Wednesday, October 3, 2012

Budak autisma kunyah apa saja


Keratan akhbar yang lama dah dalam simpanan tapi tidak berkesempatan nak tulis dalam blog ini. Kisah seorang budak autisma berumur yang mengunyah apa saja yang dilihatnya. Kebanyakan anak2 autism mempunyai suatu tabiat yang pelik.  


London: Zack Tahir tidak pernah berhenti mengunyak di bilik tidurnya kerana dia makan apa saja, dari kelengkapan bilik tidur hingga ke bidai yang menutup tingkap biliknya.

Kanak2 autistik berusia lima tahun ini tidak boleh bercakap dan menghidap penyakit ganjil yang menyebabkan dia tia tidak boleh membezakan makanan dengan objek yang tidak boleh dimakan.

Keperluannya untuk mengunyak bermakna dia cuba makan apa saja, dari kasut sekolah hingga ke plaster dinding.

Ibunya Rachel, 32, berkata, Zach makan sebahagian besar bidainya hingga dia terpaksa membeli yang baru bagi menutup tingkap kediaman mereka di Salford di Manchester.

Rachel yang mempunyai anak perempuan berusia dua tahun, Issalella, berkata, Zach menghidap kecelaruan selera makanan yang menyebabkan dia akan makan apa sahaja.

" Dia biasanya tidur empat jam setiap malam. Masa yang lain digunakan untuk membuat bunyi dan melompat di atas katil serta makan apa saja yang boleh dicapai di dalam biliknya.

Dalam wawancara dengan akhbar Manchester Evening News: Rachel berkata : " Zach juga gemar memanjat tingkap dan memakan bidai. Dia suka jika dapat mengunyah sesuatu sepanjang masa, biasanya kain basah."

Benda lain yang suka dikunyahnya termasuk, kertas, pakaian, plaster, benang, lumpur, lumut, batu dan rambut. - DM

Sumber: Harian Metro / 26 Mei 212



Tabiat pelik Faqihah:


Perkara pelik yang dilakukan oleh Faqihah ialah meniarap, tangan bawah perut dan mengerak2kan badan (bergolek) sehingga menyebabkan jari2 tangan lebam. 

Tabiat tersebut berlaku sehingga kini. Kebiasaanya dilakukan apabila tiada aktiviti lain seperti menonton TV / bermain komputer @ dah boring

No comments:

Post a Comment