Tuesday, November 8, 2011

Selera anak bermasalah makan

Oleh Shaidah Shafie
shasha@bharian.com.my
2011/11/08

Pilih makanan berkhasiat bantu anak dapat zat

SETIAP kali menyediakan makanan anak, pasti ada ibu yang termenung panjang memikirkan menu untuk si kecil kerana kadang kala selera mereka tidak menentu, malah ada yang langsung tidak mahu menyentuh nasi dan terlalu memilih makanan.
Mahu atau tidak, ibu terpaksa memikirkan cara terbaik beri makan kepada permata hati mereka untuk memastikan mendapat zat mencukupi bagi keperluan tumbesaran mereka. Tidak mengejutkan jika ada ibu menyatakan anak mereka akan mengirai butiran nasi bagi mencari sayur untuk diketepikan manakala sebahagian lagi mungkin mengatakan anak mereka hanya berselera terhadap buah saja.
Bagi kanak-kanak, makanan yang baru atau tidak pernah dilihat adalah sesuatu yang menakutkan. - Dr Emilie G Flores
Itu adalah senario biasa kanak-kanak, namun ibu harus bijak menanganinya kerana mereka tidak wajar membiarkan anak bermain atau melakukan aktiviti lain tanpa mengambil sebarang makanan pejal dan tertumpu pada susu semata-mata, sekiranya si anak sudah layak diberi nasi.

Pengurus Besar Wyeth Malaysia, Singapura, Vietnam dan Brunei, Michael Toh, berkata Wyeth S-26 PE Gold (S-26 PE Gold) dirumus khusus untuk kanak-kanak memudahkan ibu bapa mengendalikan anak bermasalah dengan makanan mereka.

“Diet seimbang penting untuk kesihatan dan pembesaran mereka. Kanak-kanak sepatutnya diberi makanan seperti bijirin, buah-buahan, sayuran, daging, ikan, tenusu dan kekacang untuk menambah vitamin dan mineral,” katanya pada sidang media pelancaran produk S-26 PE Gold di Bangsar, baru-baru ini.

Turut hadir, Pengurus Pemasaran Wyeth, Kenneth Lee; Pengurus Kanan Perhubungan Awam Wyeth, Rohaya Mamat dan Profesor Nutrisi di Kolej Kesihatan Awam, Universiti Filipina, Dr Emilie G Flores.
Sehubungan itu, katanya, Wyeth Nutrition melancarkan S-26 PE Gold, susu formula yang dirumus khas untuk kanak-kanak yang mempunyai masalah ketika makan atau memilih makanan. Susu dengan formula baru ini dapat menyokong diet seimbang yang penting untuk pembesaran kanak-kanak yang mempunyai masalah makan.

Bagaimanapun, produk ini hanya dirumus khusus untuk kanak-kanak yang menghadapi masalah dengan makanan saja bagi kanak-kanak normal mereka tidak perlu diberi susu oleh ibu bapa, sebalik susu biasa sesuai untuk mereka.

Sementara itu, Dr Emilie G Flores, berkata kanak-kanak sukar diagak mengenai tabiat makan mereka kerana ada yang menggemari mentega kacang, langsung tidak gemar hidangan ikan dan lebih memburukkan keadaan, kanak-kanak tidak gemar mengambil hidangan mengandungi sayur.

“Bagi kanak-kanak, makanan yang baru atau tidak pernah dilihat adalah menjadi sesuatu yang menakutkan bagi mereka. Kanak-kanak juga lazim mengambil makanan ringan yang tidak menyihatkan, tapi mereka tetap mahukannya setiap kali ingin makan.

“Kajian menunjukkan kanak-kanak yang memilih setiap kali waktu makan berkemungkinan mampu mewujudkan vitamin dan mineral kekurangan yang mana ia penting untuk pembesaran dan pembangunan mereka,” katanya.

Bagaimanapun, katanya, kanak-kanak kuat tabiat memilih tidak patut dibiarkan dengan sikap mereka sebaliknya perlu mendapatkan makanan sepatutnya supaya mereka mendapat nutrisi mencukupi membesar dalam keadaan sihat.

Sehubungan itu, kanak-kanak yang bermasalah ketika makan, menolak hidangan mengandungi sayur, gemar kepada makanan ringan dan bergantung kepada susu semata-mata mesti diberi makanan yang betul, boleh menampung keperluan nutrisi untuk menjamin pembesaran mereka seimbang.

Dr Emilie berkata, ibu bapa dan keluarga kanak-kanak boleh mencipta pelbagai jenis resipi atau menu yang berupaya menarik minat kanak-kanak untuk menjamah makanan dengan memberi penumpuan kepada pemilihan makanan.

“Ibu boleh memberi fokus kepada pemilihan jenis makanan yang sihat untuk anak mereka dan memastikan anak mempunyai tabiat makan yang betul kerana apabila mereka mendapat bekalan makanan berkhasiat mencukupi, mereka akan berada dalam keadaan sihat.

“Selain itu, jika anak hanya gemar minum susu, pastikan susu yang diberikan mengandungi segala nutrisi yang diperlukan anak seperti untuk pertumbuhan otak, mereka perlukan protein, DHA, AA, choline, taurine, zat besi, iodin, vitamin B dan vitamin A serta lutin,” katanya.

Selaras dengan proses pembesaran yang memerlukan pelbagai nutrisi untuk memenuhi keperluan pembesaran, banyak lagi nutrisi lain diperlukan tubuh kanak-kanak seperti nutrisi sokongan untuk otak, tulang, mata dan gigi termasuklah organ lain dalam badan.

“Untuk menyokong kesihatan usus gastro, kanak-kanak memerlukan nucleotides, zinc dan oligofruktosa manakala untuk sistem imunisasi kesihatan pula, kanak-kanak perlu mengambil vitamin A, C, E, selenium, zink dan karotin.

“Jadi, penyediaan susu yang memenuhi ciri keperluan pembesaran kanak-kanak yang bersikap memilih terhadap makanan adalah penting untuk memastikan si kecil mempunyai nutrisi diperlukan badan mereka,” katanya.

Wyeth S-26 PE Gold untuk kanak-kanak satu tahun ke atas ini boleh didapati dalam dua saiz, 400 gram (pek kotak) dan 900 gram (pek tin) di pasar raya hyper seluruh negara.

Panduan: Bagaimana mengenali anak bermasalah dengan makanan

  • Makan terlalu sedikit.
  • Menolak untuk mencuba makanan baru atau tidak mahu mencuba menu baru.
  • Sentiasa menolak apabila disuakan hidangan berasaskan sayuran hijau
  • Hanya mengambil sedikit saja makanan sebelum menolak kesemuanya.
  • Melakukan kegiatan lain ketika makan seperti membaling garfu, sudu, memanjat keluar dari kerusi bayi, meninggalkan meja makan, lebih menunjukkan minat untuk bermain walaupun ketika makan.
  • Ibu ambil masa lama memujuk mengajak makan.

    Cara pujuk anak makan:
  • Sediakan menu kegemaran anak.
  • Selitkan makanan daripada kumpulan lain seperti kekacang dan sayuran sedikit demi sedikit.
  • Cuba reka makanan berwarna-warni daripada sayuran dan buahan seperti salad buah dan sayuran.
  • Peruntukkan waktu makan yang sama setiap hari.
  • Jika anak sudah boleh bercakap dan faham, terangkan kebaikan makanan yang dimakan setiap hari.
  • Hadiahkan anak dengan rutin sihat seperti membelikan mereka buah kegemaran, bawa anak jalani kegiatan riadah atau bacakan buku cerita kegemaran mereka.
  • No comments:

    Post a Comment