Sunday, November 27, 2011

Peristiwa yg tidak dpt dilupakan

1. Membawa Faqihah dgn menaiki motosikal dr Brighter Future ke Nasom dan Yayasan Sultan Idris. Tempoh perjalanan menghampiri sejam. Faqihah terpaksa duduk dihadapan sbb dia hiperaktif. Kadang2 bergilir2 dgn isteri untuk hantar-ambil Faqihah dr lokasi tersebut. Dalam terikan panas matahari membawa Faqihah ke sana-sini. Selepas tamat sesi terapi terus balik ke rumah. Mujurlah pihak pentadbir sekolah memahami situasi yg dihadapi di mana tiada masalah untuk aku keluar-masuk kerja untuk uruskan Faqihah (2004-2007).

2. Faqihah pernah 2 kali hilang seketika semasa di kampung Kelebor, Kuala kangsar walaupun dgn kawalan rapiku. Kali pertama dijumpa oleh orang kampung (En Musa - arwah) manakala kali ke-2, kami jumpa dia dlm hutan berhampiran. Selepas kejadian tsbt kami telah memberi pengawasan yg lebih rapi (2005).

3. Sebanyak 3 kali pergi ke Wad Kecemasan Hospital Besar Ipoh. Kali pertama, sesuatu (manik) masuk kedlm lubang hidung Faqihah yg tidak dapat dikeluarkan oleh kami, mujur tidak masuk kebhg dlm rongga yg memerlukan pembedahan. Kali ke-2, tisu memasuki bhg dalam rongga hidung Faqihah. kali ke-3, dagu Faqihah terpaksa dijahit sebyk 4 jahitan akibat terjatuh.

No comments:

Post a Comment