Saturday, November 5, 2011

Taare Zameen Par ..Setiap kanak2 adalah istimewa














Pertama kali setelah sekian lama tidak menonton cerita hindustan. Setelah melayari Facebook, aku dimaklumkan oleh Pn Marina Ariff bahawa TV3 akan menyiarkan filem tsbt. Aku bersama isteri dan kak long menonton filen tsbt sampai tamat yang memakan masa selama 3 jam (2 - 5 ptg). Kami menonton sambil melipat kain yang bertimbun.

Cerita mengisahkan seorang kanak2 bernama Ishaan yang menghadapi masalah dalam pelajaran terutama dalam aspek membaca dan mengira. Beliau terlalu fobia dengan huruf dan angka. Setiapkali peperiksaan, dia gagal. Sebaliknya, abang dia seorang pintar sehingga memperolehi keputusan yang cemerlang dlm setiap peperiksaan. Ibunya amat memahami dan menyayangi masalah yang dihadapinya. Manakala bapanya, tidak dapat menerima kenyataan terhadap apa yang berlaku terhadap anaknya sehingga menghantar anaknya ke sekolah kanak-kanak jahat... nakal. Dia juga menghadapi masalah yang sama semasa di sekolah tsbt. Semua guru2 memarahinya dan sering didenda kerana kegagalan dia mengikuti pelajaran. Mujurlah ada seorang guru sementara yang amat memahami masalahnya. Beliau telah mengambil tindakan untuk menyelamatkan keadaan dan berusaha untuk mengatasi masalah yang dihadapi oleh Ishaan.

Sepanjang mengikuti filem tsbt, isteriku berjujuran air mata kerana menghayati filem tst. Manakala, aku turut hampir menitiskan air mata...sedih dan terharu dengan perjalanan kisah dalam filem tsbt.

Maka... kawan2 boleh menonton filem tersebut di laman ini.

http://www.youtube.com/watch?v=mx3_iAWU5ko

No comments:

Post a Comment