Wednesday, November 30, 2011

Suatu Pengorbanan

Alhamdulillah... Hampir 3 bulan mengemaskini laman blog Anakku Autisma (9/9/2011-30/11/2011). Inilah hasil yg dapat aku lakukan. Setelah menyepi selama hampir 6 bulan akibat komputer kat rumah rosak. Rosak disebabkan perbuatan anakku autisma, Faqihah. Dua kali panggil TM dtg tp rosak semula dibuat oleh Faqihah. kali terakhir, wakil TM datang mengantikan modem yg baru, setakat ini masih bertahan. mungkin Faqihah dah tahu arahan2 yg tidak perlu dilakukannya dlm komputer tsbt.

Selama hampir tempoh tsbt juga, kami hanya menbayar bulanan sahaja RM79.00. Nak buat pemotongan akan merugikan kerana pakej OKU yg kami perolehi tempohari dah tidak ditawarkan lagi. Jk nak dapatkan pakej macam sekarang, harganya RM168.00. Hampir separuh murahnya. Itu diantara kemudahan yg ditawarkan oleh TM kpd golongan OKU termasuk keluarganya. Sewa bulanan pulak RM1.00...jgn terkejut RINGGIT MALAYSIA SATU sahaja.

Selain laman blog Anakku Autisma, aku berkesempatan juga kemaskini laman sosial FB Kelab Anak Autisma, Pengkalan Home Tuition Ipoh dan Mind and Attitude Theraphy. Walaupun memenatkan aku gembira kerana dapat memberi sumbangan kepada masyarakat dlm bentuk sebegini. Membantu masyarakat dalam bidang kebajikan, pendidikan dan perubatan. Aku turut mengendalikan laman blog Putera Istimewa yang akan berkuatkuasa pada Jan 2012.

Untuk pengetahuan semua, Sebelum ini, laman blog ini dikenali sbg PERMATA HATIKU AUTISMA. Terdetik dihatiku, adakah anak2ku yg lain bukan permata, yg tiada nilai? Bagi tidak mahu menguris hati anak2ku yg lain di masa depan maka aku tukar kepada ANAKKU AUTISMA.

Manakala Anak Autisma yg aku kendalikan perlu diubah keadah baru supaya tidak sama dgn laman yang yg sedia wujud. Tujuan untuk memberikan suatu kelainan kepada ibubapa yg menyertai laman tsbt.

Ya Allah, berikan aku kekuatan dan kesihatan untuk meneruskan usaha ini.

No comments:

Post a Comment