Melalui semakan yang dibuat, kertas 1 hanya SATU soalan sahaja yang salah. Begitu juga dengan kertas 2. SATU soalan sahaja yang salah.
Sejarah pelajar tersebut, tidak pernah berjaya melepasi keputusan 70% sepanjang semasa menduduki peperiksaan peringkat sekolah. Manakala, keputusan peperiksaan percubaan PMR sekadar memperolehi 68% sahaja.
Sepanjang mengajar pelajar tersebut, dia mempunyai potensi untuk cemerlang. Dengan komitmen yang tinggi ditunjukkan sepanjang home tuition telah dapat dilihat ada peningkatan setiap kali diuji. Kali terakhir diuji telah berkemampuan memperolehi keputusan 95%.
Sekarang sedang mengajar kakaknya (Atirah) yang berada di tingkatan 4. Prestasi amat lemah. Gagal dalam setiap peperiksaan diperingkat sekolah. Setakat ini, dua topik telah diajar dan dilihat berpotensi juga untuk cemerlang.
Pak Yoep akan cuba mempastikan dia cemerlang.
No comments:
Post a Comment