Tuesday, October 2, 2012

Kerja bertimbun

Jun 2011, isteri pak yoep telah ditukarkan drp Jabatan Perancang Bandar ke Jabatan Kejuruteraan Dewan Bandaraya Ipoh selaku Pelukis Pelan. Di jabatan tersebut beliau merupakan satu-satunya Pelukis Pelan dibawah seliaan 5 Pembatu Teknik. Cuba bayangkan bebanan tugas yang bakal dihadapinya. Pemilihan beliau ke jabatan tersebut di atas kecemerlangan yang ditunjukkannya semasa berada di jabatan perancang bandar.

Diawal perpindahan ke jabatan Kejuruteraan, beliau TIADA pengetahuan langsung dalam bidang melukis berkaitan dengan bangunan. Banyak masa digunakannya untuk mempelajari dengan melayari internet dan bertanya dgn rakan2 lain. Sehingga ketahap beliau mengeluh, ingin memohon kembali ke jabatan lama disebabkan kesukaran membuat kerja2 yg baru diceburinya. Sebagai suami, pak yoep terus memberi semangat agar beliau meneruskan bidang barunya walaupun sukar melakukkan kerja2 tersebut akibat TIADA pengetahuan. Akhirnya kini, dalam tempoh hampir 2 tahun beliau dah mahir.

Sehingga Jun 2012, bebanan tugas beliau meningkat. Banyak projek2 diberikan kepada jabatan tersebut sempena Tahun Melawat Perak 2012. Bebanan berterusan sehingga kini kerana banyak peruntukan baru bagi memenuhi 'keperluan' pilihanraya.

Bebanan tugas ke tahap yang terpaksa berjaga malam bagi menyiapkan tugas2 jabatan kejuruteraan. Kini, hampir setiap hari terpasa berjaga malam. Atas keperihatinan, pak yoep terpaksa menemaninya membuat kerja2 pejabat di rumah pada waktu malam. Bukan sahaja malam, diwaktu terluang beliau melakukan kerja2 pejabat. Bahkan, balik kerja (sampai rumah) dah mencecah jam 8 mlm.

Disebabkan kesibukan menyiapkan kerja2 pejabat, kerja2 rumah hampir terabai. Tidak seperti kebiasaannya. Dengan kemampuan yang ada, pak yoep turut membantu kerja2 rumah kecuali MEMASAK.

Walaubagaimanapun segala2nya masih stabil. Rumah masih berada dalam keadaan terkawal. Masih kemas dan tidak berselerakkan.

Isteri pak yoep sibuk,  pak yoep turut sibuk dengan aktiviti home tuition. Dah hampir dengan bulan2 peperiksaan, ramai ibubapa memohon masa tambahan tuisyen. Hampir setiap petang dam setiap malam tuisyen bagi memenuhi keperluan tersebut.

Sekarang (3 Okt 2012 jan 3.15 pagi) masih menemani isteri pak yoep membuat kerja2 pejabatnya.

No comments:

Post a Comment