Wednesday, October 31, 2012

Persembahan ICT

Dua hari pak yoep tidak barada dalam talian terutama untuk kemaskini laman blog ini kerana kesibukan dalam membuat persiapan jamuan akhir tahun sekolah pak yoep. Pak yoep telah diamanahkan sebagai AJK Persiapan ICT.

Hampir seminggu persiapan dibuat kerana kemahiran dah hampir dilupai. Kali terakhir pada tahun 2006, membuat persembahan ICT sempena Hari Koperasi Sekolah di mana persembahan tersebut perlu dihantar ke ANGKASA untuk pertandingan.Hasil drp laporan aktiviti melalui persembahan ICT tersebut telah melayakkan koperasi pak yoep dianugerahkan dalam kategori Koperasi Lima Bintang.

Kebetulan, ada wakil JPN akan turut hadir dalam jamuan tersebut maka pesembahan ICT perlulah yang terbaik.

Alhamdulillah, segala2nya berjalan lancar. Persembahan tersebut memakan masa hampir 20  minit yang meliputi perkara berikut:

1. Pengurusan PPKI
2. Pencapaian PPKI

Insya-Allah, pak yoep akan cuba upload kat you tube...

No comments:

Post a Comment