Saturday, October 6, 2012

Haziq bakal ke kelas Pertama 2013


Haziq (8 tahun). Sangat aktif dengan aktiviti hariannya. Balik sekolah..1400 baru sampai rumah 1500 Sekolah Agama Rakyat di Desa Pakatan Tamat je 1745 hari2 nak pergi rumah opah, bukannya nak ke rumah opah sangat sebaliknya nak bermain dengan kawan2 di Taman Pengkalan Bidari 1845 Abah ambik untuk bersiap pergi tuisyen 1945 pergi tuisyen di Pinji Mewah/mengaji Iqra. 2200 baru ambik balik rumah 2215 siapkan kerja2 sekolah pulak.

Walaupun aktiviti sehariannya padat, pencapaian akademiknya meningkat dengan ketara. Sekarang sedang berada di kelas ke-4 (Akibat tak reti membaca semasa tahun satu) berkemungkinan besar akan ditempatkan ke kelas pertama. Pencapaian akademiknya melangkau dengan ketara sehingga setaraf dengan kelas pertama.Pada tahun 2013 Haziq bakal ke kelas pertama. Cikgu2nya kerap menyatakan perkara tersebut. Dalam kelas tahun satu berkedudukan ke-21 drp 23 pelajar. Tahun Dua telah menduduki  tempat pertama pada peperiksaan.

Kebolehan membaca telah diperolehi setelah menghadiri kelas tuisyen dengan cikgu Lily, Taska Anak Cemerlang pada tahun 2011 selama 5 bulan.

No comments:

Post a Comment