Dipaparkan gambar-gambar Faqihah semasa di zaman kanak-kanaknya. Semua gambar ini adalah aktiviti Faqihah semasa mengikuti sesi pengajaran dan pembelajaran di Brighter Future dibawah kendalian Teacher Ruby pada tahun 2004 ketika umur Faqihah 4 tahun.
Showing posts with label Kenangan Silam Faqihah. Show all posts
Showing posts with label Kenangan Silam Faqihah. Show all posts
Friday, January 2, 2015
Zaman Kanak-kanak Faqihah
Dipaparkan gambar-gambar Faqihah semasa di zaman kanak-kanaknya. Semua gambar ini adalah aktiviti Faqihah semasa mengikuti sesi pengajaran dan pembelajaran di Brighter Future dibawah kendalian Teacher Ruby pada tahun 2004 ketika umur Faqihah 4 tahun.
Friday, October 12, 2012
Awal kelahiran Faqihah
Faqihah dilahirkan pada 17 Nov 2001 iaitu 18 bulan selepas kehadiran kakaknya, Noor Fakhira Izzah Izzati. Dilahirkan pada tengah malam. Tempoh kelahirannya memakan masa yang lama di Hospital Ipoh.
Dimaklumkan bahawa kelahiran Faqihah tidak seperti bayi2 yang normal lain. Tiada kedengaran suara semasa Faqihah dilahirkan. Faqihah dilahirkan bersama 'karung'. Karung tersebut terpaksa dipotong bagi mengeluarkan Faqihah dan barulah kedengaran suara Faqihah menangis.
Uri Faqihah dibawa ke kampung dan ditanam di kampung Lambor Kanan oleh atoknya. Ditanam di tepi jalan utama. Mengikut petua orang2 dulu...uri anak perempuan perlu ditanam berhampiran dengan jalan.
Kehadirannya disambut penuh gembira oleh kami sekeluarga yang bakal menemani kakaknya nanti.
Wednesday, October 10, 2012
Kenangan Silam Faqihah
Ruangan KENANGAN SILAM FAQIHAH akan diwujudkan bagi mengimbau kembali pengalaman berharga kami sekeluarga dalam mendidik Faqihah yang telah disahkan autisma pada 2004.
Pelbagai kenangan yang boleh dikongsi bersama samada suka dan duka.
Setiap maklumat akan dicoretkan dalam ruangan ini mengikuti peringkat umur yang dilaluinya. Segalanya bergantung kepada daya ingatan Pak Yoep dan umminya.
Moga kenangan silam kami mendidik Faqihah sekiranya boleh dimanfaatkan oleh semua dalam mendidik anak autisma masing2 ke tahap yang lebih baik daripada sekarang.
Usaha berterusan perlu dilakukan TANPA jemu dan putus asa diperlukan. Kerjasama ibubapa dan ahli keluarga terdekat turut diperlukan. Masyarakat sekeliling juga perlu memberi sokongan.
Insya-Allah, segala2nya pasti berjaya. Amin.
Subscribe to:
Posts (Atom)