Bulan Zulhijjah bakal tiba. Peluang untuk berqurban datang lagi. Amalan
yang bukan sahaja disukai, malah dicintai oleh Allah SWT, sepertimana
yang disabdakan dalam Hadis Riwayat Tirmidzi, Ibnu Majah dan Hakim.
" Tidak ada satu amalan yang paling dicintai Allah SWT daripada Bani Adam ketika Hari
Raya Edul Adha selain menyembelih haiwan qurban".
Hikmah-Hikmah Ibadah Qurban
- Melatih diri sanggup berkorban untuk perkara kebaikan.
- Membuang sifat kedekut, bakhil dan tamak.
- Tanda kesyukuran di atas nikmat pemberian Allah.
- Meningkatkan ketaqwaan kepada Allah.
- Mengingati pengorbanan Nabi Ibrahim dan Nabi Ismail. Ia boleh memupuk semangat pengorbanan terhadap diri dan masyarakat.
- Menggembirakan fakir miskin dengan pemberian daging Qurban.
- Merapatkan silaturrahim di kalangan umat islam.
Pengertian Ibadah Qurban
Qurban ialah menyembelih binatang ternakan berkaki empat (Al-An'am) pada
hari Raya Eidul Adha atau hari-hari tasyrik (11, 12, 13 Zulhijjah)
dengan tujuan beribadat kepada Allah. Hukum Ibadah Qurban adalah sunat
muakkad bagi yang mampu dan wajib bagi yang bernazar. Ibadah Qurban
bermula selepas naik matahari sekadar cukup untuk solat 2 raka'at dan
khutbah pada 10 Zulhijjah dan berakhir ketika terbenam matahari 13
Zulhijjah.
" Barangsiapa yang mempunyai kemampuan tetapi tidak berqurban, maka
janganlah ia menghampiri tempat solat kami".
( Riwayat Ahmad dan Ibnu Majah dari Abu Hurairah)
Ibadah buat kita, kegembiraan buat mereka. Selamat menjalankan Ibadah
qurban. Semoga Ibadah Qurban kita mendapat ganjaran yang besar di sisi
Allah SWT.
Sumber: http://hanapiahmt.blogspot.com
CATATAN
Tahun ini (2012), kami akan melaksanakan ibadah qurban untuk Faqihah (autisma) dan kak long Faqihah, Satu bahagian untuk Faqihah dan satu bahagian lagi untuk kak long. Dilaksanakan di Ipoh sahaja, Pendaftaran telah dilakukan.
Ibadah Qurban Faqihah sebagai tanda kesyukuran atas perubahan yang berlaku ke atas Faqihah sehingga ke tahap sekarang. Usaha2 yang dilakukan telah mendatangkan hasil. Kini Faqihah dah menghampiri watak sebagai seorang kanak2 normal.
Ibadah Qurban Fakhira juga sebagai tanda kesyukuran kak long (Fakhira) yang berjaya memperolehi keputusan cemerlang dalam percubaan upsr, dapat menjawab dengan baik dalam peperiksaan upsr sebenar.
Sama2 kita doakan agar Faqihah kembali seperti kanak2 normal dan kak long berjaya memperolehi 5A. dalam peperiksaan tersebut.
No comments:
Post a Comment