Wednesday, November 23, 2011

JERI kermbali untuk Faqihah.. Attitude Theraphy

Hari ini 24/11/2011 baru dapat berjumpa dgn Dr Aishah, Pusat Rawatan Altenatif Attitude Theraphy untuk membeli JERI. Hampir 6 bulan tidak dapat menggunakan produk ini kerana tiada berkesempatan untuk berjumpa dgn mereka. Hampir 10 kali telah pergi ke lokasi tersbt tetapi kedai tutup kerana tumpuan operasi mereka adalah di Kuala Lumpur (Cawangan Baru). Mungkin semua urusan di KL dah selesai maka mereka kembali beroperasi sepenuhnya di Ipoh.

Aku membeli sebanyak 4 botol yang berharga RM50.00 sebotol. Jumlah pebelanjaan yg dikeluarkan ialah RM 200.00. Jika diberikan kepada semua anak2ku, ianya hanya mampu bertahan selama sebulan sahaja. Manfaatnya buka sahaja kepada kanak2 autisma tetapi boleh digunakan untuk pelbagai kegunaan yang berkaitan dgn Jasmani, Emosi, Rohani dan Intelektual. Suatu pengorbanan perlu dilakukan demi masa depan anak2ku. Maklumat ttg JERI ada dalam postku sebelum ini.

Produk JERI telah kami amalkan untuk Faqihah (Autisma) sejak 2004. Keberkesanannya amat ketara sehingga menimbulkan kejutan kepada guru2 terhadap perubahan tingkah-laku Faqihah. Jika dulunya Faqihah terlampau hiperaktif sebaliknya ketika itu dia dah dapat memberi fokus semasa belajar. Jika diamati... Faqihah seolah-olah dah kembali normal seperti kanak-kanak normal yg lain. Walaubagaimanapun, ciri2 autismanya tetap masih ada.

Setakat ini, kami membekalkan JERI kepada 3 rakan kami untuk diberikan kepada anak2 mereka. Respon yg diterima amat memuaskan. Selain drp Faqihah, kami juga memberikan JERI kepada anak-anak kami yg lain. Paling ketara, Hadif (bongsu) dimana kami memberikan JERI semasa dia masih kecil lagi. Kematangannya terserlah disamping kepetahan berkata2 dan kecerdikannya.

Dr Aishah juga memaklumkan bahawa terdapat seorang bangsa India dtg untuk rawatan anaknya autisma dgnnya. Dr Aishah bertanya adakah aku yg memperkenalkannya.. aku tak pasti sbb mungkin timbul semasa sesi perbincangan dlm laman Facebook atau maklumat diperolehinya melalui laman blog ini. Juga, Dr Aishah memberitahu terdapat seorang pegawai JKR semasa beliau memberi ceramah di JKR memaklumkan Faqihah amat genius... juga mungkin maklumat yg diperolehi pegawai tsbt melalui kedua2 laman yg aku wujudkan. Aku amat bersyukur, laman2 yg aku wujudkan dapat membantu anak2 autisma yang lain supaya dapat memberi kehidupan yg lebih bermakna kepada mereka.

Alhamdulillah, kami akan terus dapat menggunakan produk tersebut sebagai persiapan menghadapi 2012.

No comments:

Post a Comment