Sunday, November 13, 2011

Kongsi Pengalaman - Anak Hilang

Nursyima Ismail

"Semalam ada majlis di rumah saya, satu kejadian yg tidak diduga berlaku terhadap anak istimewaku, Ameer...di kala sy dan suami sedang sibuk melayan sanak saudara dan para tetamu, tetiba Ameer 'terlepas' dan meluru keluar rumah menuju ke kawasan jalan raya yg sibuk (sbb rumah kami berhadapan dgn jalan utama ke KL)...tak tahu berapa lama dia dah keluar sorang2 tp keadaan itu disedari oleh makcik sep...upu saya...bila suami ternampak kelibat Ameer berlari2 anak di kaki lima jalan dlm keadaan panik dia terus kejar utk mendapatkan Ameer...bila saya dpt tahu, jantung saya bagai nak pecah tp Alhamdulillah Ameer takde apa2...disbbkan dia tak faham apa yg berlaku dia boleh ketawa dan terus masuk ke dlm rumah...syukur ya Allah sbb mengawasinya selama dia tgh 'confuse' nak cari jalan balik rumah sbb sy takut dia berlari utk menyeberangi jalan yg pd ketika itu sesak dgn kenderaan...syukur sesangat..."

Hairiah Tea Cha Hai

teringat saya cerita ibu murid saya, anaknya (umur 5 thn, Autisma + speech delay) berjalan kaki dari rumahnya ke hospital tempat dia buat terapi... bayangkan perjalanan itu ada jalan raya, round about, kereta, kena menyeberang jalan raya etc.... sampaike hospital dengan selamat....dan di tahan oleh jaga sehinggah ibunya datang....

Mie Ahmad

Alhamdulillah Ameer selamat....Allah melindungi insan yg istimewa ni....

Anis Safraz Bt Ahmad

Alhamdullilah

..next time mama n papa have to be more careful! make sure gate dikunci.xplainlah dkt tetamu yg hadir y kena kunci

Hairiah Tea Cha Hai

cerita 2: dengan gembira seorang ibu menyatakan bahawa anaknya naik sendiri ke pintu bilik hotel tempat mereka menginap dari parking kereta mendahului ibubapanya.. (ibubapanya memikirkan anak mereka sudah entah ke mana)

Nursyima Ismail

Hairiah Tea Cha Hai, Ameer pun sama keadaanya - 5 thn, autis, speech delay...selama ni kalau kami 'lepaskan' atau 'terlepaskan' dia, kami percaya yg dia takkan pergi jauh dr pandangan kami...tp Allah nak duga agaknya sbb majlis semalam (aqiqah anak sy yg bongsu & harijadi anak sulung) adalah kali pertama di rumah sendiri...tp takutlaa kalau2 akal dia panjang sikit nak melintas jalan...pengsan kot saya!

Hairiah Tea Cha Hai

MORALnya: 1. Anak autisma mengingati tempat2 rutin /tempat yang pernah mereka pergi.....bagaimanapun, dalam perjalanan itu ada byk perkara boleh membahayakan diri mereka..memandangkan mereka 'tidak kenal' bahaya. apapun keistimewaan mereka ialah Allah menjaga mereka... :-)

Nursyima Ismail

kak Mie Ahmad, syukur...

Anis Safraz Bt Ahmad,

saya dok AU2A/2 mmg betul2 depan main road jln enggang tu...

Ju Mustapha

Syukur amer tak apa2 ...

Ery Kumagai

Alhamdulillah takde apa2. Kebetulan smlm pun sy mengalami situasi sama. Pagi smlm, sy tgh prepare bfast utk Ummar,sy x perasan dia keluar sorang2. Pintu rupanya x berkunci. Bila sedar dia takde, sy rs mcm dah takde jantung kejap. Cari kat luar gate pun takde. So cepat2 panggil husband, kitorang pegi dgn keta cari, rupanya dia dah sampai kat playground. Siap sengih2 lagi mcm xde apa2. Syukurr sgt2. Sy setuju dgn Hairiah, anak saya pun ingat tempat2 yg dia biasa pegi and selalunya tempat2 yg dia enjoy lah.

Khabir Ghazali

Isteri saya pula hantar Hariz ke sekolah hari cuti ganti...terus tinggalkan dia masuk sekolah sorang2...lebih kurang sejam ktangan pejabat call saya suruh ambil Hariz...terkejut besar saya...nasib baik pejabat sekolah tak tutup...kalau tidak entahlah apa yg terjadi...

Marina Ariff

Nostalgianya.....begitulah keadaan kami masa umar hilang di pasar besar tmn tun masa umur 5thn. Ingat dia masih ada dlm pasar, rupanya dah melintas jln besar pegi ke celcom. Masa tu dia suka tgk logo, jd logo celcom tu mmg menarik perhatian dia. 45 minit holang, akhirnya jaga celcom yg hantar dia ke pasar semula. Bila nampak kami, dia gelak2 sambil flapping.

Nursyima Ismail

Semua parents di dunia mmg akan ada experience hilang anak at least sekali betul tak? Baik anak normal mahupun anak istimewa...dgn anak sulung (yg normal) pun sy ada pengalaman dia hilang dlm shopping complex Ampang Point...inikan pulak Ameer...tp semua kaum keluarga, sahabat handai dan tetamu mmg tahu akan keadaan Ameer dan dorang pun agak mengawasi Ameer dan anak2 sendiri selepas kejadian tu...tp sepanjang2 majlis smlm Ameer mmg takde masalah mcm meragam...cuma ada beberapa ketika dia nak 'usik' (like tarik rambut/cubit) few babies kt dlm rumah yg di luar pengetahuan kami dan Alhamdulillah sume org mmg sgt faham dgn keadaan Ameer...Wallahualam...

No comments:

Post a Comment