Thursday, November 10, 2011

Kekuasaan Illahi

Darnalis A Rahman

A'salammualaikum parent's semua..saya nk share 1 lagi cerita situasi yg saya rasa semua parents kat sini pun mengalami situasi yg sama.. Saya selalu bawak anak2 saya p berjalan2..ramai org selalu menegur anak2 saya,mungkin sebab diorg nie kembar..kemana2 pergi selalu menjadi tumpuan..Ada yg tanya nama and ada yg tanya... umur.Diorg selalu tanya pada anak2 saya "siapa nama..?", saya pun selalu mencelah,"nama dia Aqief..maaf ya, anak2 saya nie x boleh bercakap lagi". and diorg akan tanya "umur berapa nie..?" saya jawab "4 tahun".. diaorg semua selalunya akan terkejut dan cakap " Umur 4 tahun..tp kenapa x boleh cakap..selalunya umur 2tahun dah petah..".. saya pun jawab " anak2 saya nie Autisme.."..diorg akan ckp " Autisme tu apa..? kenapa jadi mcm tu.." so saya pun selalu explain kat org yg bertanya tu ttg Autisme nie.. and diorg selalunya akan bg pendapat sendiri..ada yg cakap kesilapan masa mengandung,ada yg ckp Kifarah dan mcm2 lagi tanggapan negatif and kalau ada yg baik sikit tu, akan cakap sabar ye,mungkin nie ujian Allah s.w.t.. Saya sering melalui situasi nie,dan kadang2 saya menjadi sedih dengan pelbagai telahan yg diorg katakan.kadang2 saya pun sering terfikir adakah semua nie berlaku kerana kesilapan saya..tapi bila saya renung kembali dari detik saya berkahwin,sampai melahirkan dan membesarkan mereka,saya begitu bersungguh2 memastikan saya memberikan yg terbaik buat mereka. 5 tahun dulu saya memilih utk mengandung dan melahirkan mereka di Bulan ramadan.kerana bulan ramadan adalah bulan yg mulia,penuh dengan keberkatan.saya sanggup mengantikan puasa selama 30 hari semata2 utk melahirkan anak2 saya dlm bulan yg penuh mukjizat nie, Hari saya lahirkan mereka juga di hari yg baik,saya memilih utk melahirkan mereka di hari Jumaat penghulu segala hari.ketika itu doc memberikan saya tarikh utk melakukan pembedahan kerana saya tidak boleh melahirkan mereka secara normal,kerana size mereka yg kecil. Saya sgt gembira dah,saya memilih 20 september 2007, hari Jumaat bersamaan 8 ramadan 1428 hijrah. Saya memberikan nama yg baik maksudnya buat mereka,Muhammad Aqiel (terpuji, kecerdikan,berakal) dan Muhammad Aqief (terpuji,yg penuh tumpuan) dengan harapan nama2 itu akan menjadikan mereka anak yg cerdik,yg tekun,yg berakal. Saya juga menyusukan mereka dengan susu ibu.walaupun penat,setiap mlm tidur x lena,saya tetap teruskan juga sehingga umur mereka 2 tahun.Setelah tamat tempoh penyusuan saya menyambung penyusuan mereka dengan susu formula yg terbaik.Walaupun harganya mahal,saya tetap usahakan utk berikan yg terbaik.Saya korbankan segala keperluan saya dan suami,untuk memberikan mereka makanan dan minuman yg terbaik sehinggalah kehari ini,saya tetap berikan yg terbaik buat mereka. Bila saya renungkan kembali apa yg telah saya lakukan buat anak2 saya selama ini adalah yg terbaik,walaupun susah,walaupun payah,saya tidak pernah abaikan mereka.Jadi saya bertanya kepada Allah s.w.t,dimana salah saya,yg memyebabkan anak2 saya jadi begini,lama saya menantikan jawapan,dan akhirnya saya temui..Jawapannya kerana Allah yg mencipta mereka menjadi begitu,setiap makhluk adalah datangnya dari Allah,dan dia berhak menentukan bagaimanakah Dia mahu mencipta kita.Ada yg di cipta cacat anggota,ada yg di ciptakan buta,..adakah ini semua berlaku kerana kesalahan ibu yg mengandung..?atau kesalahan bapa yg berusaha keras utk memberikan rezeki buat anak2 mereka...? jawapannya tidak,sebgai ibubapa saya percaya,kite telah berusaha utk memberikan yg terbaik buat mereka,dari saat pertama kali kite tahu mereka wujud di dalam rahim kita.Tapi Allah itu maha berkuasa,dia adalah tuhan kepada segala makhluk didunia,jadi Dialah yg menentukan siapa di kita didunia ni.. Sejak saya sedar semua ni,saya tahu apa yg berlaku pada anak2 saya nie adalah Qada dan Qadar mereka.Mengapa mereka menjadi kanak2 Autisme.?.jawapannya Kerana Allah s.w.t yg menciptakan mereka begitu.. Mulai saat itu,bila org bertanya kepada saya " kenapa anak2 saya jadi begitu..?..saya akan jawab "kerana Allah s.w.t menciptakan mereka begitu.."..itulah jawapan yg tepat bg saya.kita tidak perlu mempertikaikan kenapa Allah menjadikan mereka begitu,kerana Allah adalah pencipta kita.dia berhak ke atas seluruh hidup dan mati kita dan ke atas seluruh Roh dan Jasad kita.. Sebagai Ibu bapa,saya terima seadanya anak2 saya.walau siapa pun mereka,mereka adalah harta dan amanah yg Allah s.w.t wakilkan saya sebagai penjaganya..Insyallah..saya akan memberikan yg terbaik buat mereka,dari hari pertama mereka didalam kandungan saya sehinggalah saya menutup mata.. Kepada kawan2 yg senasib dengan saya..teruskan perjuangan tingkatkan keimanan.walau siapa pun anak2 kita,ketahuilah bahawa mereka adalah makhluk yg Allah s.w.t ciptakan..pelbagai sifat,pelbagai bentuk,pelbagai warna untuk memperindahkan lagi dunia ini..walaupun dalam keadaan yg berbeza,mereka dan kita tetap datang dari tuhan yg sama dan akan kembali jua kepada tuhan yg sama Allah S.W.T..

No comments:

Post a Comment