Masalah paling besar ialah semasa ingin memasukkan 160 band pelajar ke dlm sistem. (160 X 216 = 34560 data) bayangkan berapa banyak data dan masa harus diambil untuk menyiapkannya. Sistem sedia ada pula tidak user friendly dan kerapkali menghadapi internal error.
Saya amat berharap instrumen(soalan) dapat dikurangkan supaya guru dapat mengajar secara efektif dan mengelakkan murid berasa jemu. Selain itu, deskriptor(kehendak lembaga peperiksaan) untuk membina soalan subjek sangat susah untuk difahami.
Saya menghadapi masalah untuk membina
instrumen bagi band 4, 5 dan 6. Saya berharap PBS dapat dikaji semula
agar guru dapat memberi fokus kpd pengajaran dan mendidik kerana itulah
kerja guru yang sebenar.
Terus terang guru tidak dapat fokus kpd
pengajaran kerana mengejar masa untuk menyiapkan PBS berdasarkan
kehendak lembaga peperiksaan.
(petikan dari sebuah artikel)
(petikan dari sebuah artikel)
No comments:
Post a Comment