Friday, November 4, 2011

Cabaran mendidik anak autisma dengan persekitaran

Zha Ibrahim

pernahkah ibu bapa sekalian berdepan dgn situasi ini? atau saya yg sedikit emosi? kisahnya, adif ni kalo dpt mainan yg dia suka, mmg dia dah x peduli apa di sekelilingnya, apatah lg nk berkongsi dgn sesiapa. kalo main koyak2 tisu pn n kalo ada sapa2 cuba2 nk amik tisu dia pun dia akan marah. baru2 ni saya beli mainan u...ntuk dia. memang ralit dia main benda tu, dgn kakak dia pn dia xnak share. sdg dia main tu, anak buah blh suami pegi nk ambik. dan mcm yg saya jangkakan reaksinya, dia tolak budak tu supaya lepaskan mainnya. budak tu (umo 1 thn) terjatuh tp x kuat. sy sekadar mampu melarang sbb dia jauh lgpun dlm keadaan sarat sy x blh bangun secara drastik. yg sedihnya, ayah kpd budak tu pegi ambik anak dia, n plg x sangka bila dia angkat anaknya dan meletakkan kaki anaknye ka atas perut adif ala2 pijak. dia membebel kononnya adif siap bagi side kick kt anaknye...sy cuma pandang dr jauh...sbb dah x blh buat apa2..sy terdiam dan sedih. Apa lg sy mampu katakan…susah kalo berdepan dgn org yg xde kesedaran ttg autisme ni….


Nurasma Nawawi

Umur brapa thn adif?Anak saya pun jenis tak beri pegang brg dia.Tp mujur adik tak pernah main brg dia sbb minat lain.Biasanya kalau org dtg,dia akan simpan mainan dia dlm bilik.Tp setakat ni saudara mara takde buat mcm tu sbb cousin sy pun ada anak autisma & ada yg ngajar pend khas.Setakat ni kalau budak gaduh2,saudara mara ckp,biasalah budak2.Sabarlah,anggap tu sbg cabaran.Nanti slow2 ajar kalau org dtg simpan mainan yg dia suka dlm bilik.Beri masa pd anak kita.Anak saya dulu pun tak beri org sentuh,tp bila dah besar ni nampak dah ok.Cuma brg yg dia syg,dia simpan dlm bilik.

Zamri Tembol

kekadang apa yg mereka buat tu mereka tak rasa apa2 rasa biasa je, tp bagi kita mmg mudah terasa hati, sbb tu la saya limitkan visit sedara mara terutama bila ada majlis2 besar... kerapkan visit bila dah ready je

Mie Ahmad

Betul tu ZT....dlm mjls kndri cthnya org akan tanya knp dgn anak dia tu, knp dgn cucu dia tu.....nk ckp dgn mak cik2, nenek2 susah sikit nk diterangkan.....kalau ziarah pn sekejap2 aje....biarlah org nk kata apa......kita mgkn dianggap sombong.....lbh baik bawa anak kita pegi tmpt public, dah x kisah dgn pandangan org.....tp sedare mara yg bau2 bacang ni byk sukarnya.....

Syahirah Omar

sy di kuwait ni tak ramai kwn2.ye la org melayu tak ramai.jadi sy terpaksa bwk anak sy begaul jgk utk majlis2 yg dieorang buat.mmg anak sy mcm tu jgk.berebut mainan la walaupun dia perempuan.n mmg jenis tolak2.tp Alhamdulillah.sy mmg cerita kat semua org kat sini.dieorang mmg faham keadaan lana mcm tu.cuma sebagai ibu mmg kita akan rasa serba salah.kdg2 dieorang sama2 tolong jaga lana n perhatikan dia.ye la sy ada anak kecil lagi.cuma kalau event kat mbc, sy mmg setakat nih tak pernah bwk lagi.sb sy rasa,tak sesuai.n byk org2 yg sy sendiri tak kenal.n sy rasa tak ready pon nak bwk lagi buat masa nih.

John Rimau

salam sejahtera n salam 1M semua........mmg ssh nk bg org faham ttg anak austime ni kecuali klu org 2 adalah ibu bapa dan org yg punye kesdaran ttg anak2 istimewa autisme.....sy bstuju dgn pdpt ZT 2,visit bila dh ready...bkn ape...tkut org x fhm....contoh mcm sy....ank sy di bekalkn dgn ubat utk menenangkn dia....bab ank sy 2 jenis autisme yg aktif,tp komplikasi dr ubat 2 adalah akn myebabkn dia x mau mkn....tp x lah sy amalkan ank sy mkn ubt 2 sgt,sbg contoh...klu doktor kata,mkn ubat 2x sehari,sy akan bg pg sje,bab pg ank sy 2 bersekolah,so x lah dia aktif,dia tenang je...ni mblhkn cikgu mngajar dia,kiranya sy bg ubt jika perlu sja....kita pon sedia maklum autisme ni byk jenis n ragam...ade yg aktif,ade yg murung,tingkah laku dsbgnya....ape2 pon kita sbg ibu n ayah kpd ank autisme nie kena la bsabar....slmt maju jaya kpd group nie....kita buat ape yg tbaik utk kta n ank autisme ni k.....yeahhhhh......

Pak Yoep

Opssss... bab ubat penenang... amat tidak digalakkan kecuali anak kita aktif sehingga mencederakan dirinya @ org lain...mungkin boleh menjejaskan kesihatannya di masa depan...Anak saya Faqihah amat aktif...

Ery Kumagai

Salam. Anak sy pun mcm tu Zha, sgt obsessed dgn apa yg dia suka. Toys mmg dia x pandai share (even his foods jgk), sy rs maybe sbb his autisme trait and maybe jgk sbb my son only child. Takde adik beradik so quite selfish. Kitorang tak brp bwk dia tempat2 gathering yg x brp kenal sbb tak nak spoil majlis org, his visits limited to close family sbb diorg dah faham keadaan ank saya, wpun sometimes still rasa x brp selesa jgk.

Nurasma Nawawi

Pak Yeop bab ubat tu sy setuju.Mungkin jg pemakanan lebih baik.Kat kelantan ada kes seorg budak tingkatan 2 tido sampai 2 hr.Mak dia ingat budak tu mati.Lepas tu dah tak beri ubat tu.Speech therapist yg cerita.
Berbalik cerita di atas,saya hrp Puan bersabar.Mungkin saya tak pernah alami tp saya faham.Beri masa pd anak utk dia lebih matang.Explain slow2 kat dia.Lama2 nanti dia fahamlah.Apa masyarakat ckp kita diam je lah.Kita didik dia biar jd insan yg berguna di masa depan.Sabar & zikir byk2,kan tgh pregnant tu...

Hasfizal Mukhtar

Pandangan saya: 1. Jgn mudah terasa hati. As much as kita nak org memahami anak kita, kadang2 kita juga gagal memahami anak/org lain. 2. Strategy saya lazimnya akan segera maklumkan kpd saudara mara yg anak sy anak istimewa (jgn segan silu). Bila org tahu, lazimnya org akan sedikit memahami. Masalah dgn anak autisma, mereka nampak normal. Jadi org tidak tahu dia seorang yg istimewa, bukannya org tidak mahu memahami. 3. Ia adalah cabaran kpd kita semua untuk tingkatkan kesedaran tentang autisma dlm masyarakat kita. Kalau kita tidak berusaha, siapa lagi. 4. Allah swt sentiasa bersama org yg bersabar.

Zha Ibrahim

adif dh 4 thn. balik kg, bermalam di situ. mm...sedara sendiri juga. rsnya dia dah sedia maklum ttg keadaan adif, tp mungkin dia x faham sepenuhnya. cuma ralat, anak2 punye hal, kenapa bapanye yg masuk campur. sy xleh terang lbh2, sbb family belah suami. bukan x penah dia berkasar ngan budak2 lain, tp parent yg faham diaorg ok je. xpe, sy redha. doa saya semoga adif akan semakin baik dr hari ke sehari.

Nurasma Nawawi

Dlm dunia ni ada pelbg ragam manusia.Bg sesetengah org hal budak2 ni,tak bleh dilayan sgt.Maklumlah nama budak,tak kira autisma @ tak.Saya pakai statement cousin saya ni yg ada anak autisma.Dia ckp takkan kita nak simpan anak kita dlm rumah,nanti lg teruk dia dgn dunia dia.Memang susah nak fahamkan org yg zero psl autisma.Jdkan peristiwa ni sbg penguat & pembakar semangat.Cousin saya ckp tgk dr sudut positif.Kalau tgk dr sudut negatif,memang kita akan selalu kecewa.

How Peak Yen

last time, i bawa SoLer attended semua: church, cell group activities, family gathering,..mengalami berbagai kepahitan :> sekarang biar anak kedua dan bapa dia represent sebagai family, mungkin ini sifat isolation, tapi saya dah tak boleh cope…

Irna Idrus

oh... How Peak Yen.. hugs

Zha Ibrahim

so far sy x penah sorok anak. sy bw dia kalo ada program kt sekolah. mmg kalo parent yg x kuat mesti segan tgk anak lari2 x duk diam. tp selain sy perkenalkan anak sy pd pd kwn2, sy jd kuat dan terbiasa.latihan untuk saya dan adif. terima kasih all yg bagi semangat.

Noradilah Abdullah

Hugs to How Peak Yen

Syahirah Omar

dulu sy slalu simpan anak di rumah.sb sy tak mampu sorang2 bwk dieorang keluar.ye la dua2 kecil lagi tambah naik teksi kat sini.tapi sy beranikan diri jgk.tak peduli org sekeliling.biar la apa org nak ckp.yang pastinya sy ttp layan anak sy mcm budak normal yang lain.n mmg terbukti lana sgt2 happy berbanding dulu.n sy nampak dia cuba2 berkawan n ada kwn2 yg suka melayan dia.kalau keluar pegi playground, anak2 arab selalu suka sgt main dgn anak2 sy.mungkin sb org asia ni lain sikit muka dia kan.tp tersentap jgk haritu bila anak arab tu tanya sy,kenapa Lana taknak bercakap?sy ckp la Lana belum boleh bercakap.blur budak tu.hahaha...

Zamri Tembol

HPY: i believe it is temporary only

Irna Idrus

i hope so...

Hasfizal Mukhtar

sama ada kita nak simpan anak autisma di dalam rumah sahaja, atau nak expose kpd masyarakat, kedua-dua ada advantage dan disadvantage. Sebagai parents, kita kena bijak pilih bila masa nak simpan dan bila masa utk expose.

Syahirah Omar

kak zha, sabar banyak2 yer.bila melibatkan saudara mara ni mmg susah.sy sendiri berdepan dgn masalah tu.ada yang ckp anak kamu ni lembab ker.ada yang ckp anak kamu ni mmg tak reti berkawan ker.mcm2 lagi.sebenarnya kita anggap sajalah dieorang kekurangan info pasal autisme nih.mmg ada org2 tertentu yg kita boleh explain btul2 n ada yang kita rasa,biarla,dia tak tahu apa2 pon anggap je la dia kekurangan ilmu bab nih.mmg asyik nampak kekurangan.kalau kita cerita kelebihan anak kita yang anak dieorang sendiri belum mampu buat,nanti ckp nak meriak pulak.senyum,tak perlu kata apa2 k:)

Zha Ibrahim

hasfizal: setuju, syahirah; bab sedara mara ni kdg2 menjelaskan kwn2 lbh senang drpd sedara mara. biar je la...cuma next time kalo jadi lagi nk kena pesan kt asben la suh explain betul2. dah la kalo cuti raya sure berkumpul adik beradik...mcmana nk elak kan...

Syahirah Omar

aa ah seboleh2nya mcm tu la biar suami sendiri yang explain.tp sy rasa, kita kena betul2 kebalkan hati ni.dulu sy selalu sedih bila org tanya bukan2.tapi sekarang, ok dah.lama2 ok la.mungkin org tu sendiri tak berniat apa2.begurau2.tapi sebagai ibu kita mmg mudah tersentuh.kadang2,biasa la.ada

Nurasma Nawawi

Syahirah dulu akak selalu juga org tanya ngape budak ni diam je...bisu ke..dlm hati terbakor rasa tp muka senyum.Jawapan dia autisma.Muka yg tanya tu mcm blurr makna tak tahu.Kalau budak2 tanya ngape dia dim je,akak ckp dia pemalu orgnya.Sekarang ni alhamdulilah dia dah ok sket sejak dia dah byk mulut.

Noradilah Abdullah

bila balik kg, adik beradik saya dan suami dah memang maklum pasal autism...so takde masalah di situ. semua faham dan memahami. kalau sedara mara lain, saya bagitau anak saya special...autism..ada kelebihan dia tapi cakap masih sikit2. depan saya semuanya macam faham dan takdela buat muka blur tu..samada segan atau takut kena laser ngan saya tak tahu la pulak.

Syahirah Omar

kak nurasma, sy dulu terus lari masuk bilik nangis2 :)) hahahaha..sedih woo.time tu mmg luluh sgt hati nih.siap org tu compare dgn anak2 dia n anak2 yg dia ngasuh umur lana semer dah bijak2.nak balas lebih2 kang gaduh kang.sabor banyak2 je la.adeh..kelakor pulak biler kenang :))

Nurasma Nawawi

Manusia ni mcm perangai Noradilah.Ada mansi kat depan,tp belakang lain pulak ceritanya.Akak tebalkan telinga je sekarang demi masa depan anak.Saudara mara ok,cuma yg luar2 tu...yg penting kita didik dia jd insan yg berjaya utk masa akan dtg..

Noradilah Abdullah

ye la...buat yang terbaik sajela.

How Peak Yen

anak kedua(umur 9) minta saya jangan bawa abang dia(umur11) bila pick-up dia dari tuition, sebab kawan2 tanya mengapa abang awak macam ini, dia sakai ke? i also dun know how to help him

Nurasma Nawawi

Sabarlah How Peak Yen...dgn budak2 memang susah sket.Tp jgn ambil sgt dgn budak2 sbb dia org tak faham apa2 tp cuba fahamkan adik dia situasi abg dia..

Syahirah Omar

sakai or sakit?typo ke How Peak Yen? be strong k!

Syahirah Omar

ye la btul tu.budak2 mmg dieorang tak faham.mcmana susah kita nak fahamkan org dewasa inikan pulak budak2.tp btul la.elok la fahamkan adik dia dulu mcmana nak jwb kalau kwn2 tanya

How Peak Yen

‎`sakai', sebab dia jerit2 dan lari ke bilik2 tuition(macam nak main kejar2), sekelip mata saja dia lari dari bawah mata saya...kesian adik dia sudah start facing ini, panjang perjalanan dia juga

Noradilah Abdullah hmmm....hugs to you. faham perasaan adik dia jugak...and yours too

Mie Ahmad

Saya kerap bawa Hadif ke sekolah,alhamdulillah kwn2 sy memahami dia.......cuma Hadif ni x blh bwk g shopping....nnt abis 1 kedai mainan

PerkAsamekar Unitmekar

pd pendapat saya, kaedah yg ibubapa praktiskan diatas amat berguna..kita ibubapa selalunya try & error, mmg sedih bila anak dibuli, dipanggil bodoh, bebal even b###...pandangan juga menjadi 1 isu...itu akan tetap berlaku tp yg penting bgm nak lembutkan impactnya pd anak istimewa ini & keluarga? Bg saya, ms mula2 dulu sya lebih emosi berbanding suami...bila smpi ke telinga saya perkataan2 sebegitu, saya melenting & menangis. Skrg dah kurang da, sbb saya tersedar yg penting bgm nak lindungi hati anak sya. 1. Saya minta dia citer semua perkara yg berlaku disekolah sbb jgn terkejut anak2 istimewa ini sensitif sbnrnya a/b smpi 1 peringkat umur (sya tersedar betapa dia tertekan dgn segala ckp2 disekeliling dia semasa dia 11 thn a/b dia menangis teresak2 menceritakan perasaan dia...selama ini dia diam sbb dia anggap mmg dia bodoh, wierd dll) MMG SUSAH MINTAK DIA CITER APA2 KAT KITA, tp kite kena buat..bila dia citer, achievement dia kita praise, masalah dia kita deal slowly...anak2 istimewa ini tidak blh menerima dgn sekali ckp...dia tak nmpk, tak faham...cth: anak saya selalu diejek bodoh, gila. Solution kami j/pdk: ulang2 ckp suruh dia ignore, klu dia tak thn pegi face to face & talk to them...calmly, bila tak blh jgk kami even ajar dia garang sikit (dia ada 1 trademark: point his finger to the boys & then buat simbol potong kepala, pastu blah...& 1 lg ayah dia ckp, saya ada, kau ada ke?" mmg tak elok, tp it boast his confidence...bila dia ada confidence, dia akan ignore (selalunya...)

PerkAsamekar Unitmekar

Saya jg explain, knp afif perlu rasa dgn apa yg mrk ckp, sbb afif tak bodoh/gila...afif pandai bi, afif recite english poem in front of the school, representative tkd di hari belia etc...citerkan kelebihan dia, so ignore ejekan bdk2 tu. Sya katakan pd afif, biasanya org yg ejek tu dia dengki (aktiviti ni akan kerap berlaku...jgn putus asa)

PerkAsamekar Unitmekar

Saya jg bawa afif jumpa dgn kwn2 yg sama dgn dia...bila dia msk sklh pendidikan khas, dia nmpk ramai yg 'sekapal' dgn dia...saya selalu bawa afif ke aktiviti luar (shopping complex, taman dll) ttpi klu pg ke rumah org saya tgk dulu keadaan s/a ok ke tak? saya sama dgn En Zamri Tembol,

klu saya rasa the crowd tak ngam, saya tak pegi...

PerkAsamekar Unitmekar

saya dan suami berusaha utk immunekan afif dan juga hati kami dgn persekitaran...saya bagi jaminan bhw jln ni akan pjg dan berulang2...tp jgn putus-asa. We can slow down coz we parents are only humaan...but don't ever give-up...klu rasa tertekan, carilah individu yg memahami, luahkan carikan penyelesaian kpd tekanan tersebut pastu continue...this I can vouch for u, aura drpd perbuatan anda ni akan smpi kpd si anak...mrk akan memahami & menghargai...

PerkAsamekar Unitmekar

Buat Zha Ibrahim & ibubapa yg sedang menghadapi situasi yg serupa, tabahkan hati...kita sbnrnya akan lebih terluka dgn setiap tindakbalas ahli keluarga terdekat...saya tak blh suruh pn ignore sbb sya jg pernah harungi...tp jgn ambil hati. Sya yakin puan akan lebih imun dgn perasaan sensitif ni...lindungi anak kita dgn cara yg positif dan terus explain to others...kita ibubapa anak2 isitmewa ada kelebihan ni: strength, loving, caring, thick skin, protective & critical + creative thinking...Saya doakan kita akan tabah demi anak-anak kita, bukan shj utk anak2 istimewa tp semua anak2 kita

Abd Azim

Full kanak2 autistic pun bleh ad life cam org normal. tp utk peringkat awal perlu perhatian khusus dr org2 yg paham condition dorg. nak x nak kite kne expose kan dorg ngan environment tp kite perlu same2 ngan dorg time tu. jgn takot n patah smangat. usaha lagi smpi dorg mampu survive sndri. insyallah.

Khursiah Mat Salleh

Saya nak tumpang sekali, yg bab ubat penenang tu "ritalin" amat tak digalakkan , ia sebenarnya dadah, even doktor anak saya beritahu tak elok. Hyperaktif sebenarnya akan beransur kurang bila budak membesar, biar secara natural. Sekarang anak saya ok. Lagi satu, saya memang bawak anak saya kemana-mana, tebalkan muka, kdg2 rasa org lain perlu tahu budak autisme ni macamana.

Mummy Danie

Sya Pendapat nana...kita bawa saja anak kita tu kemana-mana saja kita pegi..anak kita ni dgn org yg dia xkenal dia buat xtahu saja n xnk dengar kata..jadi cara nana ialah nana akan paksa mama,ayah,hubby tuk lebih rapat dgn dia..bila dia dh rapat,maka dia akan dengar cakap org tu saja..masa inila blia kpercayaan itu ada antara diri masing2,anak akan dapat kawal diri dia sbb ada org2 yg dia rasa takut n hormat..anak istimewa ni akan kawal dirinya sendiri bila dia dh betul2 kenal org tu...kalau dia xkenal, mula la dia tunjuk perangainya...dan org lain akan memberi tanggapan yg berbeza n negatif..kalau ada org duk tgok danie tu mcm pelik,nana buat dek jek!lantak ko la..janji daniel akan behave diri dia bila ada saya, hubby, nenek n atuknya...kalau sy dh xtahan sgt dgn kata2 org yg xpham dgn autisme ni n dh xlarat n explain..so saya buat n design tshirt sendiri tuk keluarga saya dgn ayat 'im autisme,Whats your excuse?,proud mom of someone with autisme n mcm2 lagi la.....senang!hehehe

Ummu Fudhail Amin

Hubungan kita dgn anak..bila dh 8 tahun ke atas kena banyak guna psikology, selalu peluk dan cium dia(especially bila kita nk mula sst sessi cth: nk ajar, nk buat revision, nk cungkil cerita2 kt sekolah, nk kongsi perasaan, nk calm down temper dia), Kalau nk anak kita berjaya mcm org2 yang kita state di atas..kurag kn pamper dan jgn telalu istimewakan mereka..sejak kecil ajar berdikari dan bergaul dgn rkn2 sebaya yg normal dan biar mereka lalui susah payah kehidupan(di sekolah terutamanya). kita masih bntu dari aspek2 lain..akademik cthnya..tapi ada benda mereka perlu tempuhi sendiri. anak normalpun

Ummu Fudhail Amin

kalau sejak kecil terlalu 'diistimewakan', x diberi ruang, peluang dan jalan yg betul, bijak dan berpotensi mcm manapun akan terkubur juga kebijakan dan potensinya. parent kena fikir dari sekarang..jgn biar masa je menentukan..lgkh proaktif bermula dgn parent. org2 autism yg dh berjaya ni dulu x kenal label2 'autism','add','adhd' dll. kdg2 stigma2 ni mnjadi border yg menyekat pndangan dn pemikiran parents dan anak2 berpotensi ini utk pergi lebih jauh meneroka dan merangka kejayaan di dunia dan di akhirat.

Zha Ibrahim

betul tu, nk kena pastikn dia leh berdikari jugak, sbb kita x tau umokita ni sampai mana.

Nurasma Nawawi

Walaupun anak kita istimewa tp jgn terlalu 'istimewakannya' krn kekdg2 ia akan memberi kesan yg tak istimewa...kita kena beri kepercayaan pd dia supaya dia yakin pd diri.Cth mudah minta tolong ambilkan pampes @baju adik.Walaupun kdg2 terpaksa menyuruh berkali2.

No comments:

Post a Comment