Bk 97 Ketidksuburan (wanita)
Impotency (female)
Formula bagi membatu wanita yang tidak berzuriat

Cf 98 Ketidaksuburan (lelaki)
Impotency (male)
Formula bagi membatu lelaki yang tidak berzuriat

Es 99 Formula kesejahteraan
Nazak / koma / menjelang saat akhir kehidupan
Coma / near end of life

[Alternative for cardioversion]
Formula yang berguna untuk mereka yang sedang nazak atau koma supaya mendapat ketenangan menjelan saat akhir kehidupan hayat. Atau (jika ditakdirkan umur masih panjang) formula ini sebagai kejutan jantung (alternatif kepada perentak renjatan elektrik atau kardioversi) untuk memberi kekuatan sedar semula atau kemampuan untuk bangun dengan lebih cepat

Semoga anda bergembira dengan maklumat yang diberikan. Sekiranya anda ada sebarang pertanyaan atau untuk mendapatkan khidmat rawatan Atitude Therapy untuk merawat sebarang jenis penyakit termasuk yang kronik, kritikal atau yang dianggap tiada harapan untuk sembuh yang merangkumi peringkat spiritual, mental, emosi dan fizikal, sila hubungi Dr Arif Faizal dan Dr Aishah . Insya Allah kita ikhtiar dengan sedaya upaya.