Tuesday, October 16, 2012

Ragam Faqihah di Kantin sekolah

 
Mulai Sep 2012, ummi Faqihah membekalkan duit belanja Faqihah sebanyak RM 2.00 pada setiap pagi untuk dibelanjakan pada sebelah pagi. kebiasaannya Faqihah akan belanja pada waktu rehat sahaja di mana wang diberikan oleh PPM.

Disebabkan kesukaran untuk kami membekalkan atau membeli makanan untuk Faqihah untuk dimakan pada waktu pagi disebabkan kekangan masa, umminya melaksanakan perkara di atas. Wang diberi kepada Faqihah dan Setiap pagi Faqihah akan ke kantin, dimaklumkan dia akan membeli air kotak atau roti.

Perkara berikut berlaku:

"tu kat umah....kalau kat sekolah....setiap pagi dia akan ke kantin beli air kotak.....harga air kotak tu RM1....dia bagi la duit RM1....tapiiiii... mintak baki pada pak cik kantin.....lagi pak cik tak bagi baki dia akan mengamuk hentak kaki....sooooo.....sekarang pak cik kantin akan sediakan duit 5 sen untuk pulangkan balik pada dia....hihihi"

........dimaklumkan oleh salah seorang gurunya di PM laman FB

Aktiviti tersebut berterusan sehingga kini. Bila abah hantar Faqihah, dia turut meminta RM 2.00. Jika tak beri, Faqihah akan mengamuk dan tak mahu keluar kereta. Kadang2 saja-saja tak mahu beri...nak tengok responnya. Menguji tahap kesabarannya.

 Ini adalah satu latihan untuk Faqihah belajar menggunakan wang bagi keperluan masa depannya. Wajar diterapkan kepada semua anak2 autisma supaya mereka mampu berdikari.

No comments:

Post a Comment