Monday, October 22, 2012

Haziq cemerlang akademik


Abah yang ambik Haziq dari sekolah hari ni. Sampai kat kereta, dia hulurkan kertas keputusan Peperiksaan Akhir Tahun 2012. Dengan penuh bangga dia maklumkan keputusan yang diperolehinya.

Walaupun buat masa ini, Haziq berada dalam kelas ke-4. Keputusan peperiksaannya adalah setara dengan kelas pertama di SK Cator Avenue. Haziq berada dalam tahun 2.

Setakat ini, dua subjek telah diperolehi iaitu BM 1 dan BI. Bahasa Melayu memperolehi 93% dan Bahasa Inggeris 82%. Dalam tempoh dua tahun, prestasi akademik yang ditunjukkan oleh Haziq amat memuaskan jika dibandingkan dengan peperiksaan pertengahan dan akhir tahun semasa di tahun satu. Kedudukan dalam kelas ketika itu  ialah 21 drp 23 pelajar. Bolehlah dibayangkan markah diperolehinya.

Jika diikutkan, Haziq tidak membuat latihan selalu kat rumah. Mungkin semasa di sekolah, dia beri tumpuan sepenuhnya. Disamping tuisyen pada Isnin, Rabu dan Jumaat (8 - 10 mlm). Sebelum peperiksaan, Pak Yoep turut memberi  latih-tubi semua subjek di rumah.

Kebanyakan masanya digunakan untuk bermain terutama diwaktu petang ( 6 ptg - 7 mlm) selepas kelas agama (3.00 - 5.45 ptg). Selasa dan Khamis malam selepas maghrib mengikuti kelas Iqra.

Selain tuisyen, Pak Yoep berikan SANTAPAN MINDA iaitu JERI dan Smart Coco A+.

Kak Longnya pun terkejut dengan prestasi yang diperolehi oleh Haziq. Ketika dia berada di tahun 2 tidak mampu memperolehi markah seperti Haziq. Ummi turut gembira. Faqihah turut menyatakan 'Pandainya Haziq".

Terima 2 lagi keputusan Haziq.

1. Bahasa Melayu kertas 2 (Penulisan) - 88%
2. Matematik - 60%

Mata Pelajaran Sains belum diterima.

Walaupun Matematik sekadar 60% tertapi terdapat peningkatan jika dibandingkan dalam Peperiksaan Pertengahan Tahun iaitu 40% sahaja. Matematik perlu kepada kemahiran BUKAN hafalan.


Kami sekeluarga amat bangga dengan pencapaian Haziq. Diluar jangkaan kami semua.


No comments:

Post a Comment