Monday, November 28, 2011

Mengenali Kanak2 Autisma 1



"Amin yang berusia 3 1/2 tahun dibawa ke klinik saya kerana dikatakan tidak mahu bergaul dengan kanak-kanak lain dan tidak tahu mengunakan bahasa. Menurut ibunya, Amin dilahirkan dalam keadaan baik, berat badannya 3.1 kg dan perkembangan dari peringkat bayi seperti kanak-kanak biasa yang lain. Tetapi, menjelang usianya 12/2 tahun, dia didapati suka bersendirian dan tidak mahu menengok kearah orang. Dia berkelakuan seolah-olah seperti kanak-kanak pekak: tidak menghiraukan atau seolah-olah tidak mendengar percakapan orang lain. Hampir setiap waktu dia bersendirian sambil bermain-main denga benda-benda seperti tali, tudung-tudung botol dan ketul-ketul batu. Dia leka dengan permainannya sehingga berjam-jam lamanya.

Ibu Amin menyatakan bahawa sejak kecil lagi, anaknya itu tidak suka dipegang, dibelai atau dicium. Dia tidak seperti kanak-kanak lain yang mudah mesra dan bergelak ketawa dengan ibu bapa dan orang disekelilingnya. Ibunya mengeluh kerana tidak dapat menjalinkan hubungan mesra dengan anaknya. Apabila lapar, dia sendiri akan mengambil makanan didapur atau menarik tangan ibunya kearah makanan yang diingini. Seringkali, bunya terpaksa menyuapkan makanan dan memberinya minuman.Tetapi, dia tidak suka dibantu melakukan aktiviti-aktiviti harian seperti makan, minum dan bersalin pakaian. Dia pergi sendiri ketandas untukmembuang air kecil dan tidak lagi kencing malam. Ibu Amin berasa hairan mengapa anaknya yang mampu menunjukkan kebolehan seperti menyusun puzzles dan merekabentuk denganmenggunakan alat permainan lego tidak pula mampu menggunakan bahasa seperti kanak-kanak yang sebaya dengannya. Dia dan suaminya jarang membawa Amin menziarahi kawan-kawan atau majlis-majlis sosialkerana malu dengan tingkah lakunya yang luar biasa yang mungkin akan menarik perhatian orang lain. Amin pernah dimasukkan ketadika untuk memberinya peluang bergauldengan kanak-kanak lain tetapi selepas sebulan, guru tadika menyatakanbahawa pihaknya tidak sanggup menerima Amin lagi kerana sikapnya yang ganjil.Dia suka bersendirian, tidak boleh berinteraki dengan kanak-kanak lain, Asyik bermain seorang diri, tidak bercakap dan tidak menerima atau menumpukan perhatian pada arahan guru-guru atau orang lain.Dia akan keluar dari kelas dan merayau-rayau disekitar kawasanTadika pada bila-bila masa sahaja yang disukainya dan guru kelas kerap terpaksa mencarinya kerana khuatir akan keselematannya."



Kes ini mengetengahkan riwayat sesorang kanak -kanak yang menunjukkan ciri -ciri austisma.



1. Masalah komunikasi.

2. Suka bersendirian.

3. Tingkah laku yang aneh dan berlainan daripada kanak -kanak biasa.

4. Mempamerkan tingkah laku yang pelik.



PERSOALAN.....



1. Adakah autisma sering berlaku ?

2. Apakah puncanya ?

3. Bolehkah kanak -kanak autistik pulih ?

No comments:

Post a Comment