Wednesday, October 10, 2012

Tanggapan Negatif


Semalam isteri Pak Yoep memberitahu perasaan kekesalan Teacher Ruby terhadap seorang ibu yang ingin menghantar anaknya ke Brighter Future, pusat jagaan anak2 istimewa kendalian Teacher Ruby.

Ibu berkenaan ingin menghantar anaknya ke situ tetapi apabila diberitahu bahawa tiada seorang pun kakitangan Brighter Future MELAYU, beliau membatalkan hasrat tersebut dgn menyatakan sesuatu yang tidak wajar dinyatakan iaitu "Awak akan memberi anak kami makan babi"..

Tanpa usul periksa dan pengesahan drp pihak pentadbir mereka sanggup menyatakan sedemikian sehingga menguris perasaan Teacher Ruby dan semua stafnya.

Teacher Ruby menyatakan kagum dengan kami sekeluarga kerana memberi kepercayaan kepada dia (Brighter Future) mendidik anak kami, Faqihah (autisma) sejak 2004 sehingga 2010. Sepanjang Faqihah berada di sana, kami diminta membekalkan makanan untuk Faqihah sepanjang hari.

Tiada masalah yang timbul. Malah hubungan kami bagaikan sebuah keluarga walaupun berlainan bangsa. Hampir dua tahun  Faqihah tidak berada di Brighter Future tetapi ingatannya kepada kepada Teacher Ruby kekal dan sering merinduinya. Begitu juga disebaliknya, Teacher Ruby telah menganggap Faqihah bagaikan anak sendiri.

Alhamdulillah, sepanjang Faqihah berada di Brighter Future...tingkahlakunya telah terbentuk dengan cemerlang sekali terutama hiperaktif. Telah mampu berkata-kata. Mendengar setiap arahan yang diberikan.

Mohon ketepikan persaaan buruk sangka terhadap sesuatu perkara sebelum mendapat penjelasan yang sewajarnya.

No comments:

Post a Comment