Saturday, October 27, 2012

Tuntutan Hadiah Haziq


Sekadar ini yang mampu kami belikan untuk Haziq sempena kejayaannya memeperolehi 4A 1B dalam Peperiksaan Akhir Tahun 2012.

Pembelian dilakukan kerana pencapaian Haziq amat membanggakan kerana peningkatan ketara prestasi akademiknya jika dibandingkan pada tahun 2011. Pada tahun lepas tiada A. Disamping kemampuannya walaupun dia berada dalam kelas ke-4 tapi mampu mencapai kejayaan sedemikian

Semua sepupunya dah ada mainan seumpama ini walaupun tiada kekangan untuk mereka memperolehinya jika dibandingkan dengan Haziq yang perlu berjaya dalam akademik.

Penggunaan alatan ini hanya untuk masa cuti sahaja. TIDAK dibenarkan digunakan semasa hari persekolahan.

Semoga ianya akan menjadi dorongan untuk Haziq memperolehi keputusan yang gemilang dalam setiap peperiksaan.

No comments:

Post a Comment