Friday, October 12, 2012

Awal kelahiran Faqihah



Faqihah dilahirkan pada 17 Nov 2001 iaitu 18 bulan selepas kehadiran kakaknya, Noor Fakhira Izzah Izzati. Dilahirkan pada tengah malam. Tempoh kelahirannya memakan masa yang lama di Hospital Ipoh.

Dimaklumkan bahawa kelahiran Faqihah tidak seperti bayi2 yang normal lain. Tiada kedengaran suara semasa Faqihah dilahirkan. Faqihah dilahirkan bersama 'karung'. Karung tersebut terpaksa dipotong bagi mengeluarkan Faqihah dan barulah kedengaran suara Faqihah menangis.

Uri Faqihah dibawa ke kampung dan ditanam di kampung Lambor Kanan oleh atoknya. Ditanam di tepi jalan utama. Mengikut petua orang2 dulu...uri anak perempuan perlu ditanam berhampiran dengan jalan.

Kehadirannya disambut penuh gembira oleh kami sekeluarga yang bakal menemani kakaknya nanti.

No comments:

Post a Comment